Wednesday, October 22, 2008

(",) Jamuan Raya 1429 H, Ikhwah & Akhawat KUSM Minden (",)

Alhamdulillah pada 19 syawal 1429 Hijrah bersamaan 19 oktober 2008 telah diadakah JAMUAN RAYA KUSM Minden...


hmm..setiap kali ckp pasal makan kan, mesti semua orang akan bersemangat...

Ipin pun kata: Betul 3x.... =p

Akhawat yang sabar menunggu ikhwah2 datang membawa menu utama

Sebenarnya pada hari tersebut, ikhwah telah meng'offer'kan diri untuk memasak sajian untuk menu utama iaitu....."Bihun Goreng".

Manakala akhawatnyer plak x lari lah daripada menu specialnyer iaitu puding traffel & puding karamel
Ini lah specialist akhawat KUSM Minden..puding oh puding...yg karamel tu dh potong dah..


Inilah rupa bentuk Bihun Goreng yang ikhwah goreng..kalau lapar, mmg sedap di makan ni..


10.00 am...
Ikhwah yang tiba baru dua orang...

10.30 am...
Akhawat yang menunggu tetap bersabar dan ceria..hmm..ikhwah bertambah satu demi satu
Hmmm...apa ek berita hari ini???

zaid: eh, dah x berdualah kita ni yer syahid
syahid: awatlah hangpa mai lewat??penat kami dok tunggu

11.oo am...
Majlis sambutan hari raya pun bermula dengan bacaan umul kitab..Al-Fatihah..
then..continue dengan tazkirah oleh Dr. Roslan..

Tazkirah disampaikan oleh Dr. Roslan (P.P Sains Fizik USM)

11.45 am....
Sesi menyantap dan mengunyah serta menghadam pun bermula...
Gentleman 1st...semuanya ceria =) jgn segan2, jgn malu2 yer


After that, ladies lah 2nd..semuanya bersopan dan santun =P

Alhamdulillah... selesai saja santap..semuanya berkemas dan tak ketinggalan sesi tapau menapau
yelah kan...rezeki  jangan ditolak =P

Moga dengan 'kenduri raya' ini ukhuwwah yang sedia terjalin bertambah erat ibarat tali-tali yang tersimpul kemas InsyaAllah..

KUSM : lantaran dek hambatan masa dan kesibukan mengahadapi peperiksaan akhir semester + pengstrukturan semula tarbiyyah di USM, perkongsian raya ini sedikit terlewat untuk dimasukkan dalam blog..afwan ya ikhwah wa akhawat sekalian (",)

Good Luck Exam..!!! ^_^


Pada semua ikhwah dan akhawat K-Minden, Semoga berjaya dalam peperiksaan Semester ni..

Buat yang Terbaik..^_^

Program Pembangunan Nuqaba Muda - PROMUDA SIRI 1

PROGRAM PEMBANGUNAN NUQABA MUDA

Anjuran : Akademi Islah Malaysia (AIM)
dgn kerjasama : TPSM KL dan SELANGOR


Tarikh : 9 November 2008
Masa : 8.30am - 5.30pm
Tentatif Tempat : Dewan Seminar Al Amin KL


Syarat Penyertaan :
1. Melalui Pengurus TPSM Daerah
2. Menjadi nuqaba tidak lebih dari 1 tahun
3. Bakal nuqaba yg dikenalpasti sgt-sgt digalakkan
--0--
**Usia bukan syarat penyertaan.
**Jumlah penyertaan dihadkan untuk keberkesanan program
**Siri-siri latihan akan berterusan untuk peserta yang sama
**Siri lain akan dibuka untuk nuqaba lain
**Nota/handbook akan disediakan oleh AIM
**Yuran penyertaan akan dimaklumkan

Harapan/Objektif :
Semoga PROMUDA dpt menjadi salah satu program yang dpt membimbing, melatih nuqaba yg baru dan akan membawa usrah
Memberi maklumat praktikal bagaimana mengendalikan usrah yg berkesan dgn mengambil kira waqi' nuqaba, mad'u dan kawasan
Melahirkan lebih ramai nuqaba terutama yang berusia muda dengan lebih tersusun
Memberikan galakan kepada mereka yang telah lama berusrah namun masih belum menjadi nuqaba

Tentatif program akan menyusul sedikit masa lagi.

