Saturday, August 14, 2010

Convo Ikhwah akhawat yang dinanti....


Sememangnya setiap yang menjadi pelajar universiti pasti akan mengakhiri penghidupan mereka sebagai pelajar dengan bergraduasi sambil mengenakan jubah yang amat sinonim dengannya...

Meriah, bagiku sungguh meriah..
Saat ini barulah dapat dirasai saat manisnya pabila mendapat segulung ijazah. Melihat kepada ikhwah akhawat yang tersenyum sambil bergambar kenangan,ikhwah dan akhawat yang belum bergraduasi pula terasa cemburu...(insya-Allah sebagai pembakar semangat^_^)

Kami yang masih di Tahun 2 dan 3 hanya memerhatikan tingkah laku ikhwah akhawat yang seronok bergambar bersama keluarga yang turut menghadirkan diri sebagai memberi sokongan di atas kecemerlangan anak-anak mereka.

Seperti sebelum-sebelumnya,kami akan mula sibuk berada di Econ Shop dalam usaha untuk menjana pendapatan memandangkan ia adalah satu peluang di mana barangan di kedai kami akan laris daripada biasa..

bagaikan berkampung lagaknya..bagi akhawat, kami akan menjaga kedai dari seawal jam 8.30 pagi hingga 10.30 malam manakala bagi ikhwah, mereka terpaksa tidur di kedai memandangkan stok barangan yang terlalu banyak tidak dapat dimasukkan ke dalam kedai lantaran ikhwah terpaksa berkorban untuk tidur di sana bagi menjaga stok barangan..

Namun,ia merupakan kenangan terindah di mana ukhwah antara kami sesama akhawat terjalin dengan teguh...siap berkelah sambil makan2 dalam kedai beralaskan tikar merah lantaran kelaparan..





Alhamdulillah,ramai ikhwah akhawat batch nie yang convo..kak nazirah,kak za,kak salwani, akh nadhir,akh din, akh nasha,akh azri dan ramai lagi..insya-Allah, pelajar tahun 3 yang ada sekarang akan mengikuti jejah langkah mereka..ameen.





Moga ikhwah akhawat kita mampu mendukung usaha dakwah sama seperti mendukung segulung ijazah setelah berusaha sekian lama untuk mendapatkannya...
Mudah-mudahan Allah sentiasa merahmati kita...

Sunday, August 8, 2010

Perutusan Ramadhan Presiden IKRAM



بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Segala pujian bagi Allah s.w.t yang telah menyempurnakan agamaNya , melengkapkan nikmatNya dan merelai Islam sahaja sebagai ad-Din. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w , keluarga baginda dan para sahabat-sahabatnya, seluruh pengikut yang telah mengikuti baginda dengan sebaik-baiknya sehingga ke hari al-qiamah ………..Amin!

Semoga seluruh warga Pertubuhan IKRAM Malaysia, anggota keluarga mereka , seluruh umat Islam di Malaysia dan dunia sentiasa berada di dalam keadaan sejahtera, sentiasa mentaati Allah s.w.t , memajukan diri serta memperkembangkannya hari demi hari supaya menjadi lebih baik dengan perjalanan masa, mampu menambah bakti kepada agama yang kita imani dan Ummah yang kita sayangi

Beberapa hari lagi kita akan menyambut ketibaan bulan Ramadhan, bulan yang dipenuhi keberkatan, semulia-mulia bulan. Di dalamnya diperturunkan al-Quran, dimenangkan Ummah menerusi peperangan Badr al-kubra, al-Yarmuk, al-Qadisiah, al-Hattin dan lain-lain lagi. Ia mengandungi sebaik-baik malam , yaitu malam lailatul qadar, yang lebih baik dari seribu bulan.

Ia bulan yang membuka ruang kepada semua Umat Islam untuk mempergandakan amal-amal soleh, ketaatan kepada Allah, yang akan mempergandakan pahala balasan amalan-amalan yang wajib sebanyak tujuh puluh kali ganda dan amal-amal sunat kepada pahala balasan amal-amal yang fardhu dan wajib. Satu gandaan yang amat luar biasa yang dibawa atau yang terkandung bersama-sama bulan Ramadhan yang penuh keberkatan

Sepanjang bulan Ramadhan masyarakat Islam dituntut melaksanakan ibadah puasa , membayar zakat fitrah, mereka keluar beramai-ramai melaksanakan sembahayang fardhu dan sunat tarawikh secara berjamaah di masjid-masjid dan surau-surau, memakmurkan rumah-rumah Allah s.w.t dan bulan Ramadhan dengan kegiatan-kegiatan membaca al-Quraan, i’tikaf sepanjang sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan, menghidupkan malam-malamnya dengan sembahyang-sembahya ng sunat tahajud, witir dan seumpamanya, mengingati Allah s.w.t dengan memperbanyakkan tasbih ,tahmid, istighfar, taubah, berdoa dengan doa-doa yang ma’athur , munajat, merenung kandungan kitabnya dan keajaiban alam semesta, mendalami sirah RasulNya dan memahami perutusan-perutusan dari sunnah-sunnah baginda, sejarah umat manusia, para-para Nabi dan Rasul dan pengikut-pengikut mereka, nasib kaum-kaum yang ingkar kepada perintah Allah, alam akhirat, kematian dan untung nasib manusia sesudahnya.

Menerusi ibadat puasa sepanjang bulan Ramadhan kita dituntut mengekang hawa nafsu minum dan makan serta mencampuri Isteri di waktu siang, mengasuh diri bersabar, menahan marah, menjaga lidah dan kehormatan peribadi sebagai orang Islam yang mulia, bersopan santun, sentiasa menghulurkan khidmat dan bantuan kepada golongan yang memerlukannya, berderma dan bersedekah, merasai sendiri kesedihan dan kepayahan, kelaparan dan kekurangan yang ditanggung selama ini oleh golongan fakir miskin, anak-anak yatim, golongan cacat dan tidak berupaya untuk menyara atau mengurus diri sendiri atau keluarga mereka.

Bulan Ramadhan merupakan bulan pembersihan jiwa daripada pelbagai penyakit-penyakit batin dan pembersihan diri daripada perilaku-perilaku yang buruk. Bulan yang sepatutnya kepada pejuang-pejuang Islam menyuburkan keinsafan dalam diri, kesabaran menghadapi cabaran-cabaran, keazaman mendokong Islam, ketaatan kepada Allah, kerinduan kepada al-Rasul s.a.w dan sahabat-sahabat baginda yang telah berkorban untuk Islam dengan setinggi-tinggi pengorbanan.

Dalam suasana bulan Ramadhan, mereka meredah sahara, gurun yang luas, jurang yang dalam, bukit bukau yang tinggi, di bawah panahan cahaya panas terik matahari mereka memikul panji-panji tauhid untuk dikibarkan di seluruh pelusuk semenanjung Arabia, menyempurnakan satu misi alami, insani yang amat mulia yang kemudiannya disempurnakan oleh para sahabat baginda.

Gunakanlah kesempatan yang masih lagi Allah berikan kepada kita semua menerusi bulan Ramadhan yang akan tiba beberapa hari lagi ini untuk memperbanyakkan amal-amal soleh, mentaati Allah s.w.t, menabur bakti kepada orang-orang yang memerlukan , terutama kepada lingkungan yang hampir dengan kita, anggota keluarga, sanak saudara, jiran tetangga, kenalan dan rakan-rakan.

Jadikanlah bulan Ramadhan ini, bulan kita memperteguhkan hubungan dengan Allah s.w.t, hubungan silatul al-rahmi dengan anggota keluarga yang dekat dan jauh, sanak saudara, jiran tetangga, rakan-rakan dan saudara –saudara seperjuangan, sesama ahli-ahli pertubuhan IKRAM dan masyarakat Islam.

Bulan Ramadhan, sewaktu dimanfaatkan sepenuhnya mampu mengasuh diri dan peribadi kita semua, mengangkatnya ke satu tahap yang lebih tinggi dan sempurna, menjadikan semua kita golongan yang hampir, dekat kepada Allah s.w.t dan manusia, diri dan peribadi yang mengasihi Allah dan dikasihinya, disayangi manusia dan menyayanginya.

