Wednesday, November 16, 2011

Sejarah siapakah INI?



Ini Sejarah Siapa?
Assalamualaikum warahmatullahi wabrakatuh...

Sejarah Siapakah Ini?

Sejarah Siapakah ini?

1)Satu sejarah Umat yang hebat dan penuh dengan kegemilangan.
2)Satu sejarah Umat yang kian dilupakan oleh sekalian manusia.
3)Satu sejarah Umat yang mampu menjadi pencetus Rabbani kepada generasi hari.

Sejarah ini bermula apabila kedatangan seorang manusia,yang peribadinya cukup dipercayai oleh keluarga dan manusia di sekitarnya, seorang manusia yang menyeru manusia ke jalan Allah tanpa segan silu, yakin dan penuh dengan sopan-santun dan lemah-lembut, seorang pejuang yang menyeru manusia ke jalan Allah dengan sepenuh usaha dan gigihnya dalam menyampaikan risalah yang benar itu.Seorang ketua negara yang cukup disegani oleh negara disekitarnya kerana pembentukkan negara perlembagaan pertama dunia, memerintah dengan cekap dan adil dan seorang ketua peperangan yang penuh dengan kesopanan dan tatasusila serta penuh dengan sifat-sifat disiplin. Siapakah manusia yang disebutkan ini? Siapakah Manusia ini?

Manusia ini adalah NABI SAW....

Dialah pembakar semangat kita pada hari ini..
Dialah yang menunjukkan contoh dan teladan untuk kita maju pada hari ini..
Dialah salah satu sumber kekuatan kita pada hari ini...

Ambillah MANHAJ NABIMU, MUHAMMAD SAW dan tegakkanlah.

Sejarah Nabimu bermaksud Sejarah siapakah ini??


Ya,benar ini adalah Sejarah Kita semua. Sejarah siapa? Sejarah kita semua. Kita yang bernama muslim yang asasnya Al-Quran dan As-Sunnah tidak kira ia baka asal Islam ka, baru masuk islam ka, yakin dengan Islam paling penting nak ditekankan dekat sini ini adalah Cerita Kita semua.

ada ngerti???

Ia bermula dengan kedatangan seorang manusia ke dunia membebaskan manusia dari lembah dan sisa kejahilan yang dahsyat, (jahiliyah manusia hari ini dahsyat x?) dengan pembinaan tauhid didalam diri individu, membina akhlak manusia dan seterusnya membina kekuatan manusia melalui hukum-hakam dan beberapa aspek lain.

Ini barulah muqaddimah jadi malas nak panjang2 jadi diringkaskan kita masuk kepada Draf dibawah ini. Kita lihat apa yang "special" nya draf ini, adakah gambar dan lukisannya cantik? adakah kerana ia berupa satu gunung yang tinggi dan kukuh, mari kita lihat. IKUT SAYA dan KITA.!



Graf yang telah membuka mata hati ramai orang.

Graf ini adalah serba ringkas terhadap tajuk ini" Sejarah Siapakah ini?" yang mampu untuk membuatkan kita mengimbau kembali sejarah kebangkitan Islam, sejarah di waktu kita sebagai kaum Muslimin gilang gemilang dan juga realiti kejatuhan Islam. Apakah kita sedari?

Apakah kita sedarinya, kita ini umat dahulunya diatas dan merupakan tamadun yang disegani oleh bangsa dan umat lain, kita ini dipandang tinggi oleh orang lain, tetapi mana silapnya , dimana silapnya kita, hari ini terbalik malah kita pula yang memandang tinggi bangsa dan agama lain dan kita pula dikatakan lemah dan rendah tarafnya. Apakah yang sudah terjadi dan dimana silapnya?Anda ada jawapannya? (Boleh bagi sedikit komen).

Mari kita kaji sedikit Tamadun lain, Tamadun Bangsa misalnya cina dan india. Kita ambil tamadun bangsa Cina sebab apakah mereka bangkit, bangun dan berdiri. Saya nak ambil Cina sebagai uji kaji. jadi kita nak sentuh dalam aspek apa ini ya? Kita ambil dari aspek kesungguhan depa bekerja, berniaga dan seni-seni kehidupan, amat mantap untuk dibandingkan. Secara umumnya seorang yang lahir didalam kalangan keluarga cina tidak perlu berhempas pulas untuk memahami ilmu perniagaan kerana telah menjadi satu bab dalam kehidupan biar x lulus tinggi pun tapi nak diaktakan mereka ini lebih berjaya dari golongan yang keluar dnegan sijil tinggi tp menganggur. Persoalannya, rajin bekerja, kuat belajar, bersaing positif, walalupaun ada dalam kalnagan sejarah melayu namun tidak sampi kepada warisan budaya. Sebab apakah?? Disebabkan mereka mewarisinya sejak berzaman-zaman menerusi sejarah dan tamadun mereka.

ehh..entry ini bukan nak cerita tamadun depa laa. jgn salah faham. hehe. Entry nak kita selinap balik sejarah kita dengan lebih mendalam sehingga kita yakin akan kebenaran serta tahu haal tuju yg sebenar.

wah..kita ini xyah laa pergi jauh2 balik semula kepada Kisah Tamadun kita sbb tamadun kita itu lagi hebat lagi canggih, semua tamadun lain xmampu nak tandingi..itu yang kita akui betul kan?

jadi balik semula kepada draf. Draf itu dibuat secara kasar dan jadi kita lihat pula kepada draf yang sama cuma ditambah sedikit petunjuk penting.





Draf diatas menunjukkan 3 point penting.
1)point bewarna biru(permulaan)
2)point bewarna merah(klimaks)
3)point bewarna hijau(Penutup)

Jadi permulaan cerita macam mana, sudah tentu permulaan tahun 610Masihi apabila Nabi SAW berdakwah dan ia paling tepat kita kata ia bermula apabila Nabi berjaya membina kader-kader penggerak yang yakin dengan kebenaran, yang berkualiti dan mantap akidah dan akhlaknya.

Klimaksnya apabila sistem khilafah tertegak di muka bumi Allah. Apa-apa sahaja orang Sekitar akan merujuk kepada Islam. Kita boleh kata Islam itu gah ketika itu.

