Saturday, October 4, 2008

Amalan Sunnah sempena Aidilfitri


Assalamualaikum wbt...


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, kita masih diberi peluang untuk bersama-sama lagi...sempena hari raya yang masih berbaki, belum terlambat untuk kami ucapkan Selamat hari raya aidilfitri kepada semua ikhwah/akhawat, taqabbalullah minna waminkum...

Sedikit pengisian sempena bulan Syawal...sambil kunyah biskut raya tu, bolehla baca dan menghayati...(^_^)

Firman Allah SWT: "Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmat-KU kepadamu, dan Aku redha Islam itu menjadi agamamu" (Al-Maaidah:3)

Kesempurnaan Islam terserlah apabila ia mampu menangani pelbagai isu dan permasalahan manusia secara menyeluruh. Jadi, tidak hairanlah sekiranya Islam juga memberikan panduan berkaitan tatacara menyambut hari-hari kebesarannya seperti hari raya Aidilfitri ini.
Antara amalan-amalan yang telah diajar oleh Rasulullah s.a.w sempena Eid Mubarak ini:
  • Bertakbir
Takbir pada hari raya bermula ketika terlihatnya hilal (anak bulan) dan berakhir setelah keuncak hari raya, iaitu ketika imam selesai berkhutbah. Firman Allah SWT: "Supaya kamu mencukupkan bilangan  puasa (sebulan Ramadhan), supaya kamu membesarkan Allah (dengan bertakbir) kerana telah memberi petunjuk-Nya kepada kamu dan supaya kamu bersyukur" (Al-Baqarah:185)
Juga disunnahkan untuk bertakbir sepanjang perjalanan dari rumah menuju ke masjid untuk menunaikan solat Aidilfitri. Menurut Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani r.h: "Mengenai syariat bertakbir (pada hari raya Aidilfitri) yang perlu dilakukan oleh kaum muslimin ialah bertakbir dengan suara lantang ketika dalam perjalanan menuju ke tempat solat walaupun kebanyakan umat Islam mula memandang remeh sunnah ini"  ::(Kitab Meneladani Rasulullah, karya Syeikh Ali Hassan b. Ali al-Halabi al-Atsari, ms.32)::
  • Lafaz ucapan selamat pada hari raya Aidilfitri
Amalan umat Islam di Malaysia biasanya akan mengucapkan 'Selamat hari raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin'. Namun begitu, apa yang bertepatan dengan amalan sunnah Rasulullah, diceritakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani r.h yang dinukilkan oleh Jubair bin Nufair r.a, "Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu dihari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain 'taqabbalullah minna waminka' (semoga Allah menerima amlaan kami dan amalanmu)"::rujuk Fath al-Bari, al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani, jil.5, ms 270-271::
  • Mandi pada hari raya
Disunnahkan mandi dipagi raya sebagaimana mandi wajib iaitu sebelum berangkat menuju ke masjid. Ali bin Abi Talib pernah ditanya tentang mandi. Adakah diharuskan mandi setiap hari? Beliau menjawab: "Tidak harus melakukannya. Namun, mandi yang diharuskan ialah mandi pada hari Jumaat, hari Arafah, hari Aidilfitri dan Aidiladha"::hadith riwayat Imam Syafiedi dlm Musnad al-Syafi'i jil.1 ms 118-119::
  • Makan sebelum solat Aidilfitri
Disunnahkan makan sebelum menunaikan solat Aidilfitri, yang bertujuan menutup segala andaian bahawa dibenarkan berpuasa pada hari raya. Menurut al-Muhallab r.h. "Mengenai hikmah menjamah makanan sebelum mengerjakan solat hari raya adalah agar seseorang tidak berpendapat bahawa dia boleh berpuasa sehingga solat hari raya Aidilfitri dilaksanakan. Seolah-olah Rasulullah ingin menutup prasangka semacam ini."::rujuk Fath al-Bari, jil 5 ms.272::
  • Memakai pakaian yang indah