Semoga bulan Ramadhan pada tahun hijrah 1431 ini akan mengangkat kita semua ke darjat golongan-golongan ummah yang bertakwa, memiliki bekalan perjalanan kehidupan yang terbaik dalam pengembaraan masing-masing merentasi kehidupan sementara di dunia yang fana’ ini. Dengan itu kita akan mencapai matlamat daripada ibadah berpuasa, memperolehi bekalan taqwa yang merupakan sebaik-baik bekalan disisi Allah s.w.t

Allah s.w.t telah berfirman didalam al-Quran:

ياأيها الدين آمنوا كتب عليكم الصيام كما كتب على الدين من قبلكم لعلكم تتقون
" "

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu ( ibadah ) puasa sebagaimana ia telah diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, mudah-mudahan kamu mejadi orang-orang yang bertaqwa “ { surah al-Baqarah, ayat 183)

Firmannya lagi:

وتزودوا فان خير الزاد التقوى " “

Maksudnya: “ Sediakanlah bekalan, sesungguhnya sebaik-baik bekalan itu ialah sifat al-taqwa “ { Surah al-baqarah, ayat 197 )

Ahli-ahli pertubuhan IKRAM diharapkan akan memperolehi bekalan al-taqwa tersebut menerusi penghayatan bulan ramadhan sebaik-baiknya, memperbanyakkan amal-amal soleh. Mudah-mudahan ia akan mengangkat mereka maju dan mara melonjakkan wahana IKRAM dan perjuangan Islam menerusinya ke tahap yang lebih tinggi, meninggalkan kesan baik dan membina yang lebih besar dan luas kepada masyarakat dan negara pada masa hadapan

Akhirnya sebagai penutup, bersesuaian dengan kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini, marilah kita bersama-sama menghayati perutusan Nabi kita Muhammad s.a .w menerusi hadis baginda :

Rasulullah telah berucap di hari-hari terakhir bulan Syaaban kepada sahabat-sahabat baginda:

" أيها الناس : قد أظلكم شهر عظيم مبارك , شهر فيه ليلة خير من ألف شهر, شهر جعل الله صيامه

فريضة وقيام ليله تطوعا , من تقرب فيه بخصلة كان كمن أدى فريضة فيما سواه , ومن أدى فريضة فيه

كان كمن أدى سبعين فريضة فيما سواه , وهو شهر الصبر , والصبر ثوابه الجنة , وشهر المواساة

وشهر يزاد فى رزق المؤمن فيه , من فطر فيه صائما كان مغفرة لدنوبه وعتق رقبته من النار , وكان له

مثل أجره من غير أن ينقص من أجره شيء .

قالوا : يا رسول الله , ليس كلنا يجد ما يفطر الصائم , فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : يعطى الله

هدا الثواب من فطر صائما على تمرة أو شربة ماء أو مدقة لبن .

وهو شهر أوله رحمة , وأوسطه مغفرة, وآخره عتق من النار, من خفف فيه عن مملوكه غفر الله له وأعتقه

من النار, فاستكثروا فيه من أربع خصال: خصلتين ترضون بهما ربكم, وخصلتين لا غناء بكم عنهما, فأما

الخصلتان اللتان ترضون بهما ربكم : فشهادة أن لا اله الا الله , وتستغفرونه, وأما الخصلتان اللتان لا غناء

بكم عنهما : فتسألون الله الجنة وتعودون به من النار, ومن سقا صائما سقاه الله من حوضى شربة لا يظمأ

حتى يدخل الجنة "

Maksudnya: “ Wahai manusia ! Kamu akan dinaungi satu bulan yang agung, yang penuh keberkatan. Bulan yang terdapat di dalamnya satu hari yang lebih baik daripada seribu bulan. Bulan yang Allah telah jadikan berpuasa di dalamnya satu fardhu dan menghidupkan malamnya sebagai amalan sunnah. Sesiapa yang menghampirkan dirinya kepada Allah menerusi amalan sunnah, dia seperti melaksanakan satu amalan fardhu selain amalan sunnah tersebut, dan sesiapa yang menunaikan satu amalan fardhu di dalamnya (bulan Ramadhan), dia seperti menunaikan 70 amalan fardhu selain amalan fardhu tersebut. Ia adalah bulan kesabaran dan kesabaran itu ganjarannya ialah syurga. Ia juga adalah bulan memberi pertolongan dan bantuan. Ia bulan di mana rezeki orang-orang yang beriman bertambah. Sesiapa yang menyediakan makanan kepada seseorang yang berbuka puasa , tindakan itu akan mengampuni dosa-dosanya dan membebaskan dirinya daripada api neraka, bagi dirinya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tersebut tanpa sebarang pengurangan”

Sahabat-sahabat baginda langsung berkata: “Bukan semua kami memiliki sesuatu untuk dijadikan bahan berbuka seorang yang berpuasa”. Lalu Rasulullah s.a.w menjawab: “Allah akan mengurniakan ganjaran pahala saperti itu kepada seseorang yang menghidangkan untuk seseorang yang berpuasa berbuka walaupun sekadar seulas buah tamar, seteguk air atau seteguk air susu ….

Bulan Ramadhan adalah satu bulan yang awalnya adalah rahmah, pertengahannya adalah pengampunan dan hujungnya adalah pembebasan daripada api neraka. Sesiapa yang meringankan bebanan daripada hambanya, Allah lagi akan mengampuni dirinya serta membebaskannya daripada api neraka.

Perbanyakkanlah sepanjang (bulan Ramhadan) 4 kegiatan: 2 kegiatan yang akan menjadikan kamu diredai Allah s.w.t, 2 kegiatan lain pula kamu sendiri amat perlu kepadanya: Adapun 2 kegiatan yang akan menjadikan kamu diredai Allah, maka ia adalah ucapan syahadah: “ bahawa tiada tuhan melainkan Allah” dan kamu memohon keampunan daripadanya. Adapun 2 kegiatan yang kamu sendiri amat perlu kepadanya, maka ia adalah: “ kamu memohon ( balasan ) syurga serta kamu meminta perlindungannya daripada api neraka.

Sesiapa yang memberi minuman kepada seseorang yang berpuasa maka Allah akan memberinya minuman daripada kolah airku yang menjadikannya sama sekali tidak akan kehausan sehinggalah dia memasukki syurga” (Riwayat ibnu khuzaimah dalam kitab sahihnya)

Sekian sahaja dahulu, semoga Allah menerima semua amalan kita sepanjang bulan Ramadan ini dan seluruh amalan kita sepanjang kehidupan kita semua.

Selamat berpuasa.



Wassalamualaikum



Ust Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad

Presiden IKRAM

28 Shaaban 1431H

9 Ogos 2010

PERUTUSAN YDP IKRAM P PINANG SEMPENA RAMADHAN 2010

PERUTUSAN YDP IKRAM P PINANG SEMPENA RAMADHAN 2010



Pahala Ramadhan Diraihi

Tahun Ini Tidak Rugi Lagi



Assalamu ‘alaikum wbkt

Segala pujian bagi Allah yang telah menemukan Ramadhan kepada kita. Selawat dan salam atas Nabi Muhammad saw. Yang meninggalkan sunnahnya sebagai panduan.



Ahlan wa Sahlan,Ya Ramadhan



Bulan yang disambut dengan gembira oleh para mukminin.



Bersyukurlah kerana kita berada di bulan pesta ibadah pada tahun masihi 1431 yang menandakan Allah memberi peluang kepada kita untuk menghapus noda dan menambah pahala kebajikan.



Sabda Rasulullah s.a.w "Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keinsafan dan keimanan, diampunkan segala dosa-dosanya yang telah lalu."



Ikhwah dan akhawat yang dirahmati sekalian.





Dalam konteks jamaah IKRAM yang menjadikan tarbiah unsur penting untuk kelestarian perjuangan Islam, saya menyeru diri saya dan ahli IKRAM semua agar bulan puasa tahun ini kita :-



a) Hidup dan kemaskan amal yaumiah. Jangan lupa ma’thurat kubra, solat subuh berjamaah, solat-solat sunat dan lain-lain yang termaktub di dalam senarai semak usrah kita.

b) Kaji al Quran. Kita tidak harus berpuas hati sekadar berjaya khatam Quran, malahan bagi saya, menela’ah kitab-kitab tafsir membuka pintu keberkatan Ramadhan ini.

c) Ziarah menziarahi anak-anak usrah, kaum keluarga dan ahli-ahli IKRAM. Ini peluang kita menambah ukhuwwah yang menjadi teras kekuatan IKRAM.

d) Banyakkanlah taubat yang ikhlas kepada Allah. Galakkan bangun awal untuk solat tahajjud minta keampunan dari Allah. Doa maqbul ketika keseorangan di malam yang hening. Suasana begini menambahkan rasa kerdil diri dan membuat kita khusyuk dalam kemanisan solat.

e) Banyakkan bersedekah, anjur program sumbangan fakir miskin dan jamu mereka berbuka. Pahala mereka berpuasa, Allah tidak akan kurangkan sedikit pun untuk kita.

f) Muhasabah diri, mengimbau kembali kelalaian kita dalam ibadah, terlepas pandang amanah menggalas tarbiah dan memacu dakwah.

g) Tetapkan beberapa objektif-yang- perlu-dicapai dalam bulan yang berkat ni. Contohnya, "Aku akan menghabis hafaz surah al-Mulk, surah as Sajdah." Mungkin juga azam nak bangun solat tahajjud selang sehari pun satu idea yang baik. Meletakkan sasaran objektif dapat memberi motivasi untuk cemerlang dalam ibadah Ramadhan tahun ni.



Ahli IKRAM yang dikasihi sekalian.



Akhir sekali, sepanjang bulan ini lazimkan lidah berdoa yang tidak semestinya selepas solat sahaja,” Ya Allah! Aku memohon redha Mu dan syurga. Dan aku berlindung dengan Mu dari keperitan dan azab api neraka.”