Penutup, apabila zaman Khilafah itu jatuh atas kelekaan diri sendiri tambahan anasir luar mula masuk untuk memusnahkan islam dan lain-lain.
Jatuhlah Islam.

Apa yang kamu FAHAM?
Kini saya lebih faham tentang kejadian yang terjadi pada waktu yang dibulatkan merah di atas..sewaktu Islam berada di kemuncak di zaman kegemilangan. Tapi kini di mana kita?? kita sudah berada di bawah takat beku semula (green circle) iaitu sama seperti pada zaman permulaan iaitu zaman jahiliyyah (blue circle)..

kalau xpercaya..kenapa makin banyak kes buang bayi? ini satu contoh saja belum yang lain2 lagi. dalam sebulan lebih 4 kes yang dihebahkan..berapa banyak yang xdihebahkan?? seorang sahabatsaya bekerja dihospital memang banyak kes yang xdihebahkan dan kes sumbang tetapi tidak mengandung..sedih.. saya sangat sedih mendengar perkara2 sebegini..

marilah kita sama2 menaikkan semula Islam dan mencapai zaman kegemilangan yang pernah menjadi milik kita dahulu....bagaimana? Ini tidak dapat dicapai dengan sekelip mata tetapi memerlukan kesungguhan dan masa..ia tidak dapat dicapai berseorangan tetapi perlukan kumpulan sokongan..

pertama perbaiki diri kita kerana individu akan membentuk keluarga. Komponen keluarga akan membentuk masyarakat. Masyarakat akan membentuk negara dan seterusnya. sehinggalah kita berjaya mendapatkan khalifah islam itu semula. Kita kene mula dari sekarang..saat ini..demi masa depan anak-anak dan Islam itu sendiri.

(Secara ringkasnya, byk lagi nak kongsi ni sebenarnya sbb rasa langsung x cukup, kamu semua ok ka.? ka nak lagi tambahan?) Nantikankan


Nantikan Perkongsian :Shift Your Paradigm

Surah Al-A’raf 7: 179
“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang
mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang
mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang
mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu
seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.”



http://hambayangdhoiff.blogspot.com/2011/11/ini-sejarah-siapa.html

Monday, October 3, 2011

Amalkan Qiyamulalil Kerana Terdapat 10 Kebaikan di Sisi Allah SWT.



Oleh: Ustaz Abu Basyer

لسَّلاَمُ عَلَيْكُم

سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.


Sahabat yang dirahmati Allah,

Orang mukmin hati dan jiwanya sentiasa cinta dan kasih kepada Allah SWT. Dalam hidupnya tidak ada tempat lain untuk diserahkan jiwa dan raganya melainkan kepada Allah SWT , iman dan tawakalnya, pergantungan dan harapannya , doa dan munajatnya seratus peratus diserahkan kepada Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Di dalam al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW terdapat wasilah untuk seorang mukmin sentiasa istiqamah dan berkekalan hubungan hatinya dengan Allah SWT iatu dengan qiyamulalil diwaktu malam hari.

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Hendaklah kamu qiamlalil (solat malam), kerana sesungguhnya solat malam itu adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu, dan mendekatkan diri kepada Allah, mencegah dari perbuatan dosa, dan menutupi dosa atau kejahatan-kejahatan dan mengusir penyakit dari badan.”

( Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Hakim dan Baihaqi.)

Terdapat 10 kebaikan dan hikmah qiyamulalil iaitu :


Pertama : Pahala mereka tidak terhalang.

Firman Allah SWT bermaksud: "Mereka itu tidak sama; di antara ahli kitab itu ada golongan yang berlaku lurus, mereka membaca ayat-ayat Allah pada beberapa waktu di malam hari, sedang mereka juga bersujud (solat). Mereka beriman kepada Allah dan hari penghabisan, mereka menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah daripada yang mungkar dan bersegera kepada (mengerjakan) sebagai kebajikan; mereka itu termasuk orang-orang yang soleh. Dan apa saja kebajikan yang mereka kerjakan, maka sekali kali mereka tidak dihalangi (menerima pahalanya) dan Allah Maha Mengetahui orang-orang yang bertakwa." (Surah Ali Imran ayat 113 - 115)

Kedua : Memperoleh kenikmatan di dalam syurga.

Firman Allah SWT bermaksud: "Katakalah : 'Inginkah aku khabarkan kepadamu apa yang lebih baik dari yang demikian itu? Untuk orang-orang yang bertakwa (kepada Allah), pada sisi Tuhan mereka ada syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai; mereka kekal didalamnya. Dan ada pula isteri-isteri yang disucikan serta keredaan Allah: Dan Allah Maha Melihat akan hambaNya. Iaitu orang-orang yang berdoa: "Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah segala dosa kami dan peliharalah kami dari seksa neraka. Iaitu orang-orang yang sabar, yang benar, yang tetap taat, yang menafkahkan hartanya di jalan Allah dan memohon ampun di waktu sahur." (Surah Ali Imran ayat 15 - 17)

Ketiga : Allah SWT mengangkat orang beribadah di waktu malam di tempat yang terpuji.



Firman Allah SWT bermaksud: "Dirikanlah solat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam dan dirikanlah pula solat subuh. Sesungguhnya solat subuh itu disaksikan oleh Malaikat." "Dan pada sebahagian malam hari solat tahajudlah kamu, sebagai suatu ibadah tambahan bagimu; mudah-mudahan Tuhanmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji." (Surah Al Isra' ayat 78 - 79)

Keempat : Mempunyai sifat kemuliaan hati dan menghormati orang lain.

Firman Allah SWT bermaksud: "Dan hamba-hamba yang baik dari Tuhan Yang Maha Penyayang itu ialah orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang mengandungi keselamatan. Dan orang yang melalui malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka." (Surah al Furqan ayat 63 - 64)

Kelima : Orang yang bangun dan beribadah di malam hari tidak menyombongkan diri.