Thursday, October 9, 2008

Peristiwa Syawal: Ghazwah Hunain

HUNAIN- Satu Pengajaran dari Satu kekalahan

Penaklukan dan pembukaan Mekah oleh umat islam telah mengundang kepada ketidaksenangan kebanyakan kaum musyirikin di persekitaran Mekah terutama daripada puak Hawazin dan Thaqif. Mereka ini antara golongan yang terkejut, malah kebingungan dengan kejayaan umat islam membuka kota Mekah namun mereka tidak dapat berbuat apa-apa tetapi mereka juga tidak dapat menerima hakikat ini.

 

            Bagi mengelakkan pertambahan pihak musyrikin yang mungkin akan menyertai puak Hawazin dan Thaqif ini maka Rasulullah s.a.w membuat keputusan untuk menyerang kaum musyrikin ini. pada 6 Syawal tahun 8 Hijrah bersama-sama 12,000 tentera muslimin, Rasulullah meninggalkan kota Mekah menuju ke Lembah Hunain. Tentera muslimin terdiri daripada 10,000 umat islam yang membuka kota Mekah dan 2,000 lagi adalah mereka yang baru sahaja memeluk islam setelah pembukaan kota Mekah.

 

            Mendengarkan berita daripada agen perisikan tentera musyrikin yang Rasulullah telah keluar menuju ke Lembah Hunain dan akan menuju ke markas tentera puak Hawazin dan Thaqif, Malik bin Auf mula menyusun strategi untuk mengalahkan tentera islam secara total. Tenteranya ditempatkan di sepanjang pintu masuk Lembah Hunain dengan askar-askarnya diletakkan di setiap lorong, setiap ruang dan setiap lubang. Mereka ini diarahkan untuk menyerang hendap tentera islam serta merta apabila tentera islam mula memasuki Lembah Hunain.

 

            Dengan tentera islam yang terdiri daripada bilangan yang ramai, ada di antara mereka mengatakan:

 

                        “di hari ini kami tidak akan terkalahkan”

 

kata-kata ini telah sedikit sebanyak menarik perhatian Rasulullah bersama-sama dengan permintaan seorang tentera islam agar disediakan sepohon kayu untuk menjadi tempat meletakkan barang-barang perang yang menjadi kebiasaan bagi kaum arab dalam perang yang kaum musyrikin turut memiliki pohon kayu seperti itu pada waktu itu.

 

            Pada pagi 11 Syawal pertempuran antara tentera islam dan tentera musyrikin berlaku. Khalid Al-Walid mengetuai batalion yang mengetuai batalion lain memasuki Lembah Hunain. Sebaik sahaja mereka memasuki Lembah Hunain, tanpa disangka-sangka, mereka dihujani dengan bilahan anak panah daripada pelbagai arah dan disertai dengan serangan oleh tentera musyrikin. Serangan yang tiba-tiba ini telah menyebabkan tentera islam kehilangan punca dan dalam kebingungan dan haruk piruk, mereka telah berundur ke belakang. Rasulullah ketika itu berada di batalion belakang dengan para sahabat lain kemudiannya memanggil tentera islam untuk tenang dan kembali ke dalam barisan. Terdapat tentera islam yang terus melarikan diri daripada medan perang kerana serangan hendap yang tidak disangka-sangka daripada pihak musyrikin sehinggakan Abu Sufyan mengatakan: “mereka ini tidak akan berhenti kecuali tentera islam telah berundur ke Laut Merah”. Melihat keadaan yang tidak terkawal untuk beberapa ketika, akhirnya Rasulullah tampil ke barisan hadapan tentera islam dan melaungkan

"Allahhu Akbar!!"

Laungan daripada Rasulullah ini telah mendapat sahutan daripada tentera islam dan mereka kembali berkumpul di sekeliling Rasulullah dan menyusun barisan. Kemudian mereka mara untuk menyerang tentara musyrikin. Maka berlaku pertempuran antara tentera islam dan tentera kafir. Rasulullah kemudiannya mengambil segenggam pasir dan ditiupkan kepada pihak musuh dengan doa agar diberi bantuan oleh Allah dalam memerangi pihak kufar. Pasir ini terbang kepada wajah-wajah orang kafir dan dinamik peperangan semakin berubah dengan orang-orang kafir semakin berundur dan lebih banyak kematian disaksikan pada pihak kafir. Dan kemenangan perang ini menjadi milik tentera Islam.