Mudah-mudahan ini menjadi persediaan untuk meningkatkan lagi kekebalan iman dan taqwa. Melonjakkan lagi usaha memacu dakwah tarbiah IKRAM dan memimpin ummah.

Sunday, July 11, 2010

Perkongsian Bengkel Debat.....

"Jauh perjalanan, luas permandangan”...

Itulah kata-kata yang mampu aku ungkapkan setelah 3 hari aku menempuh suasana penghidupan yang berlainan dari hari-hariku yang biasa..huish!!

Semuanya bermula pada suatu malam, ketika aku sedang mengemaskini facebook lantaran pada siang harinya aku keluar bekerja...

Pada awalnya aku agak kepelikan dengan pertanyaan kak fiza tentang debat..
"Yana pandai berdebat?" tanya kak fiza."Bolehlah sikit-sikit. Kenapa kak fiza?" soalku kembali.
"Akh Syahid tanya kak fiza pandai berdebat ke tak, sebab tu kak fiza tanya yana, so kak fiza bagi nama yana kat akh syahid ni tau." balas kak fiza bersahaja...

"hah!ala kak fiza, kenapa bagi nama saya kata akh syahid...sebenarnya akh syahid tanya tu sebab apa ek?" soalku dengan perasaan sedikit cemas."Tak taulah yana...mungkin..." belum sempat kak fiza menghabiskan kata-kata, lagu ketika cinta bertasbih berkumandang memecah keheningan suasana kamar belajar di Raudatul Mahabbah menandakan telefon bimbitku sedang menjerit.

Tatkala aku mencapai telefon bimbitku, ku lihat terpampar di skrin nama yang tidak asing lagi yang membuat aku menjadi semakin runsing dengan pertanyaan kak fiza sebentar tadi.

Dengan pantas aku menekan butang untuk ku buka peti mesej yang kononnya misteri itu..

"Salam..yana pandai debat kan? sekolah Al-azhar perlukan penceramah untuk bengkel debat sebab penceramah asal tak dapat datang.Nanti ada orang akan call yana ok".

Adeh...biar betul??!!
habislah aku kali ni...sekali lagi telefon bimbitku menjerit namun irama lagu yang lain pula..

Dengan berhati-hati,aku menekan butang hijau untuk menjawab panggilan dari nombor yang tidak disimpan dalam simpanan telefonku..

"Assalamualaikum,ni cik liyana ye?" seorang lelaki berada di talian.
"Waalaikumsalam.ye saya liyana,ada apa ye encik?" soalku.
"Ada akh Syahid bagitau apa-apa tak? pasal debat? sekolah al-azhar memerlukan penceramah untuk mengendalikan bengkel debat dari 1hb hingga 3hb.Untuk makluman cik liyana,penceramah yang kami jemput tidak dapat menghadirkan diri untuk program bengkel yang akan dijalankan ini.Oleh kerana itu, kami terpaksa mencari pengganti untuk menggantikan tempat penceramah bagi bengkel yang akan dijalakan selama 3 hari ini..jadi pihak sekolah berbesar hati menjemput cik liyana untuk mengendalikan bengkel debat untuk pelajar-pelajar kami."

"tiga hari? ana kena handle ketiga-tiga hari tu ke?" aku ingin mendapatkan kepastian.
"Ya." jawabnya ringkas.
"Hmm..ana tak dapat nak bagi kata putus malam nie, jadi ana mohon beri masa pada ana sehingga esok untuk membuat keputusan,boleh?" balasku.
"Oh, boleh sangat-sangat cik." jawabnya ringkas.

Perbualan antara kami diakhiri salam.
Aku masih dalam kebingungan. Habis kesemua warga RM ku serang untuk minta pendapat dan sokongan..
Yang pasti, iringan gelak ketawa antara kami rentetan terkejut dengan pelawaan yang aku terima memenuhi suasana kediaman kami.

Namun,segala keputusan berada ditanganku.
Tanpa aku sedari, jari-jemariku kemas menekan huruf-huruf pada papan kekunci laptop acerku untuk aku google beberapa isi-isi penting yang berkaitan debat..tetapi dengan fikiran yang berkeceramuk, badan yang letih dan mata yang kuyu, tanpa teragak-agak aku menshut down laptop kesayanganku untuk aku merehatkan diri agar lebih waras untuk berfikir...

Pada hari bertarikh 29 Jun 2010..alhamdulillah, Allah hidupkan aku untuk menjalani hari seperti biasa…

Seperti biasa, aku melakukan tugasan yang sama setiap pagi.Juga bersiap-siap untuk pergi bekerja di Islah Educare Junior bernombor 6 dengan membonceng motosikal kriss yang agak bermasalah..Alhamdulillah,motor yang memberi banyak jasa kepada jamaah..
Namun,fikiranku pada pagi itu merewang memikirkan perlawaan yang kurasakan berat untuk diterima..

Diluah mati mak, ditelan mati ayah…
“aduih!! Nak terima ke tak nie ek?” soalku di dalam hati.
“Kalau tak terima, kesian pulak kat adik-adik al-azhar. Tapi kalau terima, boleh ke aku handle bengkel tu? Manalah aku ada pengalaman handle bengkel nie. Kenapalah aku yang dipilih Allah untuk masalah ni ye? Hish, fikir masak-masak yana..jangan terburu-buru kau tolak permintaan sekolah tu..” bisikku sendiri.

Jam 3 petang di IE6..

“Assalamualaikum akh razman, ana tak pasti lagi boleh pergi ke tak sebab ana perlu cari seorang akhawat untuk teman ana ke sana. Tapi kalau ana tak de teman, ana tak dapat datang ye.Insya-Allah malam ni ana confirmkan balik ana terima ke tak. Harap enta faham.” Aku memberi penerangan.
“Tak pe, tak pe, ana faham.” Jawabnya pendek.
“Mohon enta emelkan pada ana tentatif program untuk ana buat preparation.” Sambungku lagi.
“Insya-Allah.Nanti ana emelkan.”balasnya pula.
Seperti biasa, perbualan kami diakhiri salam.

Sementara menanti siang bertukar malam, matahati berganti bulan, aku cuba menelefon beberapa akhawat yang ku target untuk dibawa bersama.
Sehingga jari-jemariku letih menekan butang di telefon nokia kesayanganku, aku terasa berputus harapan untuk bertanyakan akhawat –akhawat yang lain kerana ku pasti jawapan mereka tetap sama.

Pulangnya aku dari bekerja,aku bergegas pula bersiap-siap untuk menghadiri meeting Econ Shop yang dihadiri oleh aku sendiri, kak ilah,kak fiza,akh din,akh nadhir dan akh syahid.Sememangnya menguruskan Econ Shop bukan satu tugas yang mudah.Setelah tamatnya meeting,kami bersurai.Setibanya dirumah, pantas aku mencapai laptopku yang kesunyian ditinggalkan sendirian.Ku hidupkan suis lantas jari-jemariku menari-nari di atas papan kekunci untuk menggoogle segala maklumat berkaitan debat. Mujurlah abang kandungku seorang debater yang hebat ..sememangnya inilah peluang keemasan untuk ku korek segala-galanya yang berkaitan debat padanya sendiri.
Alhamdulillah..abang mahu menolongku..
Ku capai telefon bimbitku dan segera menaip teks mesej kepada akh razman.
“Assalamualaikum.Ana rasa ana boleh tolong untuk handle bengkel debat tu” aku menekan butang sent dan mesej dihantar.
Setelah beberapa minit, telefon bimbitku menjerit menandakan 1 mesej diterima.Ku buka mesej akh razman dan kubaca apa yang tertera di skrin.
“maknanya enti terima perlawaan kami?” soalnya padaku.
“Ya.tapi kalau pihak antum ada calon lain selain ana,silakan memilih calon yang lain itu ya. Ana cuma ingin membantu kerana pihak sekolah belum ada penceramah ganti,tapi kalau dah ada, boleh proceed dengan calon yang lain tu.” Aku cuba berdalih agar aku terlepas dari perlawaan ini.
“entilah calon pilihan kami.jazakillah.” balasnya sehingga membuatkan aku berasa serba salah untuk menolak.


Tepat pukul 1 pagi, mataku terasa amat letih jua badanku terasa sakit lantaran tidak mendapat rehat sejak pulang dari bekerja.Segera aku menshut down laptop dan ku capai bantal merahku bersama selimut untuk ku lelapkan mata..