Firman Allah SWT bermaksud: "Sesungguhnya orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami, adalah orang-orang yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat Kami, mereka bersyukur dan sujud dan bertasbih serta memuji Tuhannya, sedang mereka tidak menyombong diri. Lambung atau perut mereka jauh dari tempat tidurnya, sedang mereka berdoa kepada Tuhannya dengan rasa takut dan harap, dan mereka menafkahkan sebahagian dari rezeki yang kami berikan kepada mereka. Seseorangpun tidak mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka iaitu bermacam-macam nikmat yang menyedapkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan." (Surah as Sajadah ayat 15 - 17)

Keenam : Memperoleh keberuntungan dan mendapat rahmat dari Allah SWT.



Firman Allah SWT bermaksud: "(Apakah kamu hai orang-orang musyrik yang lebih beruntung) ataukah orang yang beribadat di waktu-waktu malam dengan sujud dan berdiri, sedang ia takut kepada azab akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah: "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran. (Surah Az Zumar ayat 9)

Ketujuh : Mempunyai sifat kesabaran.


Firman Allah SWT bermaksud: "Maka bersabarlah kamu terhadap apa yang mereka katakan dan bertasbihlah sambil memuji Tuhanmu sebelum terbit matahari dan sebelum terbenamnya. Dan bertasbihlah kamu kepadaNya di malam hari dan setiap selesai sembahyang." (Surah Qaaf ayat 39 - 40)


Kelapan : Senang berkorban dan membantu orang-orang miskin.


Firman Allah SWT bermaksud: "Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada di dalam taman-taman (syurga) dan di mata air-mata air. Sambil mengambil apa yang diberikan kepada mereka oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka sebelum itu di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam. Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah. Dan pada harta-harta mereka ada hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang tidak mendapat kebahagiaan." (Surah Az Zariyat ayat 15 - 19)


Kes
embilan : Tabah dalam menunggu ketetapan dari Allah SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan bersabarlah dalam menunggu ketetapan Tuhanmu, maka sesungguhnya kamu berada dalam penglihatan Kami, dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu ketika kamu bangun berdiri. Dan bertasbihlah kepadaNya pada beberapa saat di malam hari dan di waktu terbenam bintang-bintang (di waktu fajar). (Surah Ath Thur ayat 48 - 49)



Kesepuluh : Bangun di waktu malam untuk beribadah lebih berkesan dan khusyuk.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Hai orang yang berselimut (Muhammad), bangunlah untuk solat di malam hari, kecuali sedikit daripadanya, iaitu seperduanya, atau kurangilah dari seperdua itu sedikit, atau lebih dari seperdua itu. Dan bacalah al-Quran itu dengan perlahan-lahan. Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu perkataan yang berat. Sesungguhnya bangun di waktu malam adalah lebih tepat (untuk khusuk) dan bacaan di waktu itu lebih berkesan."

(Surah al Muzzammil ayat 1 - 6)


Sahabat yang dimuliakan,

Berdasarkan ayat-ayat Allah SWT di atas jelaslah kepada kita betapa besarnya kebaikan, ganjaran dan hikmah yang akan dikurniakan oleh Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya yang bangun diwaktu malam untuk qiyamulalil dan solat tahajud, berdoa dan bermunajat kepada Tuhan Rabbul Jalil. Inilah ciri-ciri ahli syurga dan ciri-ciri mukmin yang mendapat rahmat dan kasih sayang Allah SWT ketika di dunia ini. Oleh itu jadikanlah qiyamulalil sebagai ibadah tambahan yang akan mendekatkan diri kita kepada Allah SWT dan untuk mendapat balasan syurga di akhirat nanti.;



Diambil dari: http://abubasyer.blogspot.com/2011/10/amalkan-qiyamulail-kerana-terdapat-10.html



[Penulis adalah Ahli Teras Pertubuhan IKRAM MAlaysia]



"UKHUWAH TERAS KEGEMILANGAN"

"IKRAM WADAH PERJUANGAN"

Membina usrah yang efektif


http://zadud-duat.blogspot.com

By: Ahmed Salah

Usrah yang efektif = penggabungan + agenda tsaqafi dan tarbawi yang baik + bermimpi

Usrah adalah batu bata dakwah sama seperti sebuah keluarga yang terdiri daripada ibu bapa dan anak-anak yang menjadi batu bata masyarakat di mana kita hidup. Oleh itu, ia dinamakan usrah untuk membawa semua pengertian dan makna yang memelihara dakwah, seperti Taaruf, Tafahum dan Takaful. Justeru, semakin bertambah kekuatan elemen-elemen ini (rukun-rukun usrah), diperkukuh dan diperteguh ikatan usrah-usrah kecil, semakin kukuh dan bertambah utuh dakwah, tercapai harapan yang dicita-citakan dan cekal dalam menghadapi kesukaran dan pancaroba.. Allah SWT telah berfirman yang bermaksud:

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai;” (Al-Imran: 103).

Konsep Taaruf, Tafahum dan Takaful adalah konsep yang kukuh dan penting. Jikalau anda sebagai mas’ul menjalankannya dengan penuh teliti dan sempurna, anda akan merasa kesannya yang pasti dalam hati saudara-saudara anda, dan anda akan melihat perkembangan yang amat besar dalam hubungan perkumpulan itu dengan anda dan hubungan anda dengan mereka, dan hubungan saudara-saudara anda antara satu sama lain, dan hubungan mereka dengan dakwah itu sendiri, dan kecintaan mereka dan dedikasi mereka lebih daripada yang dijangkakan.

Kesilapan yang berlaku kepada ramai orang ialah apabila berurusan dengan elemen-elemen usrah ini yang menjadi asas kepada usrah dan membuatkannya tumbuh dan hidup, ialah dalam bentuk mekanisma rutin yang hanya sekadar sebuah agenda tsaqafi dan perbincangan ilmiah tanpa mengambil kira pertautan hati dan kebersamaan anggota dalam kumpulan tarbiyah. Hal ini berpunca dari kegagalan dalam pengurusan usrah yang sepatutnya mengambil kita aspek-aspek yang terpenting ini.

