Monday, November 24, 2008

JOM PAKAT RAMAI2 Pi PKN'08!!!

Sunday, November 23, 2008

Nikmat@Istidraj

Rumah itu cantik, lamannya besar, ada pula diisikan dengan banyak bilik. Di anjungnya punya mobil yang mahal harganya. Pemiliknya mempunyai banyak kilang serta wang yang bila diminta pasti akan diterima setiap masa.

Sesekali ia keluar membeli belah, pernah beberapa ekor ikan sahaja dibeli rm10 ribu dihabiskan. Siang malamnya dipenuhi dengan hiburan, air arak sudah menjadi tegukan. Pendek kata, hiduplah keluarga ini dengan segala kemewahan. Tidak pernah mengeluh kekurangan makanan, tidak pernah kekurangan pakaian, malah berlebih-lebihan pula. Anak-anaknya tidak pernah diajar kenal tikar sembahyang, tidak pernah diendahkan tentang agamanya. Isterinya dibiarkan sebebas-bebasnya untuk membuka aurat, bergaul dengan lelaki yang bukan mahram tanpa ada sedikit pun rasa cemburu. Kerana tiada masa untuk memikirkan semua itu melainkan disibukkan dengan perniagaannya yang semakin maju.

Ada pula siang dan malam disibukkan dengan mencari rezeki, lupa pula hal ehwal akhirat. Lupa untuk memberi sedekah dan membayar zakat.

Terkadang ada pula orang bertanya mengapa orang yang baik, betul jalannya dicuba dan diuji dengan ALlah.
Diuji dengan kesusahan... sudahlah susah, diuji pula dengan kesakitan dan kesempitan. Orang yang kaya raya tidak ingat ALlah bahkan zalim diberi kesenangan, diselimuti dengan kebahagiaan walaupun semakin bertambah-tambah dosanya. Lalu ditanya "dimanakah keadilan ALlah tuan?"

Antara Nikmat dan Istidraj

Pandangan manusia memerhatikan yang cantik itu baik, yang kaya itu bahagia, yang sihat itu senang tanpa diketahui apa nilaian dari sudut pandangan ALlah. Berapa ramai orang yang zalim dihatinya berkeluh kesah memikirkan tentang musuhnya yang bertambah? Berapa ramai pula orang yang cantik diburu orang serta dipergunakan untuk kepentingan, lalu setelah diperolehi 'kecantikan' itu madunya telah dibuang.

Wahai diri, mungkin terkadang dihatimu memikirkan kesusahan. Lidah tetap tidak putus-putus berdoa, jalan tetap terus ke hadapan serta selalu bersangka baik. Manalah tahu, ada ketikanya berburuk sangka juga pada ALlah. Ingatlah diri, orang yang beriman semakin kuat imannya, makin beratlah ujian yang harus ditanggung.

Apakah manusia mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan kami telah beriman sedangkan mereka tidak akan diuji. Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang yang sebelum mereka. Maka sesungguhnya ALlah mengetahui orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang yang dusta. (Surah al Ankabut : 2-3)

Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan.
Dan berikanlah berita gembira bagi orang yang bersabar. (Surah al Baqarah : 155)


Tentang diri orang yang zalim yang mengumpulkan dosa, jangan dirisau keadaan mereka. Walaupun di sebalik kezaliman hidupnya nampak tenang dan aman. Mungkin itulah yang dinamakan istidraj dan bukannya nikmat seperti yang disangkakan. Bukanlah mereka itu selama-lamanya diberi kesenangan yang menipu itu, bahkan ia diberi tangguh supaya dosanya semakin bertambah-tambah. Wahai diri... mudah-mudahan engkau tidak akan termasuk di dalam golongan ini.

Kisah Firaun dan Hamman perlu dijadikan iktibar, lihatlah apa yang disebutkan ALlah yang bererti :

Dan orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, nanti Kami akan menarik mereka dengan beransur-ansur (ke arah kebinasaan) secara yang tidak mereka sedari. Dan Aku memberi tangguh kepada mereka. Sesungguhnya rencana-Ku amat teguh (Surah al A'raf : 182-183)

Maka tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kami pun membukakan semua pintu-pintu kesenangan untuk mereka, sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang diberikan kepada mereka, Kami seksa mereka dengan sekonyong-konyong, maka ketika itu mereka akan terdiam berputus asa. Maka orang yang zalim itu dimusnahkan sampai ke akar-akarnya.
Segala puji bagi ALlah, Tuhan semesta alam. (Surah al An'am :44-45)


ALlahu ALlah... wahai diri, jika engkau terlupa ingat semula tazkirah yang engkau sendiri beri untuk bermuhasabah diri. Antara nikmat dan istidraj kedua-duanya seakan-akan sama. Hanya Redha dan Murka ALlah menjadi pembeza..