Pada peperangan inilah Allah menurunkan ayat: 

” Dan ingatlah peperangan Hunain iaitu kamu menjadi bongkak kerana banyaknya jumlah kamu.maka jumlah yang banyak tidak memberi faedah kepada kamu sedikit pun dan bumi yangluas terasa sempit olehmu kemudian kamu lari ke belakang dengan bercerai-berai. Kemudian Allah menurunkan ketenangan kepada RasulNya dan orang-orang yang beriman dan Allah menurunkan bala tentera yang kamu tiada melihatnya dan Allah menimpakan bencana kepada orang-orang kafir dan demikian penbalasan kepada orang-orang kafir “. (al-Taubah: 25 - 26)

 

Di dalam perang Hunain ini juga terkait suatu kisah yang amat menyentuh perasaan, menggamit hati para pencinta Rasulullah saw. Ketika berlakunya upacara membahagikan ghanimah, Rasulullah saw telah berkenan untuk menyerahkan ghanimah kepada orang Quraisy yang baru memeluk Islam. Tindakan ini telah menyebabkan kaum Ansar kurang senang dan ada antara mereka mengatakan;

 

 “semoga Allah mengampuni Rasul-Nya, dia memberi Quraisy dan membiarkan kita padahal pedang-pedang kita masih meneteskan darah mereka”

 

 Rasulullah saw mendengar berita tersebut dan baginda mengumpul kaum Ansar dan bersabda;

 

“ Hai kaum Ansar, aku telah mendengar perkataan kamu! Bukankah ketika aku datang kamu masih dalam keadaan sesat kemudian Allah memberikan hidayah kepada kamu dengan perantaraan aku? Bukankah ketika itu kamu saling bermusuhan kemudian Allah menyatukan hati kamu dengan perantaraan aku? Bukankah ketika itu kamu masih hidup menderita kemudian Allah mencukupkan kamu dengan perantaraan aku?”

 

Setiap kali Rasulullah saw bertanya, mereka menjawab,” Benar! Sesungguhnya Allah dan RasulNya lebih pemurah dan utama”.

 

Selanjutnya Rasulullah saw bertanya,: Hai kaum Ansar, mengapa kamu tidak menjawab?” Mereka berkata,” Apa yang hendak kami katakan wahai Rasulullah? Dan bagaimana kami harus menjawab? Kemuliaan bagi Allah dan RasulNya”.

 

 Rasulullah saw melanjutkan.” Demi Allah, jika kamu mahu, tentu kamu mengatakan yang sebenarnya; “ Anda datang kepada kami sebagai orang yang didustakan kemudian kami benarkan. Anda datang sebagai orang yang dihinakan kemudian kami bela. Anda datang sebagai sebagai seorang yang menderita kemudian kami santuni”

 

 Kaum Ansar menyambut dengan hiba;” Kemuliaan itu bagi Allah dan RasulNya!”

 

 Rasulullah saw meneruskan,” Hai kaum Ansar, apakah kalian jengkel kerana tidak menerima sejumput sampah dunia yang tiada nilainya? Dengan “sampah” itu aku hendak menjinakkan suatu kaum yang baru sahaja memeluk Islam sedangkan kamu semua telah lama Islam. Hai kaum Ansar, apakah kamu tidak puas melihat orang membawa pulang kambing dan unta sedangkan kamu pulang membawa Rasulullah saw? Demi Allah, apa yang kamu bawa pulang adalah lebih baik dari apa yang mereka bawa. Demi Allah yang nyawa Muhammad ditanganNya, kalau bukan kerana hijrah ini nescaya aku menjadi salah seorang Ansar. Seandainya orang lain berjalan di lereng gunung dan kaum Ansar juga berjalan di lereng gunung yang lain, aku pasti turut berjalan di lereng gunung ditempuhi kaum Ansar. Sesungguhnya kamu akan menghadapi diskriminasi sepeninggalanku maka bersabarlah hingga kalian berjumpa denganku di telaga (syurga). Ya Allah, limpahkanlah rahmat-Mu kepada kaum Ansar, kepada anak-anak kaum Ansar, kepada cucu kaum Ansar”.