Walaupun terdapat kepentingan program tsaqafi dan komponen pendidikan dalam dakwah, namun saya berpendapat bahawa kegagalan dalam himpunan tarbiyah bermaksud kegagalan untuk mengeratkan hubungan antara ahli-ahlinya dan menjadikan mereka berasa bahawa mereka adalah satu tubuh yang tidak boleh terpisah dalam apa jua keadaan. Tubuh ini adalah yang berkaitan dengan tubuh yang terbesar iaitu tubuh dakwah itu sendiri di bawah naungan cinta dan pemeliharaan Allah SWT. Saya berpendapat bahawa kegagalan dalam himpunan tarbiyah ialah apabila orang kehilangan penggabungan mereka kepada usrah. . Timbul beberapa soalan aneh yang sentiasa diulang-ulang sepanjang masa .. Seperti "Kenapa saya pergi ke pertemuan itu hari ini?.. Apa yang akan terjadi jika saya tidak pergi hari ini? .. Apa perkara baru yang akan berlaku?, Suara yang sama berulang.. dll.).

Dari sini anda wajib memberi perhatian kepada elemen-elemen asas (rukun-rukun usrah) yang mengukuh dan melindungi kumpulan tarbiyah, dan kemudian tiba selepas itu agenda tsaqafi yang mudah difahami dan dapat dikuasainya dengan mudah .. elemen-elemen (rukun-rukun) itu ialah:

1 – Taaruf (perkenalan):

Taaruf bererti mengetahui nama akh, pekerjaan ibu bapanya, nama saudara-saudaranya, keadaan mereka dan bidang mereka dalam pengajian atau kerjaya mereka, dengan menyoal mereka dari semasa ke semasa, mengetahui masalah mereka yang terkini untuk memberikan nasihat, bimbingan dan bantuan untuk mereka, mengetahui status akh dan kedudukannya dalam keluarga. Untuk mendalamkan lagi perkenalan anda mestilah mengadakan ziarah khas supaya dapat mengajukan soalan berkaitan khabar kehidupan keluarga mereka dengan penuh kecintaan dan kemesraan sehingga mereka merasakan saudaranya sebahagian dari keluarganya. Perkenalan anda akan sampai kepada kecemerlangan jika anda masuk ke dalam keluarga itu sendiri, mengenali ibu bapa dan adik-beradik secara rapat. Kini anda boleh berbual-bual secara khusus bersama mereka .. Allah SWT telah berfirman (bermaksud):

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).” (Al-Hujurat: 13).

2 – Tafahum (Memahami):

Tafahum bererti mengetahui keperibadian secara lengkap antara satu sama lain dan menyedari keistimewaannya dan keburukannya dalam bentuk yang membuat mereka tahu bagaimana untuk menyatakan nasihat antara satu sama lain dengan penuh kemesraan dan kecintaan ukhuwwah dan membuat seorang akh bergaul dengan saudaranya berdasarkan keperibadiannya. Setiap akh perlu mengetahui keperluan atau kebimbingan saudaranya, kemudian bercakap dengannya dan cuba untuk membantunya hingga setiap akh yang berada dalam kumpulan tarbiyah merasakan apabila ditimpa kesusahan dan ingin memberitahu kepada seseorang, lalu beliau dengan segera menuju kepada saudara-saudaranya dalam kumpulan tarbiyah untuk menceritakan kepada mereka supaya hilang kebimbangannya dan terlepas kesusahannya, dengan izin Allah.

Rasulullah saw telah bersabda (bermaksud):
“Agama adalah nasihat.” Kami bertanya : Kepada siapa ? Baginda bersabda : “Kepada Allah, kitab-Nya, Rasul-Nya dan kepada pemimpan kaum muslimin dan rakyatnya.” (Bukhari dan Muslim)

3 – Takaful (bantu-membantu):

Takaful bererti turut sama dalam krisis kebendaan dan kejiwaan, dan segera membantu akh sebelum dia meminta untuk dibantu. Takaful merupakan suatu perkara yang perlu kepada perasaan yang halus dan pengetahuan tentang keadaan ahli kumpulan tarbiyah secara berterusan.

Rasulullah saw pernah bersabda (bermaksud):
"Orang yang berjalan kerana memenuhi keperluan saudaranya lebih baik (pahalanya) daripada beriktikaf di dalam masjidku ini selama sebulan."

Ketiga-tiga rukun ini adalah teras utama terbinanya sebuah kumpulan tarbiyah. Ianya perlu mendapat perhatian dalam kurikulum sebagai topic yang bersesuaian di samping kepentingannya dalam pembinaan dan pemeliharaan kumpulan tarbiyah. Kemudian diikuti dengan agenda tsaqafi dan ilmi yang perlu diletakkan dengan berhati-hati supaya sesuai dengan tahap pengetahuan anggota kumpulan, dan bertujuan untuk menaikkan mereka secara beransur-ansur dalam bentuk yang jelas.

Ketiga-tiga rukun tersebut akan memberikan kesan langsung dalam mendorong kumpulan tarbiyah untuk mencintai dakwah dan berdedikasi terhadapnya. Justeru, kini mereka mula merasakan bahawa mereka adalah sebahagian daripada dakwah yang besar dan agung, yang mendorong mereka dengan sendirinya untuk bekerja dengan penuh bersemangat untuk menolong dan mengembangkannya, Kemudian selepas itu tiba peranan anda sebagai mas’ul dan contoh kepada mereka dalam semangat dakwah anda, gerakkan anda yang aktif, kreativiti anda, pembaharuan anda yang berterusan dan kejayaan anda, keupayaan anda untuk menaikkan semangat mereka, mencungkil kebolehan dan bakat mereka dan bijak memberikan tugas dalam dakwah, keupayaan anda untuk memasukkan mereka dalam menggariskan matlamat amal dan mendengar pendapat mereka dan menghormatinya, mengajar mereka supaya tabah dan teguh di atas matlamat biarpun menghadapi pelbagai rintangan dan kesusahan, mendorong mereka untuk menempuh amal-amal yang sukar sehingga merasakan ianya bukan bebanan, berusaha membuatkan mereka merasa bangga dan gembira atas pencapaian-pencapaian dakwah yang mengatasi orang lain dalam bidang dakwah. Ketiga-tiga rukun ini adalah faktor yang diperlukan untuk usrah yang berkesan.

