TiTiAN`09
berTemakan:
"KejiTuan Tarbiah
Menjamin KuaLitiDaKwah"
berMula:
9.00mlm, 8 Mei `09(Jumaat)
seHingga
6.00 ptg, 10 Mei '09(Ahad)
berTempat di:
Sekolah Islam ADNI,
Taman Sri Ukay, Ampang,Selangor.
yuRan:
RM30 seorang
Nantikan jempuTan dan heBahan SeteRusnya ^_-
Sebarang permasalahan & bantuan siLa hubungi:
Muhammad Hafiz Kassim 0136207070
Nurnazihah Muhammad Nassir 0133524389
al-Baqaroh:2: 215
KENALI KARISMA
Program Terdekat
Categories
Blog Archive
-
►
2008
(31)
-
►
September
(19)
- SALAM EID MUBARAK
- Assalamualaikum wbt... Sudah lama benar rasanya b...
- TAMRIN PENGGERAK KPP
- Tazkirah Ramadan: Nuzul Quran merubah sikap Muslim...
- Ayam Tesco Tidak Halal..!!
- Lawak Pendek: Malu..
- sambungan..Ops Badar 313
- Gambar: Ops BADAR 313
- Gambar program yang lalu
- Surah Taubah Pemisah antara Islam dan Syirik
- "Seorang mukmin merupakan seorang Muslim namun tid...
- DOA TERBAIK DALAM RAMDHAN
- Ziarah KnL, 7 Ramadhan 1429 H @ 7 Sept 2008
- Kuliah Subuh (Perincian 7 Golongan yang Akan Menda...
- Kemalangan tidak berbau....
- 7 GOLONGAN MANUSIA DI AKHIRAT
- Iftar Perdana KUSM Minden, Ramadhan 1429H
- RAMADHAN UJIAN IMAN UMAT ISLAM
- Salam Ukhuwah dan Perkenalan
-
►
September
(19)
Teman Seperjuangan
- Karisma D-Hulu Langat
- Karisma D-Petaling
- Karisma D-Segamat
- Karisma IPT: Cenfos Nilai`
- Karisma IPT: IIC
- Karisma IPT: UIA PJ
- Karisma IPT: UIAM
- Karisma IPT: UKM KL
- KArisma IPT: UM
- Karisma IPT: USIM
- Karisma Kedah
- Karisma Kelantan
- Karisma Kuala Lumpur
- Karisma Melaka
- Karisma Perak
- Karisma Sarawak
- Karisma-International
- Karisma-Media
LAMAN TARBIYYAH
Monday, May 4, 2009
JOM3x!!!
Posted by
Karisma USM
at
5:00 PM
0
comments
Labels: Catatan Program
Friday, February 27, 2009
12 Kejahatan Yahudi

“Ahli Kitab (kaum Yahudi) meminta kepadamu (Wahai Muhammad) supaya Engkau menurunkan kepada mereka sebuah Kitab dari langit. (janganlah Engkau merasa pelik), kerana Sesungguhnya mereka telah meminta kepada Nabi Musa lebih besar dari itu. mereka berkata: “(Wahai Musa) Perlihatkanlah Allah kepada Kami dengan nyata (supaya Kami dapat melihatnya dan percaya kepadaNya)”. lalu mereka disambar oleh petir Dengan sebab kezaliman mereka (menderhaka kepada Allah); kemudian mereka pula menyembah (patung) anak lembu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan (mukjizat), lalu Kami maafkan mereka dari perbuatan yang sedemikian itu (ketika mereka bertaubat). dan Kami telah memberi kepada Nabi Musa kekuasaan yang nyata (untuk mengalahkan kaum yang kafir itu).”
