Wahyu Al-Quran adalah kalam Allah yang diturunkan kepada Rasulullah saw. Kalam al-Quran adalah kalam yang lembut menyentuh sanubari, keras meragut kesedaran dan mantap memberi panduan dan galakan semangat. Rasulullah mendapat bimbingan terus daripada Allah swt. Sepanjang perjalanan dakwah baginda, hanya satu sumber ketenangan yang sentiasa bertiup ke dalam hati baginda. Itulah bimbingan motivasi dari Pengutus Rasul-rasul ke muka bumi, Allah Azza wa Jalla. Lupakah kita tadabburi surah yang seringkali kita lafazkan diwaktu solat fardhu? Seakan-akan kita lupa pada lembutnya sapaan Tuhan pada rasulNya ketika turunya wahyu ini. Demi waktu Dhuha. dan demi malam apabila telah sunyi (gelap),Tuhanmu tiada meninggalkan kamu dan tiada (pula) benci kepadamu. Dan Sesungguhnya hari kemudian itu lebih baik bagimu daripada yang sekarang (permulaan).Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan karunia-Nya kepadamu , lalu (hati) kamu menjadi puas. Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungimu? Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung, lalu Dia memberikan petunjuk. Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberikan kecukupan. Sebab itu, terhadap anak yatim janganlah kamu Berlaku sewenang-wenang. Dan terhadap orang yang minta-minta, janganlah kamu menghardiknya. Dan terhadap nikmat Tuhanmu, Maka hendaklah kamu siarkan. (ad-Dhuha) Maha Tinggi Allah yang sentiasa memberikan ketenangan kepada baginda saw dalam kehidupannya. Akan tetapi bagi kita yang menyahut seruan dakwah dan menggelari diri sendiri dengan gelaran daie, apakah wahyu Allah ini menjadi sumber ketenangan kita. Adakah sumber lain yang menjadi mainan halwa telinga kita untuk menghiburkan jiwa rona dan lampias perasaan? Alangkah ajaib, apabila mereka yang mengakui mengikuti dakwah Islamiah, mengutamakan hiburan duniawi lebih dari kalam Allah yang agung. Bukan sedikit hiburan dan irama nasyid yang berkumandang di corong computer yang mengalunkan lagu yang tidak jelas mesejnya, hanya sahaja ia digelari nasyid. Ungkapan ini adalah nasyid seolah-olah alasan tangkap-muat untuk justifikasi hiburan yang tidak melihat pada mesejnya, tapi sejauh mana munshidin mengalunkan suara pada vocal-vokal tertentu, sehebat mana paduan harmoni latar dan sebagainya. Bukanlah Islam itu datang untuk mengharamkan perkara yang halal, cumanya mereka yang inginkan ketinggian di mata Allah swt pasti menghadkan perkara-perkara harus yang boleh menjerumuskan kepada kelalaian. Tidak terfikirkan kita pada kata-kata; “Sesiapa yang inginkan darjat tertinggi di syurga, dia hendaklah berada di darjat yang tinggi dalam kehidupan dunia” (al-Muntalaq) Lupakah kita pada al-Quran, kalam Allah yang sentiasa dijaga tahun demi tahun? Yang mana pencipta liriknya tidak pernah futur, susunan bahasanya indah mengkagumkan hatta mereka yang tidak memahaminya? Ingatkan kita pada hadith dari al-Mustafa tentang kalamullah ini; “Bacalah Quran dan menangislah. Jika kalian tidak boleh menangis, maka usahakanlah untuk menangis” (dr Saad ibn Waqqash , hadith dalam al-Lulu wal Marjan). Khusu’ ketika membaca al-Quran adalah cita-cita bagi setiap daie. Memang sukar untuk melaksanakannya, akan tetapi pengalaman berdakwahlah resepi utama kejayaan untuk khusu’ dalam sembahyang dan juga dalam mentadabburi al-Quran. Al-Quran ini jika diturunkan pada makhluk Allah yang lain, pasti akan leburlah ia kerana khusu’ dan takut pada Allah. Wahai daie serata dunia, renungkanlah ayat surah al-Hasyr ini! Jadilah gunung-gunung itu, kuat dan pasak pada bumi, tapi ,lebur tika takut pada PenciptaNya! Alangkah indah menjadi gunung! Lihatlah pada ahli kitab yang beriman ketika mana mereka menghayati al-Quran; 83. dan apabila mereka mendengarkan apa yang diturunkan kepada Rasul (Muhammad), kamu Lihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan kebenaran (Al Quran) yang telah mereka ketahui (dari Kitab-Kitab mereka sendiri); seraya berkata: “Ya Tuhan Kami, Kami telah beriman, Maka catatlah Kami bersama orang-orang yang menjadi saksi (atas kebenaran Al Quran dan kenabian Muhammad s.a.w.). 