Mimpi

Saudara yang dimuliakan ..

Bermimpilah tentang mereka dan ketika anda terjaga dari tidur. Biarkan mereka bermimpi tentang anda dan rancanglah dengan baik untuk mencapai mimpi ini. Wujudkanlah suatu perasaan dalam diri mereka bahawa anda adalah rakan mereka yang mencintai, menjaga, menasihati dan berada di samping mereka. Riang gembiralah dengan mereka seperti kanak-kanak yang berjaya dalam menyelesaikan suatu kerja yang sukar. Anda hendaklah menjadi seperti wira atau hero yang gagah pada waktu kegagalan, yang meredakan mereka dan cekal di hadapan mereka dengan menzahirkan ruh harapan.

Saudara yang dimuliakan ..

Secara ringkas .. Tiga faktor penting yang diperlukan untuk berjaya dalam pembentukan kumpulan tarbiyah yang utuh serta mampu memenuhi tuntutan dakwah ialah:

1 – Perasaan penggabungan.

2 – Agenda tsaqafi dan tarbawi yang baik.

3 - Keupayaan untuk bermimpi.

------------

Terjemahan dari http://www.ikhwanonline.com/new/Article.aspx?SecID=360&ArtID=91845

Diterjemahkan oleh:

Ustaz Suhaimi Jairi

Setiausaha IKRAM Pontian

"UKHUWAH TERAS KEGEMILANGAN"

"IKRAM WADAH PERJUANGAN"

Tuesday, May 3, 2011

Hati Yang Bersih

Hati Yang Bersih

Hati ana tergerak untuk membincangkan soal hati. Apakah yang membuatkan ana teringin untuk membincangkan soal hati ini , ya..?Ini kerana hati merupakan sesuatu yang mana dapat menghubungkan diri kita dengan pencipta disamping ia adalah salah satu muwassofat tarbiyah iaitu hati yang sejahtera(Qalbun Salim), bila hati yang bersih dan penuh dengan kebaikan insyaallah baiklah keseluruhannya sama ada anggota seperti mulut, tangan , kaki dan sebagainya, segala hijab kita diantara kita dengan Allah itu akan terhapus namun kita harus tahu bila hati kita dikuasai dengan kebatilan maka akan lahirlah sifat-sifat yang tidak elok, malah sangat dikeji oleh umat manusia disekitarnya dan juga Pencipta kita sendiri .

Sabda Nabi SAW,:

لا وَإنَّ في الجَسَدِ مُضْغَةً إذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الجَسَدُ كُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الجَسَدُ كُلُّهُ ألاَ وَهِيَ القَلْبُ

“Ketahuilah! Sesungguhnya di dalam jasad manusia terdapat segumpal daging. Jika baik segumpal daging itu, akan baiklah jasad keseluruhannya dan jika ia rosak, akan rosaklah jasad keseluruhannya. Ketahuilah! Segumpal daging yang aku maksudkan itu ialah hati” (Riwayat Imam al-Bukhari).

Hadis Nabi terang-terangan menerangkan bahawa hati ibarat Raja atau penguasa diri. Hatilah yang menentukan hala tuju hidup, jadi sebolehnya didiklah dia dengan dengan dengan ilmu yang aula/utama iaitu Ma’rifatullah(Mengenal Allah). Bial ma’rifatullah insyaALlah segala apa yang kita cuba buat semuanya adalah kerana Allah. Jika hatinya bersih, elok dan soleh, maka segala tindakan dan perlakuan yang lahir dari anggota-anggota jasadnya akan turut bersih, elok dan soleh, tangan akan hanya mengambil yang bersih dan elok, mata akan melihat kepada yang elok-elok, telinga juga akan mendengar hanya bunyi yang elok, kaki akan pergi ke tempat-tempat yang elok dan begitu lah seterusnya. Namun jika hati kotor, jahat dan fasiq, maka anggota-angota badan juga akan turut menjadi sepertinya penuh kelalaian.

Kerana itu, amat penting kita mempelajari tentang hati, memberi perhatian kepadanya dan memantau keadaan hati kita dari masa ke semasa. Perubahan dalam hidup kita bermula dari hati. Hati yang perlu diislahkan terlebih dahulu sebelum kita mengislahkan jasad kerana jasad hanya akan mengekori hati kita. Perubahan yang bermula dari zahir tanpa bermula dari batin (yakni hati), perubahan itu tidak akan kekal lama. Namun jika bermula dari hati, Insya Allah ia akan ia akan kekal buat selamanya selagi hati tidak berubah.


Kesimpulannya, kita sedia maklum tentang 3M, mula dengan diri sendiri, mula dengan yang dekat, dan mulalah dengan kecil-kecilan. Apakah yang menepati syarat ketiga-tiga ini, apakah.? sudah tentu dia ialah Hati. Jelaslah hati sangat besar disisi Allah dan cuma disini kita memerlukan keazaman yang kuat untuk berubah dari yang kecil-kecilan ,yang dekat dan dr sekarang, dan perlunya pengaplikasinya. Alilmu bila amal kasajar ilal tsamar. Ilmu tanpa amal seperti pokok yang tidak berbuah. Dengarlah satu sajak,

Wahai hati hamba-hamba Allah

Ingatlah kepada Tuhan yang menjadikanmu
Jangan biarkan hati mu lalai dari selainNya
Mengapa kamu tidak bersyukur kepadaNya yang memberikan mu panca indera ?
Mengapa kamu tidak mahu sujud?
Sedangkan kita telah bersaksi di alam Roh lagi bahawa Allahurabbi
Jangan engkau lupa Malaikat yang ada pada kanan kiri mu
Tidakkah engkau tahu Malaikat maut memerhatikan mu 3 kali sejam
Ingatlah hari-hari berlalu adalah menandakan kematian semakin dekat
Kesianlah pada diri mu dan hati mu....
Dihari perhitungan nanti, Hatilah(niat) yang akan di selongkar....

Saturday, August 14, 2010

Convo Ikhwah akhawat yang dinanti....