Posted by
Karisma USM
at
9:35 AM
1 comments
TAMU 0209
Posted by
Karisma USM
at
8:52 AM
0
comments
Labels: Catatan Program, santai
Tahniah Akh Bai n Kak Sod
Posted by
Karisma USM
at
8:25 AM
1 comments
Labels: santai
Sunday, February 22, 2009
KBM Aktivis Edisi IPT
LAPORAN KBM EDISI AKTIVIS IPT
14-15 FEBRUARI 2009
Damai Park Resort, Merbok Kedah
Anjuran KARISMA Pulau Pinang dengan kerjasama JIM Pulau Pinang dan KRJ Motivation
Program Motivasi Bersepadu Keindahan Bersamamu (KBM) Belia merupakan salah satu usaha ke arah pembentukan dan pembangunan jatidiri generasi muda ISLAM kini. Program ini mampu menyedarkan generasi muda akan potensi dan peranan mereka yang besar kepada agama, bangsa, negara dan ummat. KBM menjadi titik-mula yang amat kondusif dan bermakna kepada usaha-usaha untuk memperbaiki diri secara berperingkat dan berterusan.
“ Sesungguhnya mereka itu fityah (pemuda-pemuda) yang beriman kepada Tuhan mereka, lalu Kami (Allah) tambahkan kepada mereka petunjuk.”
Surah Al-Kahfi: 13
“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkannya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan .” Surah At-Tahrim 66:6
Pemimpin pelajar merupakan aset utama kepada negara bagi menerajui tunggak kepimpinan negara. Pemimpin yang diharapkan dalam konteks Islam adalah pemimpin yang mampu memikul amanah selari dengan syariat Islam. Oleh sebab itu, para pemimpin pelajar perlu didedahkan dengan peranan dan tanggungjawab serta memerlukan kemahiran dan semangat motivasi untuk cemerlang dari sudut aqidah, ibadah, akhlak dan ilmu pengetahuan.
Penasihat:
Dr. Rizal Arshad
Dr. Abdul Halim
Pn. Latifah Yusoff
Pengarah:
Muhammad Hafiz Kassim
Timb. Pengarah:
Nurul Asmaa’ Ismail
Setiausaha:
Siti Nur Salwani Alwi
Bendahari:
Ummi Nadiah Yusof
Jawatankuasa:
Muhd Zaid Hassan@ Abdul Rahman
Mohd Nur Hadi Hamsar
Nor Adila Hassan
Khairul Bariyah Azman
Mohd Hafiz Hariri
Ahmad Zhafri Mohd Noor
Fazlul Huda Makhtar
Muhd Zaid Hassan@ Abdul Rahman
Mohd Nur Hadi Hamsar
Nurizma Harliana Juhar
Nur ’Aifaa Abdullah
Nak tahu apa yang berlaku....belek2la agenda KBM kat bawah nie(",)
I. Pendaftaran
v Peserta dikehendaki mendaftarkan diri terlebuh dahulu dan setiap peserta diberikan tag nama setiap seorang.
v Prgram yang dirancangkan bermula pukul 3 petang terpaksa dimulakan agak lambat kerana majoriti peserta tiba pada pukul 3.30 petang.
v Peserta dari Penang menghadapi sedikit masalah apabila berlakunya miss communication mengenai solat zohor sama ada boleh di jamak atau tidak memandangkan peserta masih belum menunaikan solat zuhur.
II. Majlis Pembukaan
v Majlis dipengerusikan oleh Akh Fairuz, salah seorang fasilitator KBM Penang sebelum diserahkan kepada Akh Mukhri atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Lang.
v Pesanan daripada Pak Lang supaya setiap peserta mempersiapkan diri, mantel, dan seluruh jiwa raga.
III. Knowing Me, Knowing You
v Dikendalikan sepenuhnya oleh Pak Lang bersama fasilitator KBM.
v Setiap peserta dikehendaki mencari pasangan masing-masing.
v Peserta di berikan sekeping kertas dan kehendaki memberikan maklumat pasangan seperti nama, kad pengenalan, nama ibu dan nama salah seorang adik pasangan.
v Seterusnya, peserta dikehendaki membetulkan kembali mana-mana kesalahan dan peserta yang bertuah dikehendaki menyebut kembali maklumat yang diperoleh kepada semua peserta yang hadir.
v Dalam sesi ke-2, peserta diberi sekeping kertas bertajuk ’Siapa Aku’.
v Setiap peserta di kehendaki mengisi maklumat yang dikehendaki, dan fasilitator akan mengutip kembali kertas tersebut.
v Setelah itu, kertas dikumpulkan dan di campur adukkan.
v Peserta perlu mengambil satu daripada kertas terbabit dan dikehendaki mencari pemilik kertas tersebut.
