Sunday, February 22, 2009

KBM Aktivis Edisi IPT

LAPORAN KBM EDISI AKTIVIS IPT

14-15 FEBRUARI 2009

Damai Park Resort, Merbok Kedah

Anjuran KARISMA Pulau Pinang dengan kerjasama JIM Pulau Pinang dan KRJ Motivation


Program Motivasi Bersepadu Keindahan Bersamamu (KBM) Belia merupakan salah satu usaha ke arah pembentukan dan pembangunan jatidiri generasi muda ISLAM kini. Program ini mampu menyedarkan generasi muda akan potensi dan peranan mereka yang besar kepada agama, bangsa, negara dan ummat. KBM menjadi titik-mula yang amat kondusif dan bermakna kepada usaha-usaha untuk memperbaiki diri secara berperingkat dan berterusan.

 

“ Sesungguhnya mereka itu fityah (pemuda-pemuda) yang beriman kepada Tuhan mereka, lalu Kami (Allah) tambahkan kepada mereka petunjuk.”

Surah Al-Kahfi: 13

 

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkannya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan .”            Surah At-Tahrim 66:6

 

Pemimpin pelajar merupakan aset utama kepada negara bagi menerajui tunggak kepimpinan negara. Pemimpin yang diharapkan dalam konteks Islam adalah pemimpin yang mampu memikul amanah selari dengan syariat Islam. Oleh sebab itu, para pemimpin pelajar perlu didedahkan dengan peranan dan tanggungjawab serta memerlukan kemahiran dan semangat motivasi untuk cemerlang dari sudut aqidah, ibadah, akhlak dan ilmu pengetahuan.


 Ini pula adalah Jawatankuasa Pelaksana program KBM ....


Penasihat:

Dr. Rizal Arshad

Dr. Abdul Halim

Pn. Latifah Yusoff

 

Pengarah:

Muhammad Hafiz Kassim

 

Timb. Pengarah:

Nurul Asmaa’ Ismail

 

Setiausaha:

Siti Nur Salwani Alwi

 

Bendahari:

Ummi Nadiah Yusof


Jawatankuasa:

 JK Publisiti & Pendaftaran

Muhd Zaid Hassan@ Abdul Rahman

Mohd Nur Hadi Hamsar

Nor Adila Hassan

Khairul Bariyah Azman

 JK Teknikal & Tempat

Mohd Hafiz Hariri

Ahmad Zhafri Mohd Noor

 JK Logistik & Makanan

Fazlul Huda Makhtar

 JK Pengangkutan

Muhd Zaid Hassan@ Abdul Rahman

Mohd Nur Hadi Hamsar

Nurizma Harliana Juhar

Nur ’Aifaa Abdullah

 

Kehadiran ikhwah seramai 18 orang dan akhawat seramai 38 orang. Jumlah peserta adalah seramai 56 orang. 


Nak tahu apa yang berlaku....belek2la agenda KBM kat bawah nie(",)

 

             I.      Pendaftaran

v      Peserta dikehendaki mendaftarkan diri terlebuh dahulu dan setiap peserta diberikan tag nama setiap seorang.

v      Prgram yang dirancangkan bermula pukul 3 petang terpaksa dimulakan agak lambat kerana majoriti peserta tiba pada pukul 3.30 petang.

v      Peserta dari Penang menghadapi sedikit masalah apabila berlakunya miss communication mengenai solat zohor sama ada boleh di jamak atau tidak memandangkan peserta masih belum menunaikan solat zuhur.

          II.      Majlis Pembukaan

v      Majlis dipengerusikan oleh Akh Fairuz, salah seorang fasilitator KBM Penang sebelum diserahkan kepada Akh Mukhri atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Lang.

v      Pesanan daripada Pak Lang  supaya setiap peserta mempersiapkan diri, mantel, dan seluruh jiwa raga.

       III.      Knowing Me, Knowing You

v      Dikendalikan sepenuhnya oleh Pak Lang bersama fasilitator KBM.

v      Setiap peserta dikehendaki mencari pasangan masing-masing.

v      Peserta di berikan sekeping kertas dan kehendaki memberikan maklumat pasangan seperti nama, kad pengenalan, nama ibu dan nama salah seorang adik pasangan.

v      Seterusnya, peserta dikehendaki membetulkan kembali mana-mana kesalahan dan peserta yang bertuah dikehendaki menyebut kembali maklumat yang diperoleh kepada semua peserta yang hadir.

v      Dalam sesi ke-2, peserta diberi sekeping kertas bertajuk ’Siapa Aku’.

v      Setiap peserta di kehendaki mengisi maklumat yang dikehendaki, dan fasilitator akan mengutip kembali kertas tersebut.

v      Setelah itu, kertas dikumpulkan dan di campur adukkan.

v      Peserta perlu mengambil satu daripada kertas terbabit dan dikehendaki mencari pemilik kertas tersebut.