 

Mendengar ucapan Nabi saw itu, kaum Ansar menangis hingga janggut mereka basah kerana air mata. Mereka kemudian menjawab;”Kami rela mendapatkan Allah dan RasulNya sebagai pembahagian dan jatah kami”.

 

             Ya ikhwati..

 

Dalam medan pertempuran dalam kita menghadapi musuh, kita memerlukan persiapan dari pelbagai segi: bilangan yang cukup, keperluan yang lengkap dan kesediaan fizikal yang mantap. Namun jangan kita lupa akan persiapan dasar yang paling utama iaitu ketaqwaan dan keimanan. Pada luarannya, tentera islam telah memenangi peperangan fizikal namun, kekalahan dalam lebih memainkan peranan.

 

Dalam peperangan Hunain inilah kita dapat lihat akan kesilapan yang telah dilakukan oleh para sahabat dalam perang kerana merasa yakin dengan bilangan mereka dan merasa takbur dengan kekuatan mereka. Ini ditambah lagi dengan kejayaan umat islam dalam menakluk dan membuka kota mekah daripada tangan musyrikin.

 

            Perang Hunain ini adalah satu bentuk tarbiyah yang diberikan oleh Allah. Kerana sayangnya Allah kepada hambaNya, maka diberikan kekalahan pada peringkat awal dalam peperangan ini. Allah menjadikan bumi yang kelihatan luas ini sempit pada pandangan umat islam kerana sifat jahiliyah yang tersorok dalam hati mereka.

 

            Imam Ibn al-Qayyim menyatakan bahawa Allah memberikan kekalahan supaya mereka (tentera islam) merasa akan kepahitan kekalahan kemudian barulah diberikan kemenangan supaya kepala yang ditegakkan kerana kemenangan menakluk Mekah dapat ditundukkan supaya malu di hadapanNya.

 

 Agar mereka tidak dapat mengatakan:

 

“kemenangan ini kerana bilangan kami”

 

Maka jangan kita abaikan bekalan paling utama dalam perjuangan kita iaitu tarbiyah ketuhanan. Kerana ini adalah pendorong yang dijanjikan jaminan kejayaan oleh Allah sebagaiman firmannya:

 

 “sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa dan orang-orang yang berbuat kebajikan” (An-Nahl:128)

 

 “Katakanlah: Semuanya (datang) adalah dari sisi Allah” (An-Nisaa:78)

 

 Kita berusaha dalam menyediakan keperluan lain seperti fizikal, senjata dan tenaga manusia. Namun sumber kekuatan yang paling utama adalah iman dan taqwa kerana itulah yang kekal di sisiNya. Segala ketentuan dan keputusan akan terpulang padaNya untuk memberikan kepada siapa yang dikehendakiNya. Persiapan harta dan fizikal tidak kekal, motivasi yang datang dari sumber yang tidak kekal juga tidak kekal. Harta dunia akan hilang, senjata akan patah namun iman yang bersinar akan terus bersinar dan datang darinya kekuatan yang memberi kemenangan dalam perjuangan Rasulullah beserta para sahabat. Kerana itu Imam Hassan al-Banna memastikan keimanan sentiasa menjadi tulang belakang dalam perjuangan Ikhwan Muslimin yang dapat membentuk jiwa dan roh yang hidup dengan sinar islam. Kerana dalam perjuangan yang panjang dan jauh pasti akan hanya mendatangkan keletihan bagi jiwa-jiwa yang tidur dan lemah, kosong daripada nilai keimanan. Namun diyakini, jiwa yang hidup dan tersinar darinya pancaran islam yang tidak putus pasti akan dapat mendatangkan kekuatan yang akan memastikan setiap ikhwah itu akan terus berada di dalam jalan juang yang panjang dan jauh ini.

 

Juga pada kisah yang penuh emosi dan kesedihan Nabi kerana kaum Ansar tidak berpuas hati kepada pembahagian ghanimah, dapat dipelajari betapa hikmahnya tindakan Nabi saw. Juga betapa sayangnya Nabi saw kepada sahabat-sahabatnya dari kaum Ansar. Kaum Ansar yang terdiri dari sahabat-sahabat agung juga terasa hati dengan tindakan Nabi. Namun mereka menginsafi kesalahan mereka, mereka menangis teresak-esak mengakui kesalahan mereka sehingga air mata membasahi wajah dan janggut mereka. Alangkah terharunya kita membawa kisah yang hebat ini, dari Nabi kita dan para sahabat. Hendaklah ia dijadikan iktibar pada kita selaku duah yang menjalankan dakwah Allah di muka bumi.