IV. Meniti Angin Malam
v Di kendalikan oleh Pak Lang
v Dalam sesi kali ini, peserta diberi pendedahan mengenai detik kematian, dan azab yang akan di hadapi di akhirat kelak.
v Peserta diberikan sekeping kertas berbentuk hati, dan seketul arang kayu. Kertas berbentuk hati melambangkan hati manusia itu sendiri, manakala warna hitam daripada arang menggambarkan tompok-tompok hitam yang melekat pada hati. Tompok hitam tersebut adalah dosa yang dilakukan oleh setiap insan yang bergelar hamba Allah.
v Peserta perlu mencorakkan sendiri kertas berbentuk hati menggunakan arang.
v Usai sahaja sesi ini, 2 orang peserta ikhwah dan 2 orang peserta akhawat dikehendaki meluahkan perasaan mereka sama ada untuk diri sendiri atau orang lain. Dan, kata-kata mereka perlu disertai dengan nasihat kepada diri.
v Seterusnya, peserta dibawa untuk merasakan bahang kepanasan api neraka.
v Setiap peserta masing-masing diberikan lilin kecil, dan lilin tersebut perlu diletakkan di atas telapak tangan.
v Lilin tersebut akan dinyalakan, dan dengan penuh debaran, peserta menunggu detik-detik lilin akan mencair dan akhirnya padam.
v Slot ini ditangguhkan untuk minum malam sebelum disambung pada pukul 12 tengah malam.
v Slot di alam barzakh, peserta diberikan sehelai kain hitam untuk menutup mata masing-masing.
v Peserta kemudiannya diperdengarkan tentang azab kubur dan soalan-soalan yang akan di soal oleh malaikat kelak.
v Kemudian, azan diperdengarkan dan peserta perlu bergerak ke arah suara azan tersebut.
v Selepas itu, peserta di pertontonkan dengan situasi di akhirat kelak di mana manusia bersoal jawab dengan Allah, mata, mulut, kaki dan anggota badan lain menjadi saksi kepada setiap perkara yang dilakukan.
v Setelah itu, setiap peserta dalam kumpulan seramai 5 orang perlu meluahkan perasaan, bermula dengan ayat..”aku belum bersedia untuk menghadapi kematian kerana...”
V. Riben Kehidupan
v Usai solat subuh berjemaah, setiap peserta di kehendaki berbaris mengikut umur dari muda sampai yang paling tua.
v Pak lang bersama fasilitator kemudiannya memberikan setiap peserta riben, yang dipotong mengikut umur dan riben selebihnya disimpan ke dalam plastik yang dibekalkan.
v Riben yang dipotong menandakan umur yang telahpun berlalu dan masa tersebut tidak akan dapat dikembalikan lagi.
v Manakala riben yang masih berbaki dalam plastik merupakan jumlah umur atau masa yang masih tinggal (pengukur bagi umur ini ialah umur Rasulullah)
VI. Jawatanku
v Slot ini juga merupakan kendalian sepenuhnya oleh Pak Lang.
v Dalam slot kali ini, pserta diberikan sekeping kertas dan menyenaraikan ke semua jawatan yang dipikul sekurang-kurangnya 15 jawatan.
v Setelah menyenaraikan jawatan, peserta diberikan sekeping kertas yang bertajuk ’Jawatanku’ dan daripada jawatan-jawatan yang telah disenaraikan sebelum itu, peserta perlu memilih 12 jawatan yang terbaik dan boleh dilaksanakan dengan baik.
v Kemudian, kertas tersebut dimasukkan ke dalam plastik dan dikembalikan kepada fasilitator.
