Sunday, February 22, 2009

KBM Aktivis Edisi IPT

LAPORAN KBM EDISI AKTIVIS IPT

14-15 FEBRUARI 2009

Damai Park Resort, Merbok Kedah

Anjuran KARISMA Pulau Pinang dengan kerjasama JIM Pulau Pinang dan KRJ Motivation


Program Motivasi Bersepadu Keindahan Bersamamu (KBM) Belia merupakan salah satu usaha ke arah pembentukan dan pembangunan jatidiri generasi muda ISLAM kini. Program ini mampu menyedarkan generasi muda akan potensi dan peranan mereka yang besar kepada agama, bangsa, negara dan ummat. KBM menjadi titik-mula yang amat kondusif dan bermakna kepada usaha-usaha untuk memperbaiki diri secara berperingkat dan berterusan.

 

“ Sesungguhnya mereka itu fityah (pemuda-pemuda) yang beriman kepada Tuhan mereka, lalu Kami (Allah) tambahkan kepada mereka petunjuk.”

Surah Al-Kahfi: 13

 

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkannya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan .”            Surah At-Tahrim 66:6

 

Pemimpin pelajar merupakan aset utama kepada negara bagi menerajui tunggak kepimpinan negara. Pemimpin yang diharapkan dalam konteks Islam adalah pemimpin yang mampu memikul amanah selari dengan syariat Islam. Oleh sebab itu, para pemimpin pelajar perlu didedahkan dengan peranan dan tanggungjawab serta memerlukan kemahiran dan semangat motivasi untuk cemerlang dari sudut aqidah, ibadah, akhlak dan ilmu pengetahuan.


 Ini pula adalah Jawatankuasa Pelaksana program KBM ....


Penasihat:

Dr. Rizal Arshad

Dr. Abdul Halim

Pn. Latifah Yusoff

 

Pengarah:

Muhammad Hafiz Kassim

 

Timb. Pengarah:

Nurul Asmaa’ Ismail

 

Setiausaha:

Siti Nur Salwani Alwi

 

Bendahari:

Ummi Nadiah Yusof


Jawatankuasa:

 JK Publisiti & Pendaftaran

Muhd Zaid Hassan@ Abdul Rahman

Mohd Nur Hadi Hamsar

Nor Adila Hassan

Khairul Bariyah Azman

 JK Teknikal & Tempat

Mohd Hafiz Hariri

Ahmad Zhafri Mohd Noor

 JK Logistik & Makanan

Fazlul Huda Makhtar

 JK Pengangkutan

Muhd Zaid Hassan@ Abdul Rahman

Mohd Nur Hadi Hamsar

Nurizma Harliana Juhar

Nur ’Aifaa Abdullah

 

Kehadiran ikhwah seramai 18 orang dan akhawat seramai 38 orang. Jumlah peserta adalah seramai 56 orang. 


Nak tahu apa yang berlaku....belek2la agenda KBM kat bawah nie(",)

 

             I.      Pendaftaran

v      Peserta dikehendaki mendaftarkan diri terlebuh dahulu dan setiap peserta diberikan tag nama setiap seorang.

v      Prgram yang dirancangkan bermula pukul 3 petang terpaksa dimulakan agak lambat kerana majoriti peserta tiba pada pukul 3.30 petang.

v      Peserta dari Penang menghadapi sedikit masalah apabila berlakunya miss communication mengenai solat zohor sama ada boleh di jamak atau tidak memandangkan peserta masih belum menunaikan solat zuhur.

          II.      Majlis Pembukaan

v      Majlis dipengerusikan oleh Akh Fairuz, salah seorang fasilitator KBM Penang sebelum diserahkan kepada Akh Mukhri atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Lang.

v      Pesanan daripada Pak Lang  supaya setiap peserta mempersiapkan diri, mantel, dan seluruh jiwa raga.

       III.      Knowing Me, Knowing You

v      Dikendalikan sepenuhnya oleh Pak Lang bersama fasilitator KBM.

v      Setiap peserta dikehendaki mencari pasangan masing-masing.

v      Peserta di berikan sekeping kertas dan kehendaki memberikan maklumat pasangan seperti nama, kad pengenalan, nama ibu dan nama salah seorang adik pasangan.

v      Seterusnya, peserta dikehendaki membetulkan kembali mana-mana kesalahan dan peserta yang bertuah dikehendaki menyebut kembali maklumat yang diperoleh kepada semua peserta yang hadir.

v      Dalam sesi ke-2, peserta diberi sekeping kertas bertajuk ’Siapa Aku’.

v      Setiap peserta di kehendaki mengisi maklumat yang dikehendaki, dan fasilitator akan mengutip kembali kertas tersebut.

v      Setelah itu, kertas dikumpulkan dan di campur adukkan.

v      Peserta perlu mengambil satu daripada kertas terbabit dan dikehendaki mencari pemilik kertas tersebut.