Bangun aku pada hari yang bertarikh 30 Jun 2010.. Alhamdulillah, aku mendapat tidur yang lena.Juga ku panjatkan rasa syukurku atas nikmat meneruskan hidup di muka bumi Allah ini.
Seperti biasa, aku bersiap-siap untuk pergi bekerja. Namun, cuaca pagi yang cerah tiba-tiba bertukar mendung.Belum menjejakkan kaki keluar rumah, hujan lebat membasahi bumi membantutkan perjalananku untuk pergi ke tempat kerja.Ku undur langkahku untuk membiarkan cuaca kembali reda kerana kenderaan yang aku miliki hanyalah sebuah motosikal kriss bernombor PFB6751 yang sememangnya tidak dapat menghalang aku daripada dibasahi hujan.
“Cubalah tunggu sampai pukul 9 pagi,kalau tak reda jugak, terpaksalah redah hujan yang maha dasyat nie..adeh..”aku berkira-kira di dalam hati.
Tepat jam 9 pagi,cuaca masih belum menunjukkan tanda-tanda yang positif.Sememangnya telah ditakdirkan..
Ku capai kunci motor yang digantung di tepi kabinet lantas mempercepatkan langkah untuk turun ke tingkat bawah..
Dengan segala kudrat yang ada,ku cuba hidupkan enjin motosikal beberapa kali.Alhamdulillah hidup jugak….
Seperti biasa pabila sampai di IE6,tugasanku sebagai baby sitter pun bermula.. Seronok melayan kerenah anak-anak kecil yang sedang memerhatikan dunia. Kaisarah,aiman,eyra,dan Zahra adalah antara anak-anak kecil yang sungguh comel.Masing-masing dengan karenahnya yang pelbagai.

Jarum jam hampir menunjukkan waktu kerjaku akan tamat tidak lama lagi.Aku tahu bahawa selepas ini berkemungkinan aku tidak akan berjumpa dengan anak-anak comel asuhan islah educare lagi.Sambil aku bersiap-siap untuk pulang, eyra dan aiman menghampiriku.Walaupun mereka tidak pandai bercakap lagi, namun ku faham akan kehendak mereka yang ingin didukung. Ku capai eyra yang comel dengan baju putih berenda dan kudukung sambil kukucup pipinya berulang kali. Aiman yang terasa dirinya dipinggirkan menarik kainku tanda mahu didukung pula. Ku turunkan eyra perlahan dan ku dukung pula aiman yang berkulit putih bersih.Nyata terpancar wajah kegembiraan setelah hasratnya untuk didukung tercapai.
Namun eyra mula teresak dan menangis seperti mengerti akan pemergianku. Aiman juga begitu. Pabila ku lepaskan dakapanku pada aiman, nyata dia tidak mahu dilepaskan..
Aku kalah pada situasi sebergini sehingga aku jua menitiskan air mata..

Pulangnya aku ke Raudatul Mahabbah,aku terpaksa segera bersiap kerana pada malamnya aku perlu menghadiri perjumpaan penggerak karisma di Samagagah. Walaupun terasa letih namun aku gagahka jua.Badan mula terasa kurang enak.
“Mesti sebab kena hujan tadi. Sebab tu rasa macam nak demam.” Aku berteka-teki.

Setelah selesai segala urusan di Pulau Pinang, kini aku perlu sibukkan diriku dengan urusan di Kedah pula. Satu tugasan yang sememangnya menguji keberanianku..BENGKEL DEBAT….

Sebelum tidur,aku hidupkan laptop acerku untuk ku semak segala bahan pengisian bengkel dengan teliti.
”Rasa-rasanya cukup untuk handle program ni.”bisikku.
“Hish..rasa takutla pulak..moga-moga Allah permudahkan segala urusanku di sana nanti…Amin.” Doaku sebagai pembakar semangat.
Ku tutup laptopku dan terus mencapai segala keperluan untuk tidur.
“Bismikallah humma ahya wa amut.”bisikku perlahan.Tidak berapa lama kemudian aku terus hanyut dibuai mimpi.

1 Julai 2010..
Hari yang dinantikan.Penuh cabaran dan dugaan.Setelah aku selesai packing segala keperluan yang aku perlukan,aku dan ulfah bertolak dari rumah kira-kira jam 10.30 pagi..Kehadiran Ulfah melegakan perasaan takutku kerana sebenarnya aku kurang yakin tentang perjalanan menuju ke Jeti.Alhamdulillah, dengan pertolongan Allah, kehadiran Ulfah memudahkan perjalananku untuk ke Kedah.Kami berdua menaiki bas Rapid bernombor 303 yang akan menuju terus ke destinasiku yang pertama.
Setibanya kami di Jeti, kami menaiki pula feri untuk sampai ke seberang.Sementara berada di dalam feri,aku mencapai telefon bimbitku dan cuba menghubungi kak ilah namun tidak diangkatnya.Ku cuba pula menelefon naqibah kesayanganku, kak fiza untuk mengetahui destinasi yang harus ku tuju buat kali yang seterusnya.
Alhamdulillah,kak fiza berada di talian.
“Assalamualaikum kak fiza,nak tanya, saya perlu beli tiket destinasi pe ek?”soalku terus.
“Waalaikumsalam.Kak fiza pun tak pasti tapi kak Rubi cakap ke Shahab. Apa-apa pun yana ke Shahab ye.”balas kak fiza.
“Oklah, nanti saya hubungi kak sobriah teruslah.”aku meneruskan perbualan.
“hah,tu lagi bagus..ok.”balas kak fiza dengan penuh bersemangat.
Perbualan kami diakhiri salam.

Setelah 15 minit berlalu,aku dan ulfah sampai juga di seberang.Terus aku melangkah menghampiri kaunter bas dan membeli tiket ke Shahab yang berharga RM9.90.
Di Seberang,aku berpisah dengan ulfah lantaran destinasi yang kami tuju tidak lagi sama.Bermulalah episod perjalananku yang mana merupakan perjalanan yang pertama lantaran aku belum pernah berjalan jauh seorang diri.

Alhamdulillah,diriku diperlihara oleh Allah daripada kejahatan makhluknya.Tiada gangguan seperti biasa tatkala aku keluar ke bandar.Aku berasa selesa menikmati pemandangan perjalanan dari pandangan tingkap bas yang sedikit kabur sehingga membuatkan aku terlena.

“Allahu akhbar,Allahu akhbar,Allahu akhbar ~~”jeritan lagu Maher Zain daripada telefon bimbitku mengejutkan aku dari lena yang panjang.
“Kak sobriah!!”jeritku dengan nada yang kecil.Kak Sobriah kini sedang berada di talian.Dengan pantas aku menekan butang hijau untuk ku jawab panggilan itu.
“Assalamualaikum kak sob.”aku memulakan perbualan.
“Waalaikumsalam.Yana kat mane nie?” soal kak sobriah padaku.
“errr..saya pun tak brape pasti..hmm..kangar kot.”aku cuba meneka.
“Hah,kangar??! Biar betul??”soal kak sobriah dengan nada yang sedikit cemas.
“eh,saya tak pasti..saya tertidur tadi. Tapi saya terbaca sign board tertulis Kangar.Macam nilah kak sob, bila berhenti je bas ni di satu destinasi, saya call kak sob untuk update saya ada kat mane ye.”jawabku untuk melegakan perasaan kak sobriah.
Manakan tidak,kalau diikutkan, kangar merupakan salah satu daerah di Perlis. Jika aku kini berada di sana, sememangnya aku boleh dikategorikan sebagai sesat…Adeh…sesat??!

Tiba-tiba,bas yang aku naiki berhenti di satu tempat.Kelihatannya seperti terminal kerana banyak bas berada di situ.Ya!! Terminal Shahab..

Alhamdulillah..aku masih berada di negeri Kedah.Yes!!Mujurlah…hehe.
Pantas ku capai beg dan turun dari bas.Kelihatan seorang pak cik berdiri menghampiri pintu bas yang aku naiki.Tanpa ku peduli apa pun situasi ketika itu,aku terus mendapatkan pak cik untuk mengajukan persoalan.
“Tumpang tanya pak cik,kat mana bas untuk ke Jitra?”soalku.
“Di sebelah sana nak.”jawabnya sambil mengukir senyuman.
“Terima kasih ya pak cik.”balasku dan aku segera melangkah pergi menuju ke arah bas yang ditunjukkan.

Sampailah aku di Stesen Bas Jitra.....

Ku turun dari bas lantas segera menelefon Kak Sobriah untuk memberitahu padanya akan keberadaanku di situ.Kira-kira setengah jam masa yang diambil untuk Kak Sobriah datang menjemputku.Dalam tempoh itu juga aku sempat meneliti dan melihat masyarakat yang sedang sibuk menguruskan kehidupan mereka.
Kelihatan sebuah kereta kancil berwarna kelabu pudar menghampiriku namun ku lihat pemandunya seperti teragak-agak mencari seseorang.Ku kira itulah Kak Sobriah kerana sebenarnya sebelum ini kami tidak pernah ketemu.
Tiba-tiba lagu Maher Zain berkumandang melalui celahan poket jubah hitamku menandakan ada orang sedang berada di talian.Segera ku ambil dan ku lihat terpapar nama kak sobriah di kaca skrin telefon bimbitku.Ku rasa jangkaanku sebentar tadi adalah benar.Ya!! itulah kak sobriah….

Dengan senyuman yang manis,aku disambut baik oleh kak sobriah.Segera aku menaiki keretanya dan bergerak menuju ke destinasi yang terakhir.

Sambil memacu kenderaan,Kak Sobriah menyatakan perasaannya yang sedikit terkejut kerana aku datang ke Kedah berseorangan.Ku jelaskan satu persatu sebab musabab akan kehadiranku seorang diri. Kelihatan Kak sobriah mengangguk tanda memahami apa yang aku perkatakan.