VII. Nikmat Oh Nikmat
v Slot ini di mulakan selepas khidmat diri iaitu pada pukul 9.15 pagi
v Dalam sesi ini, peserta di minta untuk sama-sama menyelami kesusahan dan keperitan hidup yang di alami oleh orang kurang upaya (OKU).
v Sekali lagi dalam berpasangan, setiap peserta diberikan sebiji gula-gula. Peserta perlu membuka pembalut gula-gula tersebut dengan hanya menggunakan 4 jari kiri (tangan kanan dan ibu jari kiri di sorokkan)
v Terdapat beberapa individu yang berjaya, dan seterusnya peserta yang tidak berjaya diberi kelonggaran menggunakan kelima-lima jari kiri tanpa bantuan daripada tangan kanan. Setelah misi berjaya, peserta perlu menyuapkan gula-gula tersebut ke dalam mulut pasangan masing-masing.
v Seterusnya, setiap pesera dibekalkan dengan sebiji kurma dan sedikit air zam-zam untuk disuapkan kepada pasangan.
v Kurma yang dibekalkan perlu dibuang biji terlebih dahulu manakala air zam-zam perlu dibacakan doa untuk sahabat sebelum diminum oleh sahabat/pasangan masing-masing.
v Kemudian, setiap peserta dibekalkan kain hitam dan selotip untuk menutup mulut dan pin.
v Pin tersebut perlu disematkan ditempat yang paling mudah di cam atau diingati oleh pasangan masing-masing.
v Peserta kemudiannya dipisahkan daripada pasangan dan peserta perlu mencari pin pasangan masing-masing dengan mata yang tertutup dan mulut yang terkunci.
v Setelah masing-masing mendapatkan pasangan mereka, peserta perlu mencari dan berkumpul mengikut kumpulan yang telah dibentuk ketika sesi luahan dalam ’meniti angin malam’.
v Sesi muhasabah daripada peserta.
VIII. INTEAM
v Dalam pasangan, seorang peserta akan menghadap slide untuk melihat paparan di skrin, manakala pasangannya akan meneka perkataan atau kata-kata di skrin tersebut dengan bantuan daripada sahabatnya yang dapat melihat.
v Tanpa menggunakan mulut, peserta perlu meneka dan sesiapa yang berjaya meneka perlu berdiri dan diperdengarkan kepada fasilitator.
v Setiap peserta diberi peluang sebanyak 2 kali untuk menjadi yang celik dan juga yang buta.
v Kemudian, dengan pasangan yang lain, setiap peserta perlu menyelami masalah, saling bermaafan, dan mendoakan sahabat
IX. Aku dan jamaah
v Peserta dibekalkan dengan dua keping kertas berkaitan jamaah dan tarbiyyah
v Dalam kertas pertama, peserta perlu mengisi perkara-perkara yang boleh dipertingkatkan, contohnya perkara yang boleh dilakukan untuk meningkatkan hubungan dengan Allah, Rasulullah dan sebagainya
v Seterusnya dalam helaian kertas kedua, peserta perlu meyatakan perkara yang perlu diperbaiki sebagai seorang ahli usrah, naqibah dan sebagainya.
X. Lafaz Yang Tersimpan
v Slot ini merupakan slot yang dikhususkan utuk peserta melafazkan apa yang terpendam dan harapan kepada ibu bapa
v Peserta dibekalkan dengan sekeping kad, sampul surat untuk menulis dan meluahkan perasaan kepada ibu bapa
v Surat tersebut kemudiannya akan dipos mengikut alamat yang tertulis di sampul surat.
Nak tau tak apa maklum balas dari beberapa peserta...huhu(sket2 je)
alhamdulillah semua ok
Unik
Padat & berisi
Banyakkan skop & jgn limitkan
Latih speaker baru utk menggantikan Pak Lang
Kesedaran bersahaja namun terkesan di hati
Suara malaikat camtu eh.....?? He...he..
Penyusunan yg baik & fleksibel
Komuniksi 2 hala
Sound system yg baik
overall….
-> Semua ALHAMDULILLAH… BAIK, BEST, HALAL % JATUH KE HATI…
***************************************************************************************************************************************
- Alhamdulillah diberi peluang utk sertai KBM Aktivis nie… awal-awal rase malas je nak dtg sbb bile ingat KBM, dok bayang nanti asyik nangis-nangis jer… tp after this KBM, rasa sgt best. Raser lebih manis ukhuwwah dgn sahabat-sahabat, rase lebih semangat nak buat kerja-kerja dakwah. Rase byk y perlu diperbaiki spy diri x mudah hanyut.