Imam Syafie r.h. berkata,"Aku lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik yang dimilikinya pada hari2 raya, iaitu pada hari Jumaat, dua hari raya (Aidilfitri & Aidiladha), dan tempat diadakan majlis (seperti majlis perkahwinan). Dia hendaklah memakai pakaian yang bersih dan memakai wangian" ::rujuk Ringkasan Kitab Al-Umm, Imam al-Syafi'I, jil 1, ms 327::
Bagi kaum wanita pula, walaupun disunnahkan memakai pakaian yang baik, namun mereka perlu menghindari dari memakai pakaian yang bercorak serta perhiasan yg berlebihan sehingga menarik perhatian golongan lelaki.
  • Berjalan kaki menuju ke tempat solat hari raya
Umat Islam dianjurkan berjalan kaki menuju ke tempat solat Aidilfitri jika tidak keberatan. Ali bin Abi Talib r.a: "termasuk sunnah, iaitu engkau berjalan kaki menuju ke tempat solat hari raya dan memakan sesuatu sebelum berangkat." ::hadith riwayat al-Tirmizi dlm Sunannya, no.487::
  • Mengikut jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali dari mengerjakan solat hari raya
Jabir bin 'Abdullah r.a. pernah berkata."Nabi s.a.w melalui jalan yang berbeza pada hari raya" ::hadith riwayat al-Bukhari dlm Sahihnya, n.986::
Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah r.h berkata; "Baginda s.a.w selalu melalui jalan yang berbeza ketika menuju dan pulang dari tempat solat pada hari raya. Ada yang berpendapat, hal ini dilakukan agar dapat bersalaman dengan orang-orang yang melalui kedua-dua jalan itu. Sebahagian lain berpendapat untuk memberikan barakah kepada mereka. Ada juga yg berpendapat untuk memberikan pertolongan kepada mereka yg memelukan di kedua-dua jln itu.Menurut pendapat lain pula untuk menampakkan syiar islam di jalan-jalan. Pendapat yg lebih tepat adalah supaya perjalanan yang ditempuh lebih jauh (banyak langkahnya). Orang yg berjalan ke masjid atau tempat solat, salah satu langkah kakinya akn meninggikan darjat.Sedangkan langkah kaki yang lain akn menghapuskan kesalahan-kesalahannya." ::rujuk Zaadul Ma'ad, Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah, ms.49::
  • Mengerjakan solat Aidilfitri
Di antara syiar yg paling utama dlm menyambut Aidilfitri ialah solat Aidilfitri sebanyak 2 rakaat oleh umat Islam. Ibn Abbas r.a berkata; "Rasulullah s.a.w telah keluar pada hari raya Aidilfitri, kemudian terus mengerjakan solat hari raya sebanyak 2 rakaat. Baginda tidak melakukan sebarang solat sebelumnya dan sesudahnya" ::hadith riwayat al-Bukhari dlm Sahihnya, no.989::
Disunnahkan menyampaikan khutbah sesudah mengerjakan solat hari raya, Abu Sa;id al-Khudri r.a. berkata; :: Pada hari raya Aidilfitri dan Aidiladha , Rasulullah akn keluar menuju musolla.Perkara pertama yg dilakukan oleh baginda (apbl tiba di masjid), baginda akn mengimani solat. Kemudian, baginda akn berpusing dan menghadap ke arah makmunyg sedang duduk dlm saf mereka. Seterusnya, baginda akn memberikan nasihat, wasiat dan perintah kepada mereka (khutbah). ::hadith riwayat al-Bukhari dlm Sahihnya, no.956::
  • Mengerjakan puasa sunat enam hari pada bulan Syawal
Sabda Rasulullah s.a.w; "Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan lalu diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa setahun." ::Hadith Riwayat Muslim dlm Sahihnya, no.1164.
Iman Ahmad dan An-Nasai meriwayatkan dari Tsauban, Nabi s.a.w bersabda; "puasa Ramadhan ganjarannya sebanding dgn puasa sepuluh bulan, sedangkan puasa enam hari (di bulan Syawal) pahalanya sebanding dengan dua bulan dan kerananya bagaikan berpuasa selama setahun penuh."

::Sementara bulan Syawal masih berbaki, jom kita pakat ramai2 rebut peluang ni...semoga kita sama-sama mendapat mardhotillah yg dicari::

0 comments:

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template