84. mengapa Kami tidak akan beriman kepada Allah dan kepada kebenaran yang datang kepada Kami, Padahal Kami sangat ingin agar Tuhan Kami memasukkan Kami ke dalam golongan orang-orang yang saleh ?”. Al-Imam al-Ghazali berkata; Cara memaksakan diri untuk menangis ialah menghadirkan kesedihan ke dalam hati, kerana dari kesedihan inilah akan munculnya tangis. Rasulullah saw bersabda; “Sesungguhnya al-Quran itu turun dengan kesedihan. Jika kalian membacanya, maka paksakanlah untuk bersedih” (dr Abu Nuaim). Adakah lagi sebarang keraguan untuk menjadikan al-Quran sebagai peneman kita di mana sahaja kita berada? Adakah ada hiburan lain yang lebih hebat dari hiburan yang diturunkan untuk menenteramkan manusia dari Allah swt. Apakah ada yang bergelar daie masih berasa bosan mendengar bacaan al-Quran dan menyukai hiburan-hiburan lain sedang mereka berbaiah “al-Quran itu penunjuk kami”. Apakah masih ada yang mahu beralasan “kami tidak faham bahasa arab lantas ia tidak meresap dalam jiwa kami, dan kami lebih suka hiburan yang lain”. Maka oleh itu usahalah untuk mendengar ayat-ayatNya selalu. Latihlah setiap ketika, untuk selalu mendengar ayat-ayatNya. Bagaimana kita harapkan mampu khusu’ mendengarkan al-Quran apabila yang tercurah di telinga saban ketika hanyalah lagu-lagu lain. Mana mungkin mampu penghayatan jika hati-hati kita dibuai hiburan-hiburan lain? Al-Quran adalah sumber asli untuk para daie. Biasakanlah hidup bersama al-Quran, nescaya jika anda hidup bersamanya, nikmat manisnya tidak terucap biar dengan ribuan kata-kata dan metafora. Wallahu ‘alam. Rujukan : al Quran al Karim, Bagaimana Berinteraksi dengan Al-Quran (Dr Yusuf al-Qaradawi)
DEMI MASA
TAKWIM HIJRIAH
Blog Archive
JARINGAN UTAMA
Teman Seperjuangan
- Karisma D-Hulu Langat
- Karisma D-Petaling
- Karisma D-Segamat
- Karisma IPT: Cenfos Nilai`
- Karisma IPT: IIC
- Karisma IPT: UIA PJ
- Karisma IPT: UIAM
- Karisma IPT: UKM KL
- KArisma IPT: UM
- Karisma IPT: USIM
- Karisma Kedah
- Karisma Kelantan
- Karisma Kuala Lumpur
- Karisma Melaka
- Karisma Perak
- Karisma Sarawak
- Karisma-International
- Karisma-Media
- Karisma-Uitm Johor
LAMAN TARBIYYAH
Sunday, February 22, 2009
Al-Quran Sumber Hiburan Daie
Posted by
Karisma USM
at
10:10 AM
0
comments
Labels: tazkirah
Jihad
Posted by
Karisma USM
at
9:24 AM
0
comments
Wednesday, February 18, 2009
Palestin Tanah airku
Dalam muktamar kelima Ikhwanul Muslimin, As-Syahid Imam Hasan Al-Banna telah mengisytiharkan bahawa tanah air Islam tidak terpisah dan segala usaha pencerobohan terhadap salah satu bahagian darinya bererti pencerobohan terhadap keseluruhannya. Lantaran itu, tidak dapat tidak umat Islam mesti berusaha untuk membebaskan negara yang telah dicerobohi. Menyentuh isu Palestin yang hangat diperkatakan di seluruh dunia, maka marilah kita bersama merasakan tanggungjawab kita terhadap saudara seakidah kita di bumi Palestin sana. Saban hari dibedil dan diancam oleh Zionis. Bukan mereka minta untuk lahir dalam suasana yang sedemikian, namun inilah ujian untuk melihat kesatuan dan ukhwah ummat Islam seluruh dunia. Dengan penuh kerendahan hati, cuba kita tanya pada diri kita, benarkah kita ni muslim dan mukmin sejati? Pernah tak wujud walau secebis rasa dalam hati kita untuk membantu saudara-saudara kita di bumi Anbiya’ ini.