Sememangnya setiap yang menjadi pelajar universiti pasti akan mengakhiri penghidupan mereka sebagai pelajar dengan bergraduasi sambil mengenakan jubah yang amat sinonim dengannya...

Meriah, bagiku sungguh meriah..
Saat ini barulah dapat dirasai saat manisnya pabila mendapat segulung ijazah. Melihat kepada ikhwah akhawat yang tersenyum sambil bergambar kenangan,ikhwah dan akhawat yang belum bergraduasi pula terasa cemburu...(insya-Allah sebagai pembakar semangat^_^)

Kami yang masih di Tahun 2 dan 3 hanya memerhatikan tingkah laku ikhwah akhawat yang seronok bergambar bersama keluarga yang turut menghadirkan diri sebagai memberi sokongan di atas kecemerlangan anak-anak mereka.

Seperti sebelum-sebelumnya,kami akan mula sibuk berada di Econ Shop dalam usaha untuk menjana pendapatan memandangkan ia adalah satu peluang di mana barangan di kedai kami akan laris daripada biasa..

bagaikan berkampung lagaknya..bagi akhawat, kami akan menjaga kedai dari seawal jam 8.30 pagi hingga 10.30 malam manakala bagi ikhwah, mereka terpaksa tidur di kedai memandangkan stok barangan yang terlalu banyak tidak dapat dimasukkan ke dalam kedai lantaran ikhwah terpaksa berkorban untuk tidur di sana bagi menjaga stok barangan..

Namun,ia merupakan kenangan terindah di mana ukhwah antara kami sesama akhawat terjalin dengan teguh...siap berkelah sambil makan2 dalam kedai beralaskan tikar merah lantaran kelaparan..





Alhamdulillah,ramai ikhwah akhawat batch nie yang convo..kak nazirah,kak za,kak salwani, akh nadhir,akh din, akh nasha,akh azri dan ramai lagi..insya-Allah, pelajar tahun 3 yang ada sekarang akan mengikuti jejah langkah mereka..ameen.





Moga ikhwah akhawat kita mampu mendukung usaha dakwah sama seperti mendukung segulung ijazah setelah berusaha sekian lama untuk mendapatkannya...
Mudah-mudahan Allah sentiasa merahmati kita...

Sunday, August 8, 2010

Perutusan Ramadhan Presiden IKRAM



بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Segala pujian bagi Allah s.w.t yang telah menyempurnakan agamaNya , melengkapkan nikmatNya dan merelai Islam sahaja sebagai ad-Din. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w , keluarga baginda dan para sahabat-sahabatnya, seluruh pengikut yang telah mengikuti baginda dengan sebaik-baiknya sehingga ke hari al-qiamah ………..Amin!

Semoga seluruh warga Pertubuhan IKRAM Malaysia, anggota keluarga mereka , seluruh umat Islam di Malaysia dan dunia sentiasa berada di dalam keadaan sejahtera, sentiasa mentaati Allah s.w.t , memajukan diri serta memperkembangkannya hari demi hari supaya menjadi lebih baik dengan perjalanan masa, mampu menambah bakti kepada agama yang kita imani dan Ummah yang kita sayangi

Beberapa hari lagi kita akan menyambut ketibaan bulan Ramadhan, bulan yang dipenuhi keberkatan, semulia-mulia bulan. Di dalamnya diperturunkan al-Quran, dimenangkan Ummah menerusi peperangan Badr al-kubra, al-Yarmuk, al-Qadisiah, al-Hattin dan lain-lain lagi. Ia mengandungi sebaik-baik malam , yaitu malam lailatul qadar, yang lebih baik dari seribu bulan.

Ia bulan yang membuka ruang kepada semua Umat Islam untuk mempergandakan amal-amal soleh, ketaatan kepada Allah, yang akan mempergandakan pahala balasan amalan-amalan yang wajib sebanyak tujuh puluh kali ganda dan amal-amal sunat kepada pahala balasan amal-amal yang fardhu dan wajib. Satu gandaan yang amat luar biasa yang dibawa atau yang terkandung bersama-sama bulan Ramadhan yang penuh keberkatan

Sepanjang bulan Ramadhan masyarakat Islam dituntut melaksanakan ibadah puasa , membayar zakat fitrah, mereka keluar beramai-ramai melaksanakan sembahayang fardhu dan sunat tarawikh secara berjamaah di masjid-masjid dan surau-surau, memakmurkan rumah-rumah Allah s.w.t dan bulan Ramadhan dengan kegiatan-kegiatan membaca al-Quraan, i’tikaf sepanjang sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan, menghidupkan malam-malamnya dengan sembahyang-sembahya ng sunat tahajud, witir dan seumpamanya, mengingati Allah s.w.t dengan memperbanyakkan tasbih ,tahmid, istighfar, taubah, berdoa dengan doa-doa yang ma’athur , munajat, merenung kandungan kitabnya dan keajaiban alam semesta, mendalami sirah RasulNya dan memahami perutusan-perutusan dari sunnah-sunnah baginda, sejarah umat manusia, para-para Nabi dan Rasul dan pengikut-pengikut mereka, nasib kaum-kaum yang ingkar kepada perintah Allah, alam akhirat, kematian dan untung nasib manusia sesudahnya.

Menerusi ibadat puasa sepanjang bulan Ramadhan kita dituntut mengekang hawa nafsu minum dan makan serta mencampuri Isteri di waktu siang, mengasuh diri bersabar, menahan marah, menjaga lidah dan kehormatan peribadi sebagai orang Islam yang mulia, bersopan santun, sentiasa menghulurkan khidmat dan bantuan kepada golongan yang memerlukannya, berderma dan bersedekah, merasai sendiri kesedihan dan kepayahan, kelaparan dan kekurangan yang ditanggung selama ini oleh golongan fakir miskin, anak-anak yatim, golongan cacat dan tidak berupaya untuk menyara atau mengurus diri sendiri atau keluarga mereka.