Lebih kurang 15 minit, sampailah aku di Sekolah Menengah Al-Azhar.Ini merupakan kali kedua aku menjejakkan kaki di sana lantaran kali pertamanya,aku pernah mengikuti program Train-U yang diadakan di sekolah yang sama.

Ku turun dari kereta dan terus kak sobriah memperkenalkan diriku pada kak Sarilah,mu’allimah kelab debat sekolah.Alhamdulillah,kehadiranku disambut baik oleh mereka.Mereka mengucapkan terima kasih berulang-ulang kali tanda mereka merasa sangat gembira atas kesudianku menolong mereka.Penat lelah yang aku rasakan untuk sampai ke sekolah itu terubat melihat kegembiraan yang terpancar pada wajah mereka..
Sementara menanti jam menghampiri 5.30 petang,aku dibawa ke pejabat sekolah untuk istirehat.Sememangnya badan yang letih memerlukan rehat, tanpa aku sedar, aku terlena di atas sofa biru dengan keadaan badanku yang kurang selesa.
Bangun aku dari lena yang dapat menyegarkan sedikit badanku yang letih, segera aku memperbetulkan kedudukan tudungku yang tidak kemas.Kulihat jam tanganku hampir menunjukkan bengkel debat bakal bermula.Jantung mula berdegup kencang membuatkan pernafasanku mula tidak teratur.Ku tarik nafas perlahan-lahan dan ku hembus perlahan-lahan jua untuk ku kurangkan rasa gemuruh yang mula membuku.
“Jom kita ke bilik seminar.”ajak kak sobriah dengan senyuman yang melebar.
“Jom.”Jawabku pendek sambil mengecilkan mata menandakan aku sedang senyum lantaran niqab menutupi senyumanku padanya.
Masuk sahaja aku ke dalam bilik seminar,kelihatan sejumlah pelajar sedang menantikan kehadiranku.Ku duduk di penjuru bilik sebelum dijemput oleh pengerusi majlis untuk berucap.
Aku cuba mengawal emosiku agar nampak tenang dihadapan adik-adik. Kelihatan banin dan banat berminat mendengar apa yang aku perkatakan.Alhamdulillah..

Sebelum sesi petang itu berakhir..
“Malam ni ana akan test intonasi antum berdebat ya.Kita jumpa pukul 9 malam ni.”aku bersuara.
Kami pun bersurai.Aku bersama kak sobriah terus pulang ke tempat kediaman kak sobriah.Malam itu aku akan tidur di sana.

Aku bersiap-siap untuk menghadiri slot pada malam itu.Dengan mengenakan baju kurung jingga cair disertakan tudung dan niqab berwarna krim cair, aku rasa sedikit bersemangat untuk mengendalikan bengkel pada malam itu.Insya-Allah...

Dengan berbekalkan zero pengalaman mengendalikan bengkel,aku kuatkan tekad untuk berusaha sedaya upaya menyampaikan pengisian dan perkongsian ilmu berkaitan debat ala parlimen.Pada mulanya aku memilih beberapa pelajar dari kalangan banin dan banat untuk memperdengarkan intonasi ketika berdebat.Namun,kebanyakan pelajar terutama banat tidak dapat melakukannya dengan baik.

Tepat jam 10 malam,aku memberi tajuk usul yang bertajuk ‘Isteri bekerja punca penceraian’ kepada mereka untuk dibincangkan bagi slot perdebatan yang akan berlangsung esok pagi.Kumpulan banin dibahagikan kepada tiga kumpulan dan begitu jua banat.
“kumpulan banin akan berlawan dengan kumpulan banat.Sekarang kita ada enam kumpulan.Makanya kita ada tiga kali persidangan untuk tajuk ini.Dalam masa 30 saat,fikirkan nama kumpulan dan selepas itu antum perlu maklumkan pada ana ya.”aku memberi penerangan.

Alhamdulillah,sesi pada malam itu berjalan lancar.Empat orang fasilitator dari kalangan banin membantu peserta dari kalangan banin dan aku membantu kesemua kumpulan dari kalangan banat.Hmm..terpaksalah,tiada fasilitator dari kalangan banat…

Slot bengkel pada malam itu tamat tepat jam 11 malam.Aku dan kak sobriah pulang ke kediaman mu’allimah dengan menaiki kereta kancilnya yang comel.Setibanya aku di kediaman tersebut,cepat aku bersiap-siap untuk merebahkan diriku di atas tilam yang empuk..Hujan yang lebat malam itu menambahkan lagi suasana yang selesa untuk mendapat tidur yang lena.

Syukur pada Allah swt kerana masih memberi aku peluang untuk hidup di muka bumi ini untuk hari yang bertarikh 2 Julai 2010….
Aku segera bersiap-siap kerana slot pagi itu bermula pada jam 8.30 pagi.Sebelum menghadiri slot,aku perlu berjumpa dengan Dr.Salmi untuk menumpang dirumahnya pula disebabkan semua mu’allimah akan pulang ke kampung masing-masing.

Setibanya di rumah Dr.Salmi,aku terpukau seketika melihat keindahan rumah banglo miliknya.Alhamdulillah,kekayaannya digunakan pada jalan yang diredhai..

Kak Sobriah memberhentikan kenderaannya berdekatan pintu masuk rumah Dr.Salmi yang dipagari pokok-pokok bunga yang indah.Sungguh indah..Tanpa melengahkan masa,aku diperkenalkan oleh kak sobriah kepada Dr.Salmi.
“Assalamualaikum Dr.Salmi.Nilah liyana yang kami ceritakan tu.Mohon Dr.Salmi dapat tumpangkan liyana sementara bengkel ni berlangsungla ye.Kebetulan semua mua’llimah pulang ke kampung minggu ni.”Jelas kak sobriah.

Kelihatan Dr.Salmi menganggukkan kepala tanda mengerti.Kami hanya sempat berbual selama 5 minit sahaja.Setelah itu aku kembali ke sekolah untuk mengendalikan bengkel debat yang sepatutnya bermula jam 8.30 pagi.
Namun,setibanya aku di kantin sekolah untuk menjamah sedikit sarapan pagi, perutku mula meragam.Sakitnya luar biasa.Pantas ku meneliti setiap ruang beg galasku untuk ku cari panadol sebagai ubat tahan sakit.Namun tidak ku jumpa.Bila kak sobriah melihat keadaanku semakin teruk,dia memberikan ubat yang tidak pernah ku cuba sebelum ini.Tetapi kerana kesakitan yang aku rasai amat pedih,aku terus mencapai ubat yang diberikan padaku tanpa menjamah sesuap nasi.

Dengan susah payah aku cuba berjalan ke kereta,terasa keadaanku ketika itu amat kritikal.Beberapa kali aku muntah lantaran memakan ubat dengan perut yang kosong.Aku cuba bertahan dengan dugaan yang Allah berikan ini namun kadang kala aku kalah.
“Allah..”beberapa kali aku menyebut kalimah itu kerana ketika itu Dialah sahaja tempat aku memohon pertolongan.

Aku terus di bawa ke asrama banat.Dengan pantas,kak huda,warden asrama banat menghulurkan minyak panas untuk disapu ke perutku.Ku kira hampir juga setengah jam aku menderita kesakitan.

Bengkel debat terpaksa dijalankan tanpa kehadiranku.Mujur ada mu’allimah Sarilah dan beberapa orang fasilitator.Dua persidangan sempat dijalankan sebelum aku memunculkan diri kira-kira jam menghampiri pukul 11 pagi.
Untuk persidangan yang ketiga,aku menumpukan sepenuh perhatian agar aku dapat memberi komen yang bernas atas perdebatan mereka disebabkan aku telah terlepas bagi dua persidangan sebelumnya.
“Antum kena improve dari sudut ilmu pengetahuan am ya.Masih lemah dalam penguasaan ilmu.Untuk intonasi pun kena perbaiki lagi.”Komenku ala-ala juri hebat gitu.
Bengkel untuk sesi pagi selesai ketika jam menghampiri 12.30 tengahari.Aku bersama-sama peserta banat terus turun dari bilik seminar menuju ke kantin menandakan kami benar-benar lapar.

Alhamdulillah..lauk yang dihidangkan pada tengahari itu sungguh sedap.Kelihatan banat sungguh berselera menikmati makanan yang disediakan oleh mak cik.Setelah makan,aku bersama-sama sekumpulan banat pulang ke asrama untuk istirehat dan menunggu waktu zohor.

Kulihat banin berlari-lari menuju ke arah bas sekolah untuk pergi menunaikan solat Jumaat.Juga kelihatan beberapa peserta bengkel melambai-lambaikan tangan ke arahku.Aku membalas lambaian mereka sambil mengukir senyuman yang dilindungi niqab.
Segera aku masuk ke dalam asrama untuk mengambil sedikit rehat bagi mengumpul kekuatan untuk mengendalikan slot bengkel yang seterusnya.Tekakku mula terasa sakit lantaran selalu menggunakan suara yang agak tinggi.Ku rebahkan badanku di atas katil sambil cuba melelapkan mata.Namun aku hanya sekadar tidur-tidur ayam.