- meniti angin malam memang menginsafkan. Baru terfikir bahawa sebenarnya diri ini x bersedia lagi utk mati, x bersedia lagi menghadapi hari akhirat, banyak sangat dosa, rasa kotornya sangat hati ini. Banyak yang kena buat lepas ini. Kena mintak ampun kat mak ayah, kat kawan-kawan dan mereka –mereka di luar sana. Kena banyakkan solat malam untuk kuat.
- doakan saya kuat utk terus dlm dakwah ini.
Posted by
Karisma USM
at
11:09 AM
0
comments
Labels: Catatan Program
Tamrin Murobbi 02 2009
TAMRIN MUROBBI 02 2009 (TAMU 0209)
2-4 JANUARI 2009
Sekolah Tahfiz Al-Islah (STAIL)
Anjuran JIM IPT dengan kerjasama KARISMA PULAU PINANG
Tamrin Murobbi yang julung kali diadakan pada tahun lalu, diteruskan lagi pada tahun ini bagi meningkatkan usaha yang tidak berbelah bagi kepada pemerkasaan tarbiyyah di kalangan ahli KARISMA Pulau Pinang khususnya pasa murobbi/nuqaba’. Antara objektif TAMU 0209 ini ialah untuk membekalkan para nuqaba’ KARISMA, pengisian dan panduan untuk menggerakkan usrah dengan berkesan dalam melahirkan usrah muntijah di Pulau
Dan ini adalah agenda-agenda dan ilmu yang kami kutip sepanjang TAMU 0209 bagi melahirkan murobbi mumtaz, dan seterusnya menghasilkan usrah muntijah ^_^
I. Taklimat awal TAMU 0209
v Disampaikan oleh Timbalan Pengarah TAMU 0209; Nurul Asmaa’ Ismail usai tamat Muktamar KARISMA Pulau Pinang di Kompleks JIM Pulau Pinang.
II. Explorace @ TAMU 0209
v Setiap peserta akan diberikan taklimat oleh setiap Ameer atau PIC di lokaliti masing-masing sebelum bertolak ke STAIL.
v Peserta ikhwah berkonvoi secara beramai-ramai menggunakan motosikal manakala akhawat menggunakan pengangkutan awam (bas dan feri)
v 3 amanah yang perlu dilaksanakan:-
- Mengedarkan sekurang-kurangnya 1 risalah dakwah yang dibekalkan sepanjang berada dalam perjalanan menuju ke tempat program
- Peserta perlu mengeluarkan infaq kepada diri sendiri untuk kos pengangkutan ke tempat program
- sepanjang perjalanan, peserta perlu menghafaz surah At-Taubah ayat 71 dan pendaftaran hanya dikira sah serta diizikan cek in apabila lulus tasmi' ayat berkenaan apabila sampai di STAIL
v Peserta yang selamat sampai ke meja pendaftaran dikehendaki membacakan ayat At-Taubah:71 dengan terjemahan dihadapan JK pendaftaran.
III. Majlis Perasmian
v Dirasmikan oleh Dr. Rizal Bin Mohd Arshad, pensyarah di kampus kejuruteraan Nibong Tebal merangkap JIM IPT Pulau Pinang.
v Beliau menyentuh tentang 4 keperluan tarbiah; diri sendiri, mas’ul, sistem dan suasana membina.
v Juga turut menyentuh tentang perjuangan mengubah pemuda, dan hanya pemuda yang mampu utk mengubah pemuda
v Al-Imran:110
IV. Ice-Breaking & Task
v Ikhwah akhawat diasingkan untuk slot ini.
v Setiap peserta diberikan sekeping kertas bertulis dan tanpa menggunakan suara, peserta dikehendaki mencari ahli kumpulan berdasarkan kertas yang diberikan. Terdapat 3 kumpulan; ayam, angsa dan burung.
v Seterusnya, peserta (dalam kumpulan) dikehendaki membuat persembahan yang berkaitan dengan Tarbiyyah.