        IV.      Meniti Angin Malam

v      Di kendalikan oleh Pak Lang

v      Dalam sesi kali ini, peserta diberi pendedahan mengenai detik kematian, dan azab yang akan di hadapi di akhirat kelak.

v      Peserta diberikan sekeping kertas berbentuk hati, dan seketul arang kayu. Kertas berbentuk hati melambangkan hati manusia itu sendiri, manakala warna hitam daripada arang menggambarkan tompok-tompok hitam yang melekat pada hati. Tompok hitam tersebut adalah dosa yang dilakukan oleh setiap insan yang bergelar hamba Allah.

v      Peserta perlu mencorakkan sendiri kertas berbentuk hati menggunakan arang.

v      Usai sahaja sesi ini, 2 orang peserta ikhwah dan 2 orang peserta akhawat dikehendaki meluahkan perasaan mereka sama ada untuk diri sendiri atau orang lain. Dan, kata-kata mereka perlu disertai dengan nasihat kepada diri.

v      Seterusnya, peserta dibawa untuk merasakan bahang kepanasan api neraka.

v      Setiap peserta masing-masing diberikan lilin kecil, dan lilin tersebut perlu diletakkan di atas telapak tangan.

v      Lilin tersebut akan dinyalakan, dan dengan penuh debaran, peserta menunggu detik-detik lilin akan mencair dan akhirnya padam.

v      Slot ini ditangguhkan untuk minum malam sebelum disambung pada pukul 12 tengah malam.

v      Slot di alam barzakh, peserta diberikan sehelai kain hitam untuk menutup mata masing-masing.

v      Peserta kemudiannya diperdengarkan tentang azab kubur dan soalan-soalan yang akan di soal oleh malaikat kelak.

v      Kemudian, azan diperdengarkan dan peserta perlu bergerak ke arah suara azan tersebut.

v      Selepas itu, peserta di pertontonkan dengan situasi di akhirat kelak di mana manusia bersoal jawab dengan Allah, mata, mulut, kaki dan anggota badan lain menjadi saksi kepada setiap perkara yang dilakukan.

v      Setelah itu, setiap peserta dalam kumpulan seramai 5 orang perlu meluahkan perasaan, bermula dengan ayat..”aku belum bersedia untuk menghadapi kematian kerana...”

           V.      Riben Kehidupan

v      Usai solat subuh berjemaah, setiap peserta di kehendaki berbaris mengikut umur dari muda sampai yang paling tua.

v      Pak lang bersama fasilitator kemudiannya memberikan setiap peserta riben, yang dipotong mengikut umur dan riben selebihnya disimpan ke dalam plastik yang dibekalkan.

v      Riben yang dipotong menandakan umur yang telahpun berlalu dan masa tersebut tidak akan dapat dikembalikan lagi.

v      Manakala riben yang masih berbaki dalam plastik merupakan jumlah umur atau masa yang masih tinggal (pengukur bagi umur ini ialah umur Rasulullah)

        VI.      Jawatanku

v      Slot ini juga merupakan kendalian sepenuhnya oleh Pak Lang.

v      Dalam slot kali ini, pserta diberikan sekeping kertas dan menyenaraikan ke semua jawatan yang dipikul sekurang-kurangnya 15 jawatan.

v      Setelah menyenaraikan jawatan, peserta diberikan sekeping kertas yang bertajuk ’Jawatanku’ dan daripada jawatan-jawatan yang telah disenaraikan sebelum itu, peserta perlu memilih 12 jawatan yang terbaik dan boleh dilaksanakan dengan baik.

v      Kemudian, kertas tersebut dimasukkan ke dalam plastik dan dikembalikan kepada fasilitator.

     VII.      Nikmat Oh Nikmat

v      Slot ini di mulakan selepas khidmat diri iaitu pada pukul 9.15 pagi

v      Dalam sesi ini, peserta di minta untuk sama-sama menyelami kesusahan dan keperitan hidup yang di alami oleh orang kurang upaya (OKU).

v      Sekali lagi dalam berpasangan, setiap peserta diberikan sebiji gula-gula. Peserta perlu membuka pembalut gula-gula tersebut dengan hanya menggunakan 4 jari kiri (tangan kanan dan ibu jari kiri di sorokkan)

v      Terdapat beberapa individu yang berjaya, dan seterusnya peserta yang tidak berjaya diberi kelonggaran menggunakan kelima-lima jari kiri tanpa bantuan daripada tangan kanan. Setelah misi berjaya, peserta perlu menyuapkan gula-gula tersebut ke dalam mulut pasangan masing-masing.