Monday, November 3, 2008

Perhimpunan Perwakilan Nasional 2008

Aturcara PPN 2008

22 November 2008 (Sabtu)

8.00 – 8.45 pagi : Pendaftaran Perwakilan dan Pemerhati
8.45 – 9.00 pagi : Ketibaan Tetamu
9.00 – 9.05 pagi : Ucapan Alu-aluan Pengerusi Majlis
9.05 – 9.15 pagi : Bacaan Ayat-ayat Suci Al Quraan
9.15 – 9.30 pagi : Ucapan Alu-aluan Setiausaha Agung
9.30 – 10.45 pagi : Ucapan Dasar Presiden
: Pelancaran Polisi Kewangan JIM
10.45 – 11.00 pagi : Nyanyian Lagu JIM Dan Persembahan Multimedia
11.00 – 11.30 pagi : Rehat, Minum Pagi dan Sidang Media
11.30 – 1.00 tgh : Pembentangan dan Perbahasan Laporan Tahunan
: Pembentangan, Perbahasan dan Meluluskan Laporan Kewangan
1.00 – 2.30 tgh : Rehat, Makan Tengahari dan Solat Zuhor
2.30 – 2.45 ptg : Pembentangan Sinopsis Ucapan Dasar Ketua Wanita
2.45 – 5.30 ptg : Perbahasan Ucapan Dasar Presiden
5.30 – 7.00 mlm : Rehat, Solat ‘Asar dan Makan Malam
7.00 – 8.30 mlm : Solat Maghrib
: Tazkirah Perdana
: Solat Isya’
8.30 – 9.30 mlm : Sesi Perkongsian (JIM Selangor, JIM Bintulu, PACE, Wanita)
9.30 – 11.00 mlm : Wacana Khas PPN 2008: Unjuran Masa Depan Negara



23 November 2008 (Ahad)

6.00 – 7.00 pagi : Solat Subuh
: Tazkirah Subuh
8.30 – 10.00 pagi : Perbahasan Ucapan Dasar (sambung)
10.00 – 10.30 pagi : Rehat dan Minum Pagi
10.30 – 12.30 tgh : Perbahasan Usul
12.30 – 1.00 tgh : Penggulungan oleh JKP
1.00 – 2.00 ptg : Rehat, Makan Tengahari dan Solat Dzuhor
2.00 – 5.30 ptg : Penggulungan oleh JKP dan Presiden
5.30 ptg : Bacaan Doa dan PPN 2008 ditangguhkan

JIM seru umat Islam sumbang korban

TAMAN MELAWATI - Jamaah Islah Malaysia (JIM) menjemput Muslimin dan Muslimat menyertai program Qurban Eidul Adha dibumi umat Islam yang minoriti, miskin tertindas atau yang diuji pelbagai penderitaan serta kesengsaraan.

Program ke-10 JIM ini membuka ruang kepada umat Islam di Malaysia untuk beramal sambil menyumbang kepada umat Islam di tempat-tempat yang lebih memerlukan.

Program yang dinamakan "Rayuan Qurban 1429H" dengan bertemakan "Qurban Mulia Di Tempat Yang Lebih Memerlukan" mengenal pasti beberapa lokasi di sembilan negara untuk dilaksanakan ibadah tersebut.

Menurut pengarah program, Ibrahim Mohamad, umat Islam di Malaysia sememangnya prihatin terhadap isu umat Islam serantau dengan melihat usaha berpanjangan yang ditunjukkan dalam menghulurkan bantuan pelbagai segi khususnya pendermaan dan sukarelawan.

"Pada tahun ini, JIM sekali lagi menyeru umat Islam di Malaysia untuk menyertai program ini," jelas Ibrahim.

Tambahnya, pada tahun ini sahaja JIM menyasarkan 350 ekor haiwan bagi menyempurnakan ibadah korban, iaitu hampir dua kali ganda daripada tahun sebelumnya.

Katanya lagi, negara atau lokasi yang disasarkan ialah Kemboja, Selatan Thailand, Sudan, Mindanao, Sri Lanka, Palestin, Afghanistan, Indonesia dan Vietnam.

"Dalam waktu sama JIM juga tidak melupakan saudara baru di Malaysia" kata Ibrahim semasa ditemui Sinar Harian di Pejabat JIM, Pusat Bandar Melawati.

Ibrahim berkata lagi, antara mereka yang akan diagihkan daging korban ini adalah golongan fakir miskin, mangsa yang ditimpa bencana alam, umat Islam yang dipinggirkan dan yang berjihad fisabilillah.

"Sebilangan besar mereka ini adalah terdiri daripada anak-anak yatim, ibu tunggal, orang tua dan kurang upaya (OKU), " kata Ibrahim.

Bagi umat Islam yang ingin menyertai program pelaksanaan ibadah korban atau aqiqah, bolehlah menghubungi Sekretariat Rayuan Qurban dan Aqiqah JIM ditalian 03-41089669 atau 03-41053159, atau layari laman web http://www.qa.jim.org.my/

Sumber:
Sinar Harian
03 November 2008 (Isnin)
Muka surat S5

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template