V. Kuliah Subuh- Seerah Mujaheed
v Oleh Muhammad Nurhadi Hamsar (Ameer K-USM Minden)
v Bercerita mengenai Muhammad Al-Fateh.
VI. Pengisian 1
v Oleh Ust. Budiyanto Unggun (Mu’allim STAIL)
v Tajuk: Dakwah; Amal Syurga yang berkisarkan tentang da’ie dan dakwah
v Ciri-ciri daie yang dimuliakan Allah.
v Da’ie perlu melakukan DAKWAH (Fursilat:33)
v Ahmad ar-Rahman bekata, ”Sesebuah gerakan tidak akan menang sekiranya ada anasir-anasir buruk dalam individu dalam gerakan terbabit.”
VII. Pengisian 2
v Oleh Ust. Zainal Ariffin
v Memberikan perkongsian dan mengupas sedikit sebanyak tentang Tafsir seperti surah At-Toriq berdasarkan Tafsir Al-Wadih.
v Sejauh mana keberkesanan penyampaian Al-Qur’an dalam hati-hati manusia untuk menjadi insan Rabbaniyyah.
VIII. Pengisian 3
v Oleh Ust. Zainal Ariffin
v Perbincangan berkisarkan Tauhid dan akidah berdasarkan buku Tauhid Az-Zindani
IX. Tazkirah Maghrib
v Oleh Muhammad Hafiz Kassim (TPSM KNL/mantan ameer K-PP)
v Penyampaian berkaitan akhlak seorang murrobi
X. Bengkel (Risalah Usrah 1)
v Peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan dan setiap kumpulan dikehendaki membincangkan 2 bab dalam Risalah Usrah 1 memandangkan dalam Risalah Usrah 1 terdapat 8 bab yang perlu di kupas. Perbincangan berlangsung selama 1 jam.
v Setelah selesai perbincangan kumpulan, setiap kumpulan perlu mempersembahkan hasil perbincangan masing-masing.
XI. Kuliah Subuh (Seerah Mujaheedah)
v Oleh Khairul Bariyah Azman
v Berkisahkan contoh-contoh mujaheedah yang menjadi sayap kiri perjuangan Islam seperti Aisyah, Sumayyah, Asma’, Khadijah dsb.
XII. Pengisian 4
v Oleh Ust. Muhaimin
v Pengisian berkaitan model Murobbi, dan rukun-rukun liqo’ at-tarbawiyy
v Model Murobbi terbahagi kepada 5 bahagian model dan model 1 merupakan model yang tidak sesuai untuk bergelar seorang Murrobi dan model 5 adalah sebaliknya; Murobbi yang sentiasa bersemangat dan mencari idea-idea baru dalam liqo’.
XIII. Pengisian 5
v Oleh Ust. Muhaimin
v Membicarakan soal kelemahan dan kekuatan ukhuwwah serta rawatan penyakit ukhuwwah tersebut.
XIV. Pengisian 6
v Dr. Abdul Halim
v Tajuk: Unsur-unsur dalam tanzim dan Adab-adab Syura yang membincangkan soal kepimpinan dan kepentingan syura dalam setiap jamaah
XV. Slot Penggulungan dan Resolusi
v Dikendalikan oleh Timbalan Pengarah TAMU 0209; Nurul Asmaa’ Ismail
v Terdapat 5 resolusi yang dipersetujui pada penghujung TAMU 0209:-
- Setiap peserta TAMU 0209 hendaklah membawa usrah sekurang-kurangnya 1 usrah pada akhir semester ini (Jun 09)
- Hadir usrah dan membawa usrah setiap minggu sekurang-kurangnya 10x setiap semester.
- Sedaya upaya menghadiri program (dengan undangan) yang dianjurkan terutama program tarbiyyah.