        IV.      Meniti Angin Malam

v      Di kendalikan oleh Pak Lang

v      Dalam sesi kali ini, peserta diberi pendedahan mengenai detik kematian, dan azab yang akan di hadapi di akhirat kelak.

v      Peserta diberikan sekeping kertas berbentuk hati, dan seketul arang kayu. Kertas berbentuk hati melambangkan hati manusia itu sendiri, manakala warna hitam daripada arang menggambarkan tompok-tompok hitam yang melekat pada hati. Tompok hitam tersebut adalah dosa yang dilakukan oleh setiap insan yang bergelar hamba Allah.

v      Peserta perlu mencorakkan sendiri kertas berbentuk hati menggunakan arang.

v      Usai sahaja sesi ini, 2 orang peserta ikhwah dan 2 orang peserta akhawat dikehendaki meluahkan perasaan mereka sama ada untuk diri sendiri atau orang lain. Dan, kata-kata mereka perlu disertai dengan nasihat kepada diri.

v      Seterusnya, peserta dibawa untuk merasakan bahang kepanasan api neraka.

v      Setiap peserta masing-masing diberikan lilin kecil, dan lilin tersebut perlu diletakkan di atas telapak tangan.

v      Lilin tersebut akan dinyalakan, dan dengan penuh debaran, peserta menunggu detik-detik lilin akan mencair dan akhirnya padam.

v      Slot ini ditangguhkan untuk minum malam sebelum disambung pada pukul 12 tengah malam.

v      Slot di alam barzakh, peserta diberikan sehelai kain hitam untuk menutup mata masing-masing.

v      Peserta kemudiannya diperdengarkan tentang azab kubur dan soalan-soalan yang akan di soal oleh malaikat kelak.

v      Kemudian, azan diperdengarkan dan peserta perlu bergerak ke arah suara azan tersebut.

v      Selepas itu, peserta di pertontonkan dengan situasi di akhirat kelak di mana manusia bersoal jawab dengan Allah, mata, mulut, kaki dan anggota badan lain menjadi saksi kepada setiap perkara yang dilakukan.

v      Setelah itu, setiap peserta dalam kumpulan seramai 5 orang perlu meluahkan perasaan, bermula dengan ayat..”aku belum bersedia untuk menghadapi kematian kerana...”

           V.      Riben Kehidupan

v      Usai solat subuh berjemaah, setiap peserta di kehendaki berbaris mengikut umur dari muda sampai yang paling tua.

v      Pak lang bersama fasilitator kemudiannya memberikan setiap peserta riben, yang dipotong mengikut umur dan riben selebihnya disimpan ke dalam plastik yang dibekalkan.

v      Riben yang dipotong menandakan umur yang telahpun berlalu dan masa tersebut tidak akan dapat dikembalikan lagi.

v      Manakala riben yang masih berbaki dalam plastik merupakan jumlah umur atau masa yang masih tinggal (pengukur bagi umur ini ialah umur Rasulullah)

        VI.      Jawatanku

v      Slot ini juga merupakan kendalian sepenuhnya oleh Pak Lang.

v      Dalam slot kali ini, pserta diberikan sekeping kertas dan menyenaraikan ke semua jawatan yang dipikul sekurang-kurangnya 15 jawatan.

v      Setelah menyenaraikan jawatan, peserta diberikan sekeping kertas yang bertajuk ’Jawatanku’ dan daripada jawatan-jawatan yang telah disenaraikan sebelum itu, peserta perlu memilih 12 jawatan yang terbaik dan boleh dilaksanakan dengan baik.

v      Kemudian, kertas tersebut dimasukkan ke dalam plastik dan dikembalikan kepada fasilitator.

     VII.      Nikmat Oh Nikmat

v      Slot ini di mulakan selepas khidmat diri iaitu pada pukul 9.15 pagi

v      Dalam sesi ini, peserta di minta untuk sama-sama menyelami kesusahan dan keperitan hidup yang di alami oleh orang kurang upaya (OKU).

v      Sekali lagi dalam berpasangan, setiap peserta diberikan sebiji gula-gula. Peserta perlu membuka pembalut gula-gula tersebut dengan hanya menggunakan 4 jari kiri (tangan kanan dan ibu jari kiri di sorokkan)

v      Terdapat beberapa individu yang berjaya, dan seterusnya peserta yang tidak berjaya diberi kelonggaran menggunakan kelima-lima jari kiri tanpa bantuan daripada tangan kanan. Setelah misi berjaya, peserta perlu menyuapkan gula-gula tersebut