 

Wallahua’lam

**petikan dr Dakwah-Info**

Saturday, October 4, 2008

Amalan Sunnah sempena Aidilfitri


Assalamualaikum wbt...


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, kita masih diberi peluang untuk bersama-sama lagi...sempena hari raya yang masih berbaki, belum terlambat untuk kami ucapkan Selamat hari raya aidilfitri kepada semua ikhwah/akhawat, taqabbalullah minna waminkum...

Sedikit pengisian sempena bulan Syawal...sambil kunyah biskut raya tu, bolehla baca dan menghayati...(^_^)

Firman Allah SWT: "Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmat-KU kepadamu, dan Aku redha Islam itu menjadi agamamu" (Al-Maaidah:3)

Kesempurnaan Islam terserlah apabila ia mampu menangani pelbagai isu dan permasalahan manusia secara menyeluruh. Jadi, tidak hairanlah sekiranya Islam juga memberikan panduan berkaitan tatacara menyambut hari-hari kebesarannya seperti hari raya Aidilfitri ini.
Antara amalan-amalan yang telah diajar oleh Rasulullah s.a.w sempena Eid Mubarak ini:
  • Bertakbir
Takbir pada hari raya bermula ketika terlihatnya hilal (anak bulan) dan berakhir setelah keuncak hari raya, iaitu ketika imam selesai berkhutbah. Firman Allah SWT: "Supaya kamu mencukupkan bilangan  puasa (sebulan Ramadhan), supaya kamu membesarkan Allah (dengan bertakbir) kerana telah memberi petunjuk-Nya kepada kamu dan supaya kamu bersyukur" (Al-Baqarah:185)
Juga disunnahkan untuk bertakbir sepanjang perjalanan dari rumah menuju ke masjid untuk menunaikan solat Aidilfitri. Menurut Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani r.h: "Mengenai syariat bertakbir (pada hari raya Aidilfitri) yang perlu dilakukan oleh kaum muslimin ialah bertakbir dengan suara lantang ketika dalam perjalanan menuju ke tempat solat walaupun kebanyakan umat Islam mula memandang remeh sunnah ini"  ::(Kitab Meneladani Rasulullah, karya Syeikh Ali Hassan b. Ali al-Halabi al-Atsari, ms.32)::
  • Lafaz ucapan selamat pada hari raya Aidilfitri
Amalan umat Islam di Malaysia biasanya akan mengucapkan 'Selamat hari raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin'. Namun begitu, apa yang bertepatan dengan amalan sunnah Rasulullah, diceritakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani r.h yang dinukilkan oleh Jubair bin Nufair r.a, "Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu dihari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain 'taqabbalullah minna waminka' (semoga Allah menerima amlaan kami dan amalanmu)"::rujuk Fath al-Bari, al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani, jil.5, ms 270-271::
  • Mandi pada hari raya
Disunnahkan mandi dipagi raya sebagaimana mandi wajib iaitu sebelum berangkat menuju ke masjid. Ali bin Abi Talib pernah ditanya tentang mandi. Adakah diharuskan mandi setiap hari? Beliau menjawab: "Tidak harus melakukannya. Namun, mandi yang diharuskan ialah mandi pada hari Jumaat, hari Arafah, hari Aidilfitri dan Aidiladha"::hadith riwayat Imam Syafiedi dlm Musnad al-Syafi'i jil.1 ms 118-119::
  • Makan sebelum solat Aidilfitri
Disunnahkan makan sebelum menunaikan solat Aidilfitri, yang bertujuan menutup segala andaian bahawa dibenarkan berpuasa pada hari raya. Menurut al-Muhallab r.h. "Mengenai hikmah menjamah makanan sebelum mengerjakan solat hari raya adalah agar seseorang tidak berpendapat bahawa dia boleh berpuasa sehingga solat hari raya Aidilfitri dilaksanakan. Seolah-olah Rasulullah ingin menutup prasangka semacam ini."::rujuk Fath al-Bari, jil 5 ms.272::
  • Memakai pakaian yang indah