Sewajibnya umat Islam seluruh dunia bersatu padu dan berganding bahu dengan segala kekuatan yang dimiliki untuk merampas semula tanah yang diduduki oleh rejim Yahudi itu secara haram. As-Syahid Imam Hasan Al-Banna telah berkata: ”Kita memperingatkan delegasi-delegasi Islam tentang tipu muslihat Inggeris, kewajipan mengembalikan hak-hak orang Arab secara keseluruhannya dan selepas itu kita akan memperhitungkan dengan pihak Inggeris di dalam negara-negara Islam yang telah dijajahnya dengan zalim. Apa yang diwajibkan oleh Islam ke atas para penduduknya serta kita ialah bersama-sama berusaha membebaskannya.”
Al-Banna pernah menyebarkan sebuah buku bertajuk “al-Nar wa al-dimar fi falastin (Api dan Kemusnahan di Palestin)”. Buku ini mempersembahkan gambaran-gambaran dan dokumen-dokumen jenayah yang dilakukan oleh British terhadap rakyat Palestin yang terbuang. Antara gambaran tersebut ialah pencerobohan Inggeris terhadap rumah-rumah dan beliau menggambarkan mereka mengoyak mashaf al-Quran al-Karim serta memijak-mijak dengan kaki mereka. Beliau menggambarkan kepada mereka hampir lima puluh gambaran jenayah dan penyiksaan. Ini ketika zaman al-Banna. Tapi sudah hampir berpuluh tahun sejak zaman itu, Palestin sekarang tetap dijajah, tapi oleh rejim yang lebih ganas, tiada perikemanusiaan, dan penuh tipudaya.
Lihatlah…
Rakyat Palestin yang ditahan sebagai tawanan hari ini diseksa dengan cara yang lebih kejam dan mengaibkan. Bukan setakat lima puluh jenis seksaan, bahkan beribu seksaan yang dilancarkan oleh Zionis yang menduduki tanah Palestin terhadap rakyat Palestin. Yang terbaru ini, Palestin terus dibedil tanpa rasa belas dan kasihan. Inilah peristiwa yang mengundang kemarahan umat Islam dunia. Namun, begitulah… Negara-negara jiran yang dahulunya pernah bersatu di bawah satu khilafah kini setelah berpecah, buat tak tahu je dengan jirannya yang dah lama hidup terseksa dan tertindas. Sekian lama, pemimpin negara-negara Arab terus bersekongkol dengan jahiliyah tanpa disedari akidah mereka sebenarnya telah lama diracun sehingga turut menghilangkan belas terhadap saudara seakidah bahkan negara jiran pula tu.
Kembali kepada kisah Al-Banna menyebarkan buku tentang Palestin. Pihak Inggeris telah menjadi marah terhadap Mesir dan mereka memberi amaran kepada kerajaan Mesir supaya menahan penyebaran buku ini serta menahan mereka yang bertanggungjawab menyebarkannya. Akhirnya ibu pejabat Ikhwanul Muslimin dibanjiri oleh polis Mesir dan mereka menjumpai sebanyak lima puluh buku tersebut. Inilah dia, pentadbiran dan pemerintahan sebuah negara Islam berada di bawah jari telunjuk kaum kuffar. Orang Islam sendiri menerima arahan dari jahiliyah untuk menghancurkan gerakan Islam yang murni.
Pegawai polis telah bertanya siapakah pemilik buku tersebut. Imam Hasan Al-Banna telah tampil dan berkata: “Akulah pemiliknya.”
Pegawai polis tersebut meminta Imam Hasan Al-Banna mengikutnya ke Pejabat Pendakwaan. Seterusnya berlakulah soal jawab bersama Al-Banna seperti berikut:
Wakil Pejabat Pendakwaan: “Adakah kamu pemilik buku ini?”
Al-Banna: “Akulah pemiliknya.”
Wakil Pejabat Pendakwaan: “Adakah kamu tidak mengetahui buku ini telah menyerang pelbagai kuasa dan membangkit perasaan marah rakyat terhadap negara jiran dan sekutu di dalam perjanjian?”
Al-Banna: “Aku mengetahui perkara itu. Aku memang bermaksud menentang kuasa-kuasa tersebut dan negara sekutu ini.”