Tepat jam 2.30 petang,aku bersiap-siap untuk pergi ke bilik seminar.Beberapa orang banat yang akan bersidang pada petang itu mula resah dan sibuk bertanyakan perihal isi hujahan dan cara berdebat yang baik.
“Akak,macam mane nak buat teks hujahan yang bagus?”soal salah seorang banat padaku.
“Akak ada bagi contoh teks kan,cube enti semak balik macam mane teks hujahan tu dirangka.Yang penting,enti kena kuasai ilmu pengetahuan am dan ambil tahu isu-isu semasa.”Jelasku panjang lebar.
“kalau nak jadi debater yang baik,enti kena kuasai cara membidas yang boleh patahkan hujahan lawan.Yang ni depends pada bakat seseorangla. Tak semua orang boleh membidas dengan baik.Tapi enti boleh usaha dengan buat banyak latihan.”sambungku lagi.
“Syukran kak.”balasnya dengan wajah yang bersemangat.
“Afwan dik.”aku membalas ucapan pelajar tersebut.

Setibanya aku di bilik seminar,cepat-cepat aku membuka laptop acerku untuk membuat persediaan untuk meneruskan bengkel debat ini.Aku membuat perancangan untuk memberi penerangan melalui tayangan video contoh-contoh perdebatan yang boleh mereka contohi.
Setelah tayangan video selesai,aku memanggil dua kumpulan yang sepatutnya bersidang tampil ke depan untuk memulakan sesi perdebatan.

“Wah…hebat jugak..”.Bisikku sendirian.Melalui persidangan pada petang itu, aku dapat melihat masing-masing mula menunjukkan bakat dan kesungguhan mereka menyampaikan hujahan.Banat juga mula menunjukkan reputasi yang baik.Jika dibandingkan dengan yang sebelumnya,banat cukup pemalu untuk keluar berucap di depan khalayak ramai.Namun, setelah dua hari bengkel berlangsung, kelihatan banat mula membuka minda dan berusaha menyaingi banin.

Persidangan yang berlangsung pada petang itu mula memberi petanda yang positif.Setelah sesi perdebatan selesai,aku memberi tugasan kepada mereka untuk mencari isi bagi usul ‘Tinggal di asrama lebih baik daripada tinggal di rumah’.
Banat mula resah dengan persidangan yang akan berlangsung pada sesi malamnya.Ada yang sanggup tidak makan petang gara-gara sibuk mencari isi dan menyediakan teks hujahan.Aku juga turut membantu.Namun,khuzaifah,seorang banin sangat bersahaja.Keletahnya membuatkan aku teringat akan adikku yang berada di rumah.Dia cukup peramah.Setiap kali terserempak denganku ,pasti aku disapanya walaupun kami berada dalam jarak yang agak jauh.

Ketika aku sedang sibuk membantu banat,Khuzaifah juga mencuri peluang untuk mendapatkan buah pandangan daripadaku berkenaan tajuk usul yang telah kuberi.

“kak liyana,mai sini sat.”Jerit Khuzaifah dari asrama banin.Ketika itu aku sedang berada di anjung masjid sekolah.Dengan iringan ketawa kecil,aku menuju ke arahnya.
“kak,macam mana nak buat izin laluan?”Tanya Khuzaifah dengan wajah yang agak serius.
“Hulur tangan kanan ke depan sambil sebut izin laluan.Tapi jangan sebut banyak kali tau!”Aku cuba melakonkan apa yang aku perkatakan padanya.
“oh,macam tu ya.Syukran kak.Bye” katanya sambil melambaikan tangan dan berlalu pergi.
Jam menunjukkan waktu menghampiri 7 malam.Aku segera bergegas meninggalkan banat dan pulang ke rumah Dr.Salmi yang agak jauh dari persekitaran sekolah.Sampainya aku dirumahnya, ku sapa bibik dan segera masuk ke bilik untuk membersihkan diri.Aku perlu bergerak pantas lantaran slot bengkel akan bermula jam 8 malam.

Pabila ku buka lampu bilik….
“Ya Allah..macam hotel!!”aku sedikit terkejut.
Namun,aku tidak dapat memerhati secara keseluruhan ruang bilik kerana masa tidak mengizinkan.

5 minit sebelum 8 malam,aku mula melangkahkan kaki keluar rumah untuk menghadirkan diriku tepat jam 8 malam di bilik seminar.Namun,kehadiran banin dan banat kelihatan ramai dari biasa.Setelah diselidiki,baru ku tahu, mereka ingin menyaksikan sesi perdebatan yang akan dijalankan dengan empat persidangan secara serentak.Pada mulanya, suasana dalam bilik seminar agak kelam kabut.Tetapi keadaan mula dapat dikawal dengan baik.

Tepat jam 9 malam,keempat-empat persidangan dijalankan serentak. Suasana dalam bilik seminar riuh rendah dengan gelak ketawa para penonton lantaran menyaksikan perdebatan yang sengit antara banin dan banat.Sememangnya jawapan bagi setiap bidasan yang dilakukan amat menggelikan hati.

Perdebatan bagi keempat-empat persidangan berakhir jam 10 malam.Aku bersama mu’allimah sarilah dan empat orang fasilitator berkumpul di hadapan bilik seminar untuk mengumumkan calon yang akan terpilih untuk bertanding bagi sidang perdebatan pada keesokannya.

10 minit kemudian,calon-calon debater diumumkan.Calon-calon yang terpilih dari pihak banin ialah amin,amirul amin,dan khuzaifah.Manakala dari pihak banat ialah Fatihah Ubaidah,Nura Hilma Mohammad,dan Nor Fathenah Azmi.
Kelihatan mereka yang terpilih nampak gembira.Setelah mengumumkan tajuk usul ‘Sektor pelancongan lebih menguntungkan Malaysia berbanding sektor perindustrian’, hanya debater yang terpilih diminta tunggu di bilik seminar bagi membuat sedikit persediaan.

Hampir 11.45 malam,aku meminta izin untuk pulang ke rumah Dr.Salmi…
“huish..gelapnya….Bismillahi tawakaltu allallah wala haula wala kuwata illa billah.”sedaya upaya aku menguatkan semangatku berjalan di dalam gelap untuk sampai ke rumah Dr.Salmi.
“Alhamdulillah..”bisikku dalam hati setelah melepasi halangan laluan gelap itu.
Dr.Salmi menyambutku di pintu dengan senyuman yang melebar.
“Lewatnya balik..”tegur Dr.Salmi.
“Tulah,budak-budak mintak stay sekejap.Ana masuk bilik dulu ya Dr.Salmi. Assalamualaikum.”jelasku.
“Waalaikumsalam.”balas Dr.Salmi pendek.
Masuk saja aku ke bilik tetamu,cepat-cepat aku bersiap-siap untuk tidur.Suasana bilik ala-ala hotel itu cukup memberikan aku keselesaan yang maksimum.
“Bismikallah humma ahya waamut.”Dengan pantas,aku lena dibuai mimpi…

3 Julai 2010 telah memunculkan diri…
Tepat jam 6 pagi,lagu Allah kiya karo yang telah ku setkan sebagai penggera memecah kesunyian kamar tidurku.Dengan malas aku bangun jua dari tempat pembaringan kerana tugasku masih belum selesai.

Seperti biasa,aku bersiap-siap untuk pergi ke bilik seminar untuk meneruskan slot bengkel yang akan berakhir.Hampir jam 8.20 pagi,aku keluar dari bilik dan terus menuju ke ruangan makan selepas dijemput oleh Dr.Salmi ketika aku sedang sibuk bersiap.
Dengan beralaskan roti canai yang enak beserta air milo yang panas,aku segera meminta diri lantaran takut kelewatan sampai di bilik seminar.Selepas bersalaman dengan Dr.Salmi yang peramah, aku melangkah pergi…

Setibanya aku di kawasan kantin,ku lihat peserta-peserta bengkel belum menonjolkan diri.Satu sikap yang aku kurang senangi iaitu tidak menepati masa.Aku amat menjaga masa terutama jika melibatkan diri dalam sesuatu program.Tetapi peserta-peserta bengkel nampak selesa dengan kelewatan mereka hadir pada setiap slot yang dijalankan.Namun, aku hanya mengeluh sendirian kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan.
Masuk aku ke bilik seminar dengan menggalas beg yang berisi segala bahan-bahan untuk bengkel debat itu.Tanpa melengahkan masa,aku meminta pertolongan beberapa orang banin untuk menyusun kerusi dan meja untuk persidangan yang akan berlangsung.
Selepas 15 minit,kesemua peserta debat sampai.Tepat jam 9 pagi,sesi perdebatan pun bermula dan aku bersama mu’allimah Sarilah diberi tanggungjawab menghakimi perdebatan yang pastinya cukup sengit.