Bulan Ramadhan merupakan bulan pembersihan jiwa daripada pelbagai penyakit-penyakit batin dan pembersihan diri daripada perilaku-perilaku yang buruk. Bulan yang sepatutnya kepada pejuang-pejuang Islam menyuburkan keinsafan dalam diri, kesabaran menghadapi cabaran-cabaran, keazaman mendokong Islam, ketaatan kepada Allah, kerinduan kepada al-Rasul s.a.w dan sahabat-sahabat baginda yang telah berkorban untuk Islam dengan setinggi-tinggi pengorbanan.

Dalam suasana bulan Ramadhan, mereka meredah sahara, gurun yang luas, jurang yang dalam, bukit bukau yang tinggi, di bawah panahan cahaya panas terik matahari mereka memikul panji-panji tauhid untuk dikibarkan di seluruh pelusuk semenanjung Arabia, menyempurnakan satu misi alami, insani yang amat mulia yang kemudiannya disempurnakan oleh para sahabat baginda.

Gunakanlah kesempatan yang masih lagi Allah berikan kepada kita semua menerusi bulan Ramadhan yang akan tiba beberapa hari lagi ini untuk memperbanyakkan amal-amal soleh, mentaati Allah s.w.t, menabur bakti kepada orang-orang yang memerlukan , terutama kepada lingkungan yang hampir dengan kita, anggota keluarga, sanak saudara, jiran tetangga, kenalan dan rakan-rakan.

Jadikanlah bulan Ramadhan ini, bulan kita memperteguhkan hubungan dengan Allah s.w.t, hubungan silatul al-rahmi dengan anggota keluarga yang dekat dan jauh, sanak saudara, jiran tetangga, rakan-rakan dan saudara –saudara seperjuangan, sesama ahli-ahli pertubuhan IKRAM dan masyarakat Islam.

Bulan Ramadhan, sewaktu dimanfaatkan sepenuhnya mampu mengasuh diri dan peribadi kita semua, mengangkatnya ke satu tahap yang lebih tinggi dan sempurna, menjadikan semua kita golongan yang hampir, dekat kepada Allah s.w.t dan manusia, diri dan peribadi yang mengasihi Allah dan dikasihinya, disayangi manusia dan menyayanginya.

Semoga bulan Ramadhan pada tahun hijrah 1431 ini akan mengangkat kita semua ke darjat golongan-golongan ummah yang bertakwa, memiliki bekalan perjalanan kehidupan yang terbaik dalam pengembaraan masing-masing merentasi kehidupan sementara di dunia yang fana’ ini. Dengan itu kita akan mencapai matlamat daripada ibadah berpuasa, memperolehi bekalan taqwa yang merupakan sebaik-baik bekalan disisi Allah s.w.t

Allah s.w.t telah berfirman didalam al-Quran:

ياأيها الدين آمنوا كتب عليكم الصيام كما كتب على الدين من قبلكم لعلكم تتقون
" "

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu ( ibadah ) puasa sebagaimana ia telah diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, mudah-mudahan kamu mejadi orang-orang yang bertaqwa “ { surah al-Baqarah, ayat 183)

Firmannya lagi:

وتزودوا فان خير الزاد التقوى " “

Maksudnya: “ Sediakanlah bekalan, sesungguhnya sebaik-baik bekalan itu ialah sifat al-taqwa “ { Surah al-baqarah, ayat 197 )

Ahli-ahli pertubuhan IKRAM diharapkan akan memperolehi bekalan al-taqwa tersebut menerusi penghayatan bulan ramadhan sebaik-baiknya, memperbanyakkan amal-amal soleh. Mudah-mudahan ia akan mengangkat mereka maju dan mara melonjakkan wahana IKRAM dan perjuangan Islam menerusinya ke tahap yang lebih tinggi, meninggalkan kesan baik dan membina yang lebih besar dan luas kepada masyarakat dan negara pada masa hadapan

Akhirnya sebagai penutup, bersesuaian dengan kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini, marilah kita bersama-sama menghayati perutusan Nabi kita Muhammad s.a .w menerusi hadis baginda :

Rasulullah telah berucap di hari-hari terakhir bulan Syaaban kepada sahabat-sahabat baginda:

" أيها الناس : قد أظلكم شهر عظيم مبارك , شهر فيه ليلة خير من ألف شهر, شهر جعل الله صيامه

فريضة وقيام ليله تطوعا , من تقرب فيه بخصلة كان كمن أدى فريضة فيما سواه , ومن أدى فريضة فيه

كان كمن أدى سبعين فريضة فيما سواه , وهو شهر الصبر , والصبر ثوابه الجنة , وشهر المواساة

وشهر يزاد فى رزق المؤمن فيه , من فطر فيه صائما كان مغفرة لدنوبه وعتق رقبته من النار , وكان له

مثل أجره من غير أن ينقص من أجره شيء .

قالوا : يا رسول الله , ليس كلنا يجد ما يفطر الصائم , فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : يعطى الله

هدا الثواب من فطر صائما على تمرة أو شربة ماء أو مدقة لبن .

وهو شهر أوله رحمة , وأوسطه مغفرة, وآخره عتق من النار, من خفف فيه عن مملوكه غفر الله له وأعتقه

من النار, فاستكثروا فيه من أربع خصال: خصلتين ترضون بهما ربكم, وخصلتين لا غناء بكم عنهما, فأما

الخصلتان اللتان ترضون بهما ربكم : فشهادة أن لا اله الا الله , وتستغفرونه, وأما الخصلتان اللتان لا غناء

بكم عنهما : فتسألون الله الجنة وتعودون به من النار, ومن سقا صائما سقاه الله من حوضى شربة لا يظمأ

حتى يدخل الجنة "

Maksudnya: “ Wahai manusia ! Kamu akan dinaungi satu bulan yang agung, yang penuh keberkatan. Bulan yang terdapat di dalamnya satu hari yang lebih baik daripada seribu bulan. Bulan yang Allah telah jadikan berpuasa di dalamnya satu fardhu dan menghidupkan malamnya sebagai amalan sunnah. Sesiapa yang menghampirkan dirinya kepada Allah menerusi amalan sunnah, dia seperti melaksanakan satu amalan fardhu selain amalan sunnah tersebut, dan sesiapa yang menunaikan satu amalan fardhu di dalamnya (bulan Ramadhan), dia seperti menunaikan 70 amalan fardhu selain amalan fardhu tersebut. Ia adalah bulan kesabaran dan kesabaran itu ganjarannya ialah syurga. Ia juga adalah bulan memberi pertolongan dan bantuan. Ia bulan di mana rezeki orang-orang yang beriman bertambah. Sesiapa yang menyediakan makanan kepada seseorang yang berbuka puasa , tindakan itu akan mengampuni dosa-dosanya dan membebaskan dirinya daripada api neraka, bagi dirinya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tersebut tanpa sebarang pengurangan”