Wakil Pejabat Pendakwaan: “Adakah kamu tidak tahu bahawa undang-undang akan mengenakan hukuman terhadap jenayah ini?”
Al-Banna : “ Ketahuilah, aku tidak akan menghalang jika aku dihadapkan ke mahkamah kerana aku mengakui jenayah ini dan bertekad melakukannya.”
Wakil Pejabat Pendakwaan pun selesai menjalankan penyiasatan tersebut lalu kes diserahkan kepada Timbalan Pengarah Pejabat Pendakwaan untuk mengadilinya. Al-Banna amat menyukai pengadilan kerana ia akan memberi peluang kepada beliau berhadapan dengan kehakiman dan media massa untuk disebarkan pendirian dan idea beliau. Ini dapat dikesan oleh agen-agen Inggeris berdasarkan nasihat ketua-ketua Inggeris mereka dan pemimpin Inggeris di Kaherah. Duta Inggeris telah berkata kepada Timabalan Pengarah Pejabat Pendakwaan selepas membaca hasil siasatan tersebut: Dengan laporan penyiasatan ini, kamu telah membuka satu peluang besar untuk al-Banna tanpa kamu sedari… Lelaki ini akan mampu mentertawakan kamu. Kitab telah pun disebarkan dan telah berada di tanagan orang ramai pada setiap tempat. Apa yang kamu lakukan tidak akan bernilai apa-apa berbanding apa yang telah diedarkan. Cita-cita lelaki ini ialah tampil ke muka pengadilan untuk dijadikan pentas mempertahan dirinya di dalam isu politik ini sebagai satu jalan untuk menyebarkan idea-ideanya, mencaci kita dan mengaibkan kita. Ia akan menyampaikan isi buku tersebut kepada pendengaran mereka yang tidak sampai maklumat tentangnya melalui akhbar-akhbar yang akan bersaing menyiarkan apa yang dikatakannya tentang isu tersebut sepertimana kebiasaaan akhbar dalam isu-isu politik…Laporan penyiasatan ini hendaklah disimpan dan Hasan Al-Banna hendaklah dibebaskan sekarang.
Lihatlah tekad dan wawasan al-Banna dalam mempertahankan isu tentang Palestin. Bersungguh-sungguhnya beliau kerana beliau memahami dan merasakan ikatan akidah antara dirinya dengan saudara-saudara seakidah di Palestin. Lantaran itu, beliau berusaha memberi kesedaran tentang kepentingan membebaskan Bumi Aqsa itu melalui pelbagai wasilah. Keikhlasan dan ketulusan hati Al-Banna terhadap hal ini sebenarnya dipandu oleh iman yang benar. Imanlah yang melahirkan ukhuwah dan rasa kecintaan terhadap saudara seakidah. Marilah bersama kita memuhasabah diri kita kembali. Selama berada di bumi aman ini, pernahkah kita berfikir untuk nasib saudara kita di sana? Kalau dah berfikir, setakat mana usaha semampu mungkin yang telah kita lakukan untuk menyumbangkan bantuan melalui apa cara sekalipun.? Ingatlah, langit tidak selalunya indah, malam tak selalu cerah…..Kadang-kadang malam suram tak berbintang…
Ayuh saudaraku sekalian, letakkan dihati anda bumi Palestin tercinta!
http://sahabatpalestin.blogspot.com/
Posted by
Karisma USM
at
11:14 PM
0
comments
Labels: semasa
Saturday, January 17, 2009
Thursday, January 8, 2009
BAGI YANG NAK JOIN DEMO PALESTIN TAPI KECUT PERUT ^_^
KUALA LUMPUR 8 Jan. - Pelajar universiti di negara ini dibenar menyertai mana-mana demontrasi membantah tindakan kejam Israel menyerang Palestin manakala pihak universiti pula boleh menganjurkan demontrasi bantahan itu, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Katanya kementerian tidak mempunyai sebarang halangan kepada pelajar dan universiti untuk membuat bantahan seperti itu berikutan pindaan terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang diluluskan Parlimen bulan lepas, yang membenarkan pelajar bersekutu dengan atau menjadi anggota sesuatu pertubuhan, persatuan atau organisasi sama ada dalam atau luar negara. "Pindaan kepada AUKU membenarkan pelajar untuk bergiat dalam aktiviti-aktiviti sebegini rupa, maka tidak ada halangan untuk mereka menyatakan sikap dan pendirian menyertai usaha yang dilakukan. "Saya percaya dengan kematangan pelajar dan mereka boleh menggunakan kebijaksanaan sendiri (untuk menentukan pendirian mereka)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program 'Malaysia Future Leadership' anjuran CIMB Group and The Wall Street Journal Asia di Universiti Malaya di sini hari ini. - BERNAMA p/s: dont fear to fight for justice..Mahasiswa dibenar sertai demonstrasi kutuk Israel
Posted by
Karisma USM
at
8:10 AM
0
comments
Labels: isu
JOM PAKAT TURUN RAMAI2 !!!