- Melaksanakan mutaba’ah amal (solat jamaah, qiyam, siyam, riadhah, rawatib, ma’thurat, tilawah, bacaan buku fikrah, syiar dan lain-lain mengikut kemampuan)
- Menggiatkan usaha dakwah Fardiyyah kearah 1 daie: 1 mad’u menjelang akhir semester ini.
v Daripada jumlah peserta yang hadir, nuqaba’ ikhwah seramai 5 orang, co-nuqaba’ seramai 2 orang manakala nuqaba’ akhawat seramai 11 orang dan co-nuqaba’ berjumlah hanya 1 orang. Lain-lain, adalah ahli yang berpotensi menjadi co-nuqaba’.
Tamrin Murobbi 02 2009 ini dianggap berjaya kerana kebanyakan slot berlangsung dengan lancar. Diharapkan tamrin ini dapat memberikan manfaat untuk semua peserta. Diharapkan setiap peserta program dapat memberikan komitmen sepenuhnya terhadap resolusi yang telah diperoleh. Semoga FIDAK 2015 mampu dicapai dengan kelahiran lebih ramai Murobbi Mumtaz yang menghasilkan Usrah Muntijah!
P/S: gambar2 yg lain xdapat di kesan..sape2 yg ada bolehla kongsikan ye('',) maaf, program nie dh lame tp ats kekangan lain yg xdapt di elakkan, terpause la plak..huhu
Posted by
Karisma USM
at
10:18 AM
0
comments
Labels: Catatan Program
Al-Quran Sumber Hiburan Daie
Wahyu Al-Quran adalah kalam Allah yang diturunkan kepada Rasulullah saw. Kalam al-Quran adalah kalam yang lembut menyentuh sanubari, keras meragut kesedaran dan mantap memberi panduan dan galakan semangat. Rasulullah mendapat bimbingan terus daripada Allah swt. Sepanjang perjalanan dakwah baginda, hanya satu sumber ketenangan yang sentiasa bertiup ke dalam hati baginda. Itulah bimbingan motivasi dari Pengutus Rasul-rasul ke muka bumi, Allah Azza wa Jalla. Lupakah kita tadabburi surah yang seringkali kita lafazkan diwaktu solat fardhu? Seakan-akan kita lupa pada lembutnya sapaan Tuhan pada rasulNya ketika turunya wahyu ini. Demi waktu Dhuha. dan demi malam apabila telah sunyi (gelap),Tuhanmu tiada meninggalkan kamu dan tiada (pula) benci kepadamu. Dan Sesungguhnya hari kemudian itu lebih baik bagimu daripada yang sekarang (permulaan).Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan karunia-Nya kepadamu , lalu (hati) kamu menjadi puas. Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungimu? Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung, lalu Dia memberikan petunjuk. Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberikan kecukupan. Sebab itu, terhadap anak yatim janganlah kamu Berlaku sewenang-wenang. Dan terhadap orang yang minta-minta, janganlah kamu menghardiknya. Dan terhadap nikmat Tuhanmu, Maka hendaklah kamu siarkan. (ad-Dhuha) Maha Tinggi Allah yang sentiasa memberikan ketenangan kepada baginda saw dalam kehidupannya. Akan tetapi bagi kita yang menyahut seruan dakwah dan menggelari diri sendiri dengan gelaran daie, apakah wahyu Allah ini menjadi sumber ketenangan kita. Adakah sumber lain yang menjadi mainan halwa telinga kita untuk menghiburkan jiwa rona dan lampias perasaan? Alangkah ajaib, apabila mereka yang mengakui mengikuti dakwah Islamiah, mengutamakan hiburan duniawi lebih dari kalam Allah yang agung. Bukan sedikit hiburan dan irama nasyid yang berkumandang di corong computer yang mengalunkan lagu yang tidak jelas mesejnya, hanya sahaja ia digelari nasyid. Ungkapan ini adalah nasyid seolah-olah alasan tangkap-muat untuk justifikasi hiburan yang tidak melihat pada mesejnya, tapi sejauh mana munshidin mengalunkan suara pada vocal-vokal tertentu, sehebat mana paduan harmoni latar dan sebagainya. Bukanlah Islam itu datang untuk mengharamkan perkara yang