Sememangnya tidak dapat aku nafikan,banin dan banat cukup hebat namun mereka perlu diasah dan dididik dengan baik agar bakat yang mereka ada tidak disia-siakan.Aku sangat terhibur dengan perdebatan mereka lantaran kekangan penguasaan ilmu pengetahuan menyebabkan mereka berhujah di atas ilmu yang cetek.Persoalan yang mereka saling timbulkan hanyalah di bawah skop yang sempit sehingga aku sendiri tidak terfikir bahawa mereka akan memperdebatkan hal-hal sebegitu.
Persaingan yang cukup sengit cukup membuatkan aku dan mu’allimah Sarilah pening untuk memilih siapakah yang akan ke peringkat akhir untuk berentap dengan debater sekolah.

Setelah diberi masa 10 minit bagi pengiraan markah,Amirul Hadi selaku pengerusi majlis bagi bengkel debat itu mengumumkan keputusan yang telah di persetujui oleh pihak hakim.Nyata,kedua-dua pihak sama hebat dan sama kuat.Dengan beza satu markah sahaja,banat perlu akur dengan kekalahan mereka ditumpaskan oleh pihak banin.Terukir senyuman yang melebar oelh ketiga-tiga debater banin dengan keputusan yang telah diumumkan.

Dengan masa yang diberi selama 30 minit selepas itu, debater sekolah dan debater yang memenangi perdebatan peringkat separuh akhir tadi membuat persediaan dengan tajuk usul yang sama.Debater sekolah mewakili kerajaan manakala debater dari pihak banin mewakili pembangkang.Mereka kelihatan bertungkus lumus menyediakan teks hujahan agar dapat memenangi perlawanan yang bakal berlangsung nanti.Ketika aku sedang meneliti contoh pemarkahan dari nota mu’allimah Sarilah,Khuzaifah datang menghampiriku..

“Kak tengah buat apa tu?”soalnya sambil mengukir senyuman.
“Hmm..akak tengah tengok contoh pemarkahan nie..nanti nak adili kawan-kawan kamu nanti tak delah akak kekok sangat..”jawabku sambil meneliti kertas pemarkahan.
“hmmm…”jawabnya malas.
“Khuzaifah terasa hati ya sebab akak tak pilih untuk ke final? Khuzaifah ada bakat,akak nampak tu,tapi still kena improve supaya dapat saingi debater yang lain.Akak haraf Khuzaifah faham..”jelasku padanya.
“Takpe la kak,saya ok je.”jawabnya cuba berselindung.

Selama aku mengendalikan bengkel debat itu,Khuzaifahlah peserta yang paling ramah dan suka menyapa aku tatkala kami bertembung.Seakan-akan kami telah mengenali antara satu sama lain sejak dulu lagi.Namun,Khuzaifah pandai menjaga batas dan adab pabila berkomunikasi dengan perempuan yang bukan mahramnya.Semestinya sikap yang ditonjolkan mendapat pujian dariku namun aku sekadar memuji sikapnya di dalam hati.
Setelah 30 minit masa yang diberikan telah berlalu,aku memanggil peserta debat yang terpilih untuk ke peringkat akhir perlawanan perdebatan untuk memulakan persidangan.
Aku melantik Khuzaifah sebagai Yang Dipertua untuk mengendalikan sesi perdebatan yang pastinya sengit….

“Hmm..boleh tahan jugak dia ni..”bisikku sendiri pabila melihat debater sekolah,Amirul Hadi mengeluarkan hujah-hujahnya.Namun bakatnya perlu digilap dengan memantapkan penguasaan ilmu agar perdebatannya lebih berkesan.Hampir satu jam perdebatan antara mereka berlangsung.Gelak tawa penonton sentiasa mengiringi perlawanan tersebut lantaran membuatkan kami seronok menyaksikannya.

Setelah satu jam berlalu,perdebatan antara mereka berakhir.Aku dan mu’allimah Sarilah mula sibuk mengira markah.Setelah berbincang dan meneliti pemarkahan antara kedua-dua belah pihak,nyata persaingan antara mereka sungguh sengit. Namun tidak dapat dinafikan kehebatan mereka jika salah satu pihak kalah dalam sesi perdebatan tersebut kerana telah menjadi adat perlawanan,ada pihak yang menang dan ada pihak yang kalah.

Aku memberikan Khuzaifah markah yang telah diputuskan.Kelihatan Khuzaifah nampak sedikit terkejut dengan markah yang kami selaku juri syurakan.Jelas,kedudukan debater sekolah masih kukuh dengan kemenangan yang mereka peroleh setelah markah diumumkan.Dengan beza markah sebanyak 31 markah,debater sekolah mampu tersenyum lebar dengan kemenangan itu.Namun,aku cuba memperjelaskan keadaan di mana sepatutnya mereka tidak boleh goyang kaki kerana terdapat kelemahan yang besar masih perlu mereka atasi sebelum mewakili sekolah dalam sesi perdebatan antara sekolah muslehyang akan berlangsung di Kuala Lumpur.

Setelah kesemua komentar telah aku lontarkan,akhirnya bengkel debat menemui jalan penghujungnya.Tepat jam 12 tengahari,kami bersurai.Sebelum sempat aku bangun dari tempat juri.Amirul Hadi,pengerusi program bengkel debat menghampiri kami.
“rumah ana ada kenduri dan ummi ana berbesar hati menjemput mu’allimah dan kak liyana datang ke rumah.”Amirul hadi bersuara.
“Insya-Allah kami datang.”jawab kami serentak.

Sambil menunggu Mu’allimah Sobriah di kantin,aku berbual-bual dengan mu’allimah sarilah yang umurnya dua tahun muda dari ibuku.
“Terima kasih ya liyana,sanggup datang dari jauh untuk bantu kami.”Ucap mu’allimah sarilah memulakan perbualan.
“Eh,sama-sama,takpelah kak .Saya ikhlas membantu.”balasku.
“Liyana tak handle debat kat sekolah itqan ke?”soal mu’allimah sarilah.
“hehehe..takde pulak diorang suarakan nakkan khidmat.Lagipun saya ni dah lama tak join debat.Kira dah pencenla..”Aku cuba berseloroh untuk menceriakan suasana.
“boleh kami jemput liyana lagi untuk bengkel debat yang akan datang? Kalau tak menyusahkanlah ya..”mu’allimah sarilah meneruskan kata-kata.
“Ish..jemput je ye..kalau jemput saya datanglah..kalau tak jemput tu yang tak datang tu..hehehe..”balasku.

Setibanya mu’allimah sobriah di perkarangan tempat letak kenderaan,kami segera bersiap-siap untuk pergi ke rumah Amirul Hadi untuk memenuhi undangan.Kenduri yang diadakan adalah untuk meraikan keberangkatan kakaknya ke Universiti Islam Antarabangsa serta tanda syukur kepada Allah atas rezeki melanjutkan pelajaran ke menara gading.Alhamdulillah, makanan yang disediakan sungguh enak.Gabungan nasi kerabu beserta bubur gandum yang sememangnya pertama kali baru ku cuba membangkit selera makanku.

Setelah makan,kami beredar meninggalkan majlis.Aku,mu’allimah sarilah dan beberapa orang banat bersalam-salaman sebagai tanda perpisahan.
Dengan menaiki kereta mu’allimah Sobriah,aku dihantar ke Terminal Shahab untuk pulang ke Pulau Pinang.Sebelum berangkat,aku menelefon akh Syahid untuk mendapatkan kepastian tentang bas yang perlu aku naiki.

Terminal Shahab-Butterworth-Jetty-Sungai Dua.Ya! Aku perlu menaiki bas yang menuju ke destinasi yang aku senaraikan untuk sampai ke Raudatul Mahabbah.
“Macam manalah akhawat kat sana berniaga ye…”Bisikku sendirian tatkala rindu mula menyelubungi diri.Mengikut jadualku yang sepatutnya,aku perlu mengerah tenaga menguruskan Econ Shop bersama Kak Ilah kerana aku merupakan salah seorang lembaga pengarah bagi kedai tersebut,namun ketetapan Allah telah menghantar aku ke negeri Kedah untuk membantu sekolah Al-Azhar.
“Pasti ada hikmah disebaliknya…”hatiku berdetik.

Sampai aku di Terminal Shahab.Pantas aku meneliti satu persatu kaunter bas dan akhirnya aku terlihat kaunter bas Transnational memaparkan destinasi yang sesuai untukku.Ku beli tiket yang berharga RM9.90 dan aku diminta menunggu di platform 1 bagi menanti bas yang akan tiba untuk ke Butterworth.

Tepat jam 1.30 petang,bas pun tiba.Pantas aku menghampiri bas dan kelihatan penumpang-penumpang bas yang lain turut menuju ke arah yang sama.Dengan berbekalkan sifar pengalaman,aku mencari seseorang untuk bertanya.
“Bas ni ada sit ke?”Aku bertanyakan seorang lelaki berbaju kemeja merah yang sedang menghampiri pintu bas.
“No,free sit.”jawabnya jelas.
“Ok,thank you.”sambutku mengakhiri pertanyaan.