v      Seterusnya, setiap pesera dibekalkan dengan sebiji kurma dan sedikit air zam-zam untuk disuapkan kepada pasangan.

v      Kurma yang dibekalkan perlu dibuang biji terlebih dahulu manakala air zam-zam perlu dibacakan doa untuk sahabat sebelum diminum oleh sahabat/pasangan masing-masing.

v      Kemudian, setiap peserta dibekalkan kain hitam dan selotip untuk menutup mulut dan pin.

v      Pin tersebut perlu disematkan ditempat yang paling mudah di cam atau diingati oleh pasangan masing-masing.

v      Peserta kemudiannya dipisahkan daripada pasangan dan peserta perlu mencari pin pasangan masing-masing  dengan mata yang tertutup dan mulut yang terkunci.

v      Setelah masing-masing mendapatkan pasangan mereka, peserta perlu mencari dan berkumpul mengikut kumpulan yang telah dibentuk ketika sesi luahan dalam ’meniti angin malam’.

v      Sesi muhasabah daripada peserta.

  VIII.      INTEAM

v      Dalam pasangan, seorang peserta akan menghadap slide untuk melihat paparan di skrin, manakala pasangannya akan meneka perkataan atau kata-kata di skrin tersebut dengan bantuan daripada sahabatnya yang dapat melihat.

v      Tanpa menggunakan mulut, peserta perlu meneka dan sesiapa yang berjaya meneka perlu berdiri dan diperdengarkan kepada fasilitator.

v      Setiap peserta diberi peluang sebanyak 2 kali untuk menjadi yang celik dan juga yang buta.

v      Kemudian, dengan pasangan yang lain, setiap peserta perlu menyelami masalah, saling bermaafan, dan mendoakan sahabat

        IX.      Aku dan jamaah

v      Peserta dibekalkan dengan dua keping kertas berkaitan jamaah dan tarbiyyah

v      Dalam kertas pertama, peserta perlu mengisi perkara-perkara yang boleh dipertingkatkan, contohnya perkara yang boleh dilakukan untuk meningkatkan hubungan dengan Allah, Rasulullah dan sebagainya

v      Seterusnya dalam helaian kertas kedua, peserta perlu meyatakan perkara yang perlu diperbaiki sebagai seorang ahli usrah, naqibah dan sebagainya.

           X.      Lafaz Yang Tersimpan

v      Slot ini merupakan slot yang dikhususkan utuk peserta melafazkan apa yang terpendam dan harapan kepada ibu bapa

v      Peserta dibekalkan dengan sekeping kad, sampul surat untuk menulis dan meluahkan perasaan kepada ibu bapa

v      Surat tersebut kemudiannya akan dipos mengikut alamat yang tertulis di sampul surat. 


Nak tau tak apa maklum balas dari beberapa peserta...huhu(sket2 je)

alhamdulillah semua ok

Unik

Padat & berisi

Banyakkan skop & jgn limitkan

Latih speaker baru utk menggantikan Pak Lang 

Kesedaran bersahaja namun terkesan di hati

Suara malaikat camtu eh.....?? He...he..

Penyusunan yg baik & fleksibel

Komuniksi 2 hala

Sound system yg baik

overall….

-> Semua ALHAMDULILLAH… BAIK, BEST, HALAL % JATUH KE HATI…

***************************************************************************************************************************************

  1. Alhamdulillah diberi peluang utk sertai KBM Aktivis nie… awal-awal rase malas je nak dtg sbb bile ingat KBM, dok bayang nanti asyik nangis-nangis jer… tp after this KBM, rasa sgt best. Raser lebih manis ukhuwwah dgn sahabat-sahabat, rase lebih semangat nak buat kerja-kerja dakwah. Rase byk y perlu diperbaiki spy diri x mudah hanyut.
  1. meniti angin malam memang menginsafkan. Baru terfikir bahawa sebenarnya diri ini x bersedia lagi utk mati, x bersedia lagi menghadapi hari akhirat, banyak sangat dosa, rasa kotornya sangat hati ini. Banyak yang kena buat lepas ini. Kena mintak ampun kat mak ayah, kat kawan-kawan dan mereka –mereka di luar sana. Kena banyakkan solat malam untuk kuat.
  1. doakan saya kuat utk terus dlm dakwah ini.


P/S: Ada sape2 yg ada gambar program nie x?tlg send dkt email klu dapat, xpun anta pd ameer/ah Minden ^_^, boleh kan???

0 comments:

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template