Imam Syafie r.h. berkata,"Aku lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik yang dimilikinya pada hari2 raya, iaitu pada hari Jumaat, dua hari raya (Aidilfitri & Aidiladha), dan tempat diadakan majlis (seperti majlis perkahwinan). Dia hendaklah memakai pakaian yang bersih dan memakai wangian" ::rujuk Ringkasan Kitab Al-Umm, Imam al-Syafi'I, jil 1, ms 327::
Bagi kaum wanita pula, walaupun disunnahkan memakai pakaian yang baik, namun mereka perlu menghindari dari memakai pakaian yang bercorak serta perhiasan yg berlebihan sehingga menarik perhatian golongan lelaki.
  • Berjalan kaki menuju ke tempat solat hari raya
Umat Islam dianjurkan berjalan kaki menuju ke tempat solat Aidilfitri jika tidak keberatan. Ali bin Abi Talib r.a: "termasuk sunnah, iaitu engkau berjalan kaki menuju ke tempat solat hari raya dan memakan sesuatu sebelum berangkat." ::hadith riwayat al-Tirmizi dlm Sunannya, no.487::
  • Mengikut jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali dari mengerjakan solat hari raya
Jabir bin 'Abdullah r.a. pernah berkata."Nabi s.a.w melalui jalan yang berbeza pada hari raya" ::hadith riwayat al-Bukhari dlm Sahihnya, n.986::
Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah r.h berkata; "Baginda s.a.w selalu melalui jalan yang berbeza ketika menuju dan pulang dari tempat solat pada hari raya. Ada yang berpendapat, hal ini dilakukan agar dapat bersalaman dengan orang-orang yang melalui kedua-dua jalan itu. Sebahagian lain berpendapat untuk memberikan barakah kepada mereka. Ada juga yg berpendapat untuk memberikan pertolongan kepada mereka yg memelukan di kedua-dua jln itu.Menurut pendapat lain pula untuk menampakkan syiar islam di jalan-jalan. Pendapat yg lebih tepat adalah supaya perjalanan yang ditempuh lebih jauh (banyak langkahnya). Orang yg berjalan ke masjid atau tempat solat, salah satu langkah kakinya akn meninggikan darjat.Sedangkan langkah kaki yang lain akn menghapuskan kesalahan-kesalahannya." ::rujuk Zaadul Ma'ad, Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah, ms.49::
  • Mengerjakan solat Aidilfitri
Di antara syiar yg paling utama dlm menyambut Aidilfitri ialah solat Aidilfitri sebanyak 2 rakaat oleh umat Islam. Ibn Abbas r.a berkata; "Rasulullah s.a.w telah keluar pada hari raya Aidilfitri, kemudian terus mengerjakan solat hari raya sebanyak 2 rakaat. Baginda tidak melakukan sebarang solat sebelumnya dan sesudahnya" ::hadith riwayat al-Bukhari dlm Sahihnya, no.989::
Disunnahkan menyampaikan khutbah sesudah mengerjakan solat hari raya, Abu Sa;id al-Khudri r.a. berkata; :: Pada hari raya Aidilfitri dan Aidiladha , Rasulullah akn keluar menuju musolla.Perkara pertama yg dilakukan oleh baginda (apbl tiba di masjid), baginda akn mengimani solat. Kemudian, baginda akn berpusing dan menghadap ke arah makmunyg sedang duduk dlm saf mereka. Seterusnya, baginda akn memberikan nasihat, wasiat dan perintah kepada mereka (khutbah). ::hadith riwayat al-Bukhari dlm Sahihnya, no.956::
  • Mengerjakan puasa sunat enam hari pada bulan Syawal
Sabda Rasulullah s.a.w; "Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan lalu diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa setahun." ::Hadith Riwayat Muslim dlm Sahihnya, no.1164.
Iman Ahmad dan An-Nasai meriwayatkan dari Tsauban, Nabi s.a.w bersabda; "puasa Ramadhan ganjarannya sebanding dgn puasa sepuluh bulan, sedangkan puasa enam hari (di bulan Syawal) pahalanya sebanding dengan dua bulan dan kerananya bagaikan berpuasa selama setahun penuh."

::Sementara bulan Syawal masih berbaki, jom kita pakat ramai2 rebut peluang ni...semoga kita sama-sama mendapat mardhotillah yg dicari::

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template