Posted by
Karisma USM
at
8:01 AM
0
comments
Labels: info
Thursday, January 1, 2009
Undangan bagi menghadiri TAMRIN MUROBBI 02 2009 (TAMU 0209) Tarikh: 2 hingga 4 Januari 2009M Bersamaan 5 hingga 7 Muharram 1430H Hari: Jumaat hingga Ahad Yuran: RM 15 sahaja Tempat: Sek. Tahfiz al-Islah (STAIL), Kampung Tok Bedu, Tasek Gelugor, Pulau Pinang Anjuran: JIM IPT Pulau Pinang dengan kerjasama KARISMA Pulau Pinang ‘MUROBBI MUMTAZ, USRAH MUNTIJAH!’ OBJEKTIF TAMU 0209 1. Membekalkan para nuqaba’ KARISMA, pengisian dan panduan untuk menggerakkan usrah dengan berkesan dalam melahirkan usrah muntijah di Pulau Pinang. 2. Meningkatkan tarbiyah dzatiyah dalam diri para nuqaba’ di Pulau Pinang. 3. Mengeratkan ukhuwwah sesama nuqaba’ KARISMA di Pulau Pinang. ATURCARA TAMU 0209 Jadual Waktu Solat Bagi Negeri Pulau Pinang TARIKH HARI SUBUH SYURU’ ZUHUR ‘ASAR MAGHRIB ‘ISYAK 02-04/01/2009 Jumaat - Ahad 6:05 7:27 13:24 16:45 19:17 20:32 Hari 1 (Jumaat, 2 Januari 2009) 1700 Berkumpul Sesi taklimat Explorace @ TAMU 0209 1900 Ketibaan peserta 1920 Solat Maghrib 1940 Pendaftaran dan tasmi’ Cek in 2035 Solat ‘Isyak 2045 Makan malam 2115 Perasmian pembukaan Taklimat 2200 Pembahagian kumpulan Ice breaking 2230 Pembentangan Modul PIOJ baru 2300 Kudapan 2315 Gelombang alfa Hari 3 (Ahad, 4 Januari 2009) 0500 Qiyamullail jama’ie 0555 Solat Subuh & Ma’thurat 0615 Kuliah Subuh: Seerah Mujaheedah 0700 Riadah 0730 Khidmat diri 0800 Sarapan 0830 Pengisian 4 1030 Rehat & Kudapan 1100 Pengisian 5 1300 Qailulah dan rehat 1330 Solat Zuhur 1345 Makan tengahari 1415 Pengisian 6 1615 Kudapan 1645 Solat ’Asar 1700 Penggulungan dan resolusi 1730 Penutup Wida’ Hari 2 (Sabtu, 3 Januari 2009) 0500 Qiyamullail jama’ie 0555 Solat Subuh & Ma’thurat 0615 Kuliah Subuh: Seerah Mujaheed 0700 Riadah 0730 Khidmat diri 0800 Sarapan 0830 Pengisian 1: Tafsir 1030 Rehat & Kudapan 1100 Pengisian 2 1300 Qailulah dan rehat 1330 Solat Zuhur 1345 Makan tengahari 1415 Pengisian 3 1615 Kudapan 1645 Solat ’Asar 1715 Riadah 1815 Khidmat diri 1900 Makan malam 1920 Solat Maghrib & Ma’thurat 1940 Kuliah Maghrib: Akhlaq 2035 Solat ’Isyak 2045 Bengkel (Risalah Usrah 1) 2200 Sesi Pembentangan 2300 Kudapan 2315 Gelombang alfa 
~ Adila : 013-9925527 ~ Nasyarudin : 013-4721766
~Pengarah TAMU 0209> Ya'akob : 019-6052850 ~Timbalan Pengarah TAMU 0209> Asmaa' : 012-5334759
Posted by
Karisma USM
at
3:53 AM
0
comments
Labels: info
KARISMA MINDEN
Rapatkan Ukhwah
ANDA PELAWAT YANG KE
CIRI-CIRI DAIE