halal, cumanya mereka yang inginkan ketinggian di mata Allah swt pasti menghadkan perkara-perkara harus yang boleh menjerumuskan kepada kelalaian. Tidak terfikirkan kita pada kata-kata; “Sesiapa yang inginkan darjat tertinggi di syurga, dia hendaklah berada di darjat yang tinggi dalam kehidupan dunia” (al-Muntalaq) Lupakah kita pada al-Quran, kalam Allah yang sentiasa dijaga tahun demi tahun? Yang mana pencipta liriknya tidak pernah futur, susunan bahasanya indah mengkagumkan hatta mereka yang tidak memahaminya? Ingatkan kita pada hadith dari al-Mustafa tentang kalamullah ini; “Bacalah Quran dan menangislah. Jika kalian tidak boleh menangis, maka usahakanlah untuk menangis” (dr Saad ibn Waqqash , hadith dalam al-Lulu wal Marjan). Khusu’ ketika membaca al-Quran adalah cita-cita bagi setiap daie. Memang sukar untuk melaksanakannya, akan tetapi pengalaman berdakwahlah resepi utama kejayaan untuk khusu’ dalam sembahyang dan juga dalam mentadabburi al-Quran. Al-Quran ini jika diturunkan pada makhluk Allah yang lain, pasti akan leburlah ia kerana khusu’ dan takut pada Allah. Wahai daie serata dunia, renungkanlah ayat surah al-Hasyr ini! Jadilah gunung-gunung itu, kuat dan pasak pada bumi, tapi ,lebur tika takut pada PenciptaNya! Alangkah indah menjadi gunung! Lihatlah pada ahli kitab yang beriman ketika mana mereka menghayati al-Quran; 83. dan apabila mereka mendengarkan apa yang diturunkan kepada Rasul (Muhammad), kamu Lihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan kebenaran (Al Quran) yang telah mereka ketahui (dari Kitab-Kitab mereka sendiri); seraya berkata: “Ya Tuhan Kami, Kami telah beriman, Maka catatlah Kami bersama orang-orang yang menjadi saksi (atas kebenaran Al Quran dan kenabian Muhammad s.a.w.). 84. mengapa Kami tidak akan beriman kepada Allah dan kepada kebenaran yang datang kepada Kami, Padahal Kami sangat ingin agar Tuhan Kami memasukkan Kami ke dalam golongan orang-orang yang saleh ?”. Al-Imam al-Ghazali berkata; Cara memaksakan diri untuk menangis ialah menghadirkan kesedihan ke dalam hati, kerana dari kesedihan inilah akan munculnya tangis. Rasulullah saw bersabda; “Sesungguhnya al-Quran itu turun dengan kesedihan. Jika kalian membacanya, maka paksakanlah untuk bersedih” (dr Abu Nuaim). Adakah lagi sebarang keraguan untuk menjadikan al-Quran sebagai peneman kita di mana sahaja kita berada? Adakah ada hiburan lain yang lebih hebat dari hiburan yang diturunkan untuk menenteramkan manusia dari Allah swt. Apakah ada yang bergelar daie masih berasa bosan mendengar bacaan al-Quran dan menyukai hiburan-hiburan lain sedang mereka berbaiah “al-Quran itu penunjuk kami”. Apakah masih ada yang mahu beralasan “kami tidak faham bahasa arab lantas ia tidak meresap dalam jiwa kami, dan kami lebih suka hiburan yang lain”. Maka oleh itu usahalah untuk mendengar ayat-ayatNya selalu. Latihlah setiap ketika, untuk selalu mendengar ayat-ayatNya. Bagaimana kita harapkan mampu khusu’ mendengarkan al-Quran apabila yang tercurah di telinga saban ketika hanyalah lagu-lagu lain. Mana mungkin mampu penghayatan jika hati-hati kita dibuai hiburan-hiburan lain? Al-Quran adalah sumber asli untuk para daie. Biasakanlah hidup bersama al-Quran, nescaya jika anda hidup bersamanya, nikmat manisnya tidak terucap biar dengan ribuan kata-kata dan metafora. Wallahu ‘alam. Rujukan : al Quran al Karim, Bagaimana Berinteraksi dengan Al-Quran (Dr Yusuf al-Qaradawi)
Posted by
Karisma USM
at
10:10 AM
0
comments
Labels: tazkirah