Sahabat-sahabat baginda langsung berkata: “Bukan semua kami memiliki sesuatu untuk dijadikan bahan berbuka seorang yang berpuasa”. Lalu Rasulullah s.a.w menjawab: “Allah akan mengurniakan ganjaran pahala saperti itu kepada seseorang yang menghidangkan untuk seseorang yang berpuasa berbuka walaupun sekadar seulas buah tamar, seteguk air atau seteguk air susu ….

Bulan Ramadhan adalah satu bulan yang awalnya adalah rahmah, pertengahannya adalah pengampunan dan hujungnya adalah pembebasan daripada api neraka. Sesiapa yang meringankan bebanan daripada hambanya, Allah lagi akan mengampuni dirinya serta membebaskannya daripada api neraka.

Perbanyakkanlah sepanjang (bulan Ramhadan) 4 kegiatan: 2 kegiatan yang akan menjadikan kamu diredai Allah s.w.t, 2 kegiatan lain pula kamu sendiri amat perlu kepadanya: Adapun 2 kegiatan yang akan menjadikan kamu diredai Allah, maka ia adalah ucapan syahadah: “ bahawa tiada tuhan melainkan Allah” dan kamu memohon keampunan daripadanya. Adapun 2 kegiatan yang kamu sendiri amat perlu kepadanya, maka ia adalah: “ kamu memohon ( balasan ) syurga serta kamu meminta perlindungannya daripada api neraka.

Sesiapa yang memberi minuman kepada seseorang yang berpuasa maka Allah akan memberinya minuman daripada kolah airku yang menjadikannya sama sekali tidak akan kehausan sehinggalah dia memasukki syurga” (Riwayat ibnu khuzaimah dalam kitab sahihnya)

Sekian sahaja dahulu, semoga Allah menerima semua amalan kita sepanjang bulan Ramadan ini dan seluruh amalan kita sepanjang kehidupan kita semua.

Selamat berpuasa.



Wassalamualaikum



Ust Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad

Presiden IKRAM

28 Shaaban 1431H

9 Ogos 2010

PERUTUSAN YDP IKRAM P PINANG SEMPENA RAMADHAN 2010

PERUTUSAN YDP IKRAM P PINANG SEMPENA RAMADHAN 2010



Pahala Ramadhan Diraihi

Tahun Ini Tidak Rugi Lagi



Assalamu ‘alaikum wbkt

Segala pujian bagi Allah yang telah menemukan Ramadhan kepada kita. Selawat dan salam atas Nabi Muhammad saw. Yang meninggalkan sunnahnya sebagai panduan.



Ahlan wa Sahlan,Ya Ramadhan



Bulan yang disambut dengan gembira oleh para mukminin.



Bersyukurlah kerana kita berada di bulan pesta ibadah pada tahun masihi 1431 yang menandakan Allah memberi peluang kepada kita untuk menghapus noda dan menambah pahala kebajikan.



Sabda Rasulullah s.a.w "Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keinsafan dan keimanan, diampunkan segala dosa-dosanya yang telah lalu."



Ikhwah dan akhawat yang dirahmati sekalian.





Dalam konteks jamaah IKRAM yang menjadikan tarbiah unsur penting untuk kelestarian perjuangan Islam, saya menyeru diri saya dan ahli IKRAM semua agar bulan puasa tahun ini kita :-



a) Hidup dan kemaskan amal yaumiah. Jangan lupa ma’thurat kubra, solat subuh berjamaah, solat-solat sunat dan lain-lain yang termaktub di dalam senarai semak usrah kita.

b) Kaji al Quran. Kita tidak harus berpuas hati sekadar berjaya khatam Quran, malahan bagi saya, menela’ah kitab-kitab tafsir membuka pintu keberkatan Ramadhan ini.

c) Ziarah menziarahi anak-anak usrah, kaum keluarga dan ahli-ahli IKRAM. Ini peluang kita menambah ukhuwwah yang menjadi teras kekuatan IKRAM.

d) Banyakkanlah taubat yang ikhlas kepada Allah. Galakkan bangun awal untuk solat tahajjud minta keampunan dari Allah. Doa maqbul ketika keseorangan di malam yang hening. Suasana begini menambahkan rasa kerdil diri dan membuat kita khusyuk dalam kemanisan solat.

e) Banyakkan bersedekah, anjur program sumbangan fakir miskin dan jamu mereka berbuka. Pahala mereka berpuasa, Allah tidak akan kurangkan sedikit pun untuk kita.

f) Muhasabah diri, mengimbau kembali kelalaian kita dalam ibadah, terlepas pandang amanah menggalas tarbiah dan memacu dakwah.

g) Tetapkan beberapa objektif-yang- perlu-dicapai dalam bulan yang berkat ni. Contohnya, "Aku akan menghabis hafaz surah al-Mulk, surah as Sajdah." Mungkin juga azam nak bangun solat tahajjud selang sehari pun satu idea yang baik. Meletakkan sasaran objektif dapat memberi motivasi untuk cemerlang dalam ibadah Ramadhan tahun ni.



Ahli IKRAM yang dikasihi sekalian.



Akhir sekali, sepanjang bulan ini lazimkan lidah berdoa yang tidak semestinya selepas solat sahaja,” Ya Allah! Aku memohon redha Mu dan syurga. Dan aku berlindung dengan Mu dari keperitan dan azab api neraka.”


Mudah-mudahan ini menjadi persediaan untuk meningkatkan lagi kekebalan iman dan taqwa. Melonjakkan lagi usaha memacu dakwah tarbiah IKRAM dan memimpin ummah.

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template