Dengan gelagat yang agak lucu lantaran badanku yang kecil menyukarkan pergerakanku bersama beg yang berat,aku tertawa kecil.Namun aku gagahkan jua kerana aku keseorangan di negeri asing.
Aku duduk di barisan kedua dan lebih memilih untuk duduk di tepi tingkap.Dengan bertemankan beg disebelah,aku merebahkan diriku di kerusi yang agak empuk dan memerhatikan persekitaran di luar tingkap.Dalam perjalanan, aku terkesima melihat keindahan sawah padi yang sememangnya terkenal di negeri Kedah.Sungguh cantik!

Keadaan diriku yang letih menyebabkan aku terlena seketika…

Setibanya aku di Butterworth,aku melafazkan rasa kesyukuranku pada Allah swt kerana selamat sampai di destinasi pertama.Ku turun dari bas lantas segera menaiki feri yang disediakan.Ketika berada di dalam feri,aku melihat gelagat masyarakat yang pelbagai ragam.Ada yang cuba menangkap burung gagak yang leka bermain di anjung feri,ada yang sibuk menangkap gambar sebagai koleksi gambar kenangan dan ada yang duduk termenung menanti tibanya masa untuk turun.Semuanya ada agenda kehidupan masing-masing termasuklah diriku sendiri yang pastinya tidak akan berhenti sehingga tibanya saat nyawa yang diberi pinjam perlu dipulangkan semula.Yang pasti manusia hanya perlu bijak membuat pilihan tentang perjalanan kehidupan agar semua yang dilakukan dasandarkan hanya kerana Allah.

Aku mempercepatkan langkah setelah turun dari feri lantaran takut ketinggalan bas.Jalan yang dipenuhi manusia membantutkan perjalananku namun ku tahu ia mengajarku erti kesabaran.Namun,Allah memudahkan segala urusan kerana bas yang perlu aku naiki terdapat di sana.Aku memilih bas bernombor 303 kerana bas tersebut akan melalui Sungai Dua yang sememangnya itulah pilihan destinasiku.

Walaupun letih,aku cuba untuk tidak melelapkan mata agar aku tidak terlajak.Kesibukan jalan raya melambatkan perjalanan.Yang pasti,Pulau Pinang merupakan bandaraya yang sibuk setanding Kuala Lumpur.Aku hanya memerhatikan suasana kesibukan dari tingkap bas yang besar.

Pabila aku terpandang akan kelibat USM,semakin aku berjaga-jaga dan bersedia kerana tidak lama lagi aku akan sampai di destinasi terakhir.Dalam masa yang singkat aku menekan loceng bas menandakan penumpang mahu turun.

Dengan beg yang besar,aku turun dari bas dan berjalan masuk ke kawasan Universiti Heights yang mana Raudatul Mahabbah berada di situ.Rinduku pada Raudatul Mahabbah membuak-buak.Pantas aku berjalan agar aku dapat sampai ke sana dengan segera.

Tibanya aku di tingkat 3 bangunan 97,akhirnya sampailah aku di kediaman yang aku rindui.Sememangnya perjalananku ke negeri Kedah sangat bermakna.Banyak mengajarku erti kesabaran,berdikari dan bergaul dengan masyarakat.Proses pembelajaran yang aku lalui ini memberi banyak ilmu yang tidak mungkin akan ku dapati melalui kuliah di universiti.Alhamdulillah…..Moga Allah merahmati segalanya..ameen^_^

Tuesday, April 20, 2010

UKHUWWAH ISLAMIYYAH

SESUNGGUHNYA Ukhuwwah Islamiyyah atau persaudaraan Islam merupakan manifestasi daripada aqidah dan keimanan sebenar seseorang Muslim. Al-Syahid Hassan Al-Banna telah menyifatkan, "Ukhuwwah ialah ikatan hati dan jiwa yang diasaskan oleh aqidah. Di mana aqidah merupakan ikatan yang paling kukuh dan bernilai. Ia juga merupakan natijah keimanan, manakala perpecahan adalah sebahagian dari kekufuran."

Setiap Muslim perlulah memahami bahawa perpaduan dan kesatuan merupakan suatu kekuatan. Kesatuan tidak akan lahir tanpa kasih sayang. Darjat kasih sayang yang paling rendah ialah seseorang itu merasa senang dan tenteram terhadap saudaranya. Manakala darjat yang paling tinggi ialah seseorang itu mampu mengutamakan saudaranya melebihi dirinya sendiri. Sifat ini juga disebut "Ithar".
Ukhuwwah merupakan kurniaan Allah yang diberikan kepada hamba-hambanya yang ikhlas, penolong-penolongnya dan orang-orang yang membersihkan jiwa mereka untuk Allah.

Firman Allah yang bermaksud:

"Dialah yang memperkuatkan kamu dengan pertolongan-Nya dan dengan para mukmin dan menyatukan hati-hati mereka. Sekiranya kamu belanjakan semua (kekayaan) yang ada di bumi, nescaya kamu tidak dapat menyatukan hati-hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatukannya. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (Surah Al-Anfal: 62-63).

Ukhuwwah merupakan kekuatan iman seseorang. Ia melahirkan perasaan lemah lembut, kasih sayang, hormat menghormati serta saling percaya mempercayai di kalangan setiap mereka yang bertanggungjawab melaksanakan tuntutan aqidah. Ukhuwwah juga merupakan sifat yang berkait rapat dengan iman dan taqwa.

Tiada ukhuwwah tanpa iman dan tidak sempurna iman seseorang tanpa ukhuwwah. Begitu juga tidak ada persahabatan tanpa taqwa dan tiada taqwa tanpa persahabatan. Adapun tiada ukhuwwah tanpa iman dijelaskan oleh Allah SWT dalam firman-Nya: "Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara." (Surah al-Hujurat: 10).

Dalam ayat yang lain Allah SWT menjelaskan bahawa tiada persahabatan tanpa taqwa. Maksudnya:

"Teman-teman rapat pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertaqwa." (Al-Zukhruf: 67).

Friday, March 5, 2010

10 muwasofat Tarbiyah

Muslim yang ingin mempersiapkan diri dalam perjuangan Islam perlu memperbaiki dirinya agar sentiasa terkehadapan daripada manusia lain.

Risalah Islam yang syumul ini hendaklah difahami dengan membentuk diri yang syumul juga. Maka hendaklah diteliti di sini tentang aspek-aspek seorang da’ie Muslim dalam rangkanya untuk menjadi seorang Muslim yang sempurna.


Sifat-sifat yang perlu ada pada diri ialah:

1) Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)

Dakwah adalah berat pada tanggungjawab dan tugasnya, maka di sini perlunya seorang da’ie itu tubuh badan yang sihat dan kuat. Rasulullah saw menitikberatkan soal ini, sabdanya:
“Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan.”

Kita juga hendaklah sentiasa memeriksa kesihatan diri, mengamalkan riadah dan tidak memakan atau minum suatu yang boleh dan diketahui merosakkan badan.


2) Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)

Akhlak kita ialah Al-Quran dan ianya terserlah pada diri Nabi saw. Telah dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan seorang da’ie iaitu bersifat sensitif, tawadhu’, benar dalam perkataan dan perbuatannya, tegas, menunaikan janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dan lain-lain.


3) Fikiran yang berpengetahuan (Mutsaqqafal Fikri)

Seorang da’ie perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain perihalnya di samping perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis serta ulama’ yang thiqah.

Pesan Imam Banna:
“Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi.”

Selain itu, seorang da’ie perlu mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, sentiasa mempelajari sirah, kisah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.



4) Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)

Seorang da’ie walaupun kaya, perlu bekerja. Dia juga tidak boleh terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan. Dalam keadaan tertentu, meletakkan jawatan dan meninggalkan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan yang diterima. Selain itu, dia hendaklah sentiasa melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan). Dalam soal kewangan, menjauhi riba dalam semua lapangan, menyimpan untuk waktu kesempitan, menjauhi segala bentuk kemewahan apatah lagi pembaziran dan memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam adalah beberapa perkara penting yang perlu dititikberatkan dalam kehidupan.


5) Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)

Seorang da’ie semestinya redha Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad saw sebagai Nabi dan Rasul yang terakhir. Sentiasalah muraqabah kepada Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir. Di samping itu, jangan dilupakan tugas menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.


6) Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)

Seorang da’ie perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya, perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram dan tidak melampau atau berkurang (pertengahan) atau dengan kata lainnya bersederhana dalam setiap urusan dalam kehidupannya.


7) Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)

Seorang da’ie perlu mempunyai azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam di samping tidak menghiraukan apa orang lain kata dalam mempraktikkan Islam yang sebenarnya. Perlulah diingatkan bahawa dai’e mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.


8 )Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)

Sentiasa beringat bahawa waktu, nilainya lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula. Mengimbau kembali sejarah di zaman dahulu, para sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka.


9) Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu’unihi)

Untuk manfaatkan waktu dengan baik, maka timbulnya keperluan kepada penyusunan dalam segala urusan. Gunakanlah segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.


10) Berguna untuk orang lain. (Nafi’un li ghairihi)

Da’ie umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh jalan orang lain. Da’ie adalah penggerak kepada dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup dan terkuburnya Islam bergantung kepada da’ie. Amal Islam seorang da’ie ialah untuk menyelamatkan orang lain daripada kesesatan. Da’ie akan sentiasa merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template