Tuesday, September 9, 2008

"Seorang mukmin merupakan seorang Muslim namun tidak semua Muslim itu Mukmin".


Dengan merujuk kepada bulan Ramadan ini maka adalah perlu kepada kita untuk menjadi seorang mukmin dan bukan sekadar muslim.

Seorang mukmin akan berpaksikan kepada Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan hidup. Menyentuh mengenai perkara inilah konsep puasa itu dijadikan contoh.

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa". (Al Baqarah ayat 183)
Melalui ayat diatas, ramai diantara kita orang Muslim mengambil berat berkenaan dengan ibadah Puasa.

Namun bagi orang mukmin mereka mengambil berat berkenaan dengan ayat Allah dalam surah Al Baqarah juga ayat yang dahulu dari ayat diatas iaitu pada ayat 178 yang berbunyi:

"Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman "Qisas" (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh iaitu: Orang merdeka dengan orang merdeka dan hamba dengan hamba dan perempuan dengan perempuan.

Disinilah penghayatan mengenai islam diadaptasikan oleh Muslim yang bergelar Mukmin iaitu dengan mengambil secara total ayat-ayat Allah tanpa menolak walau satu huruf pun.
Marilah sejenak kita berfikir samaada kita ini seorang mukmin atau sekadar muslim..^_^

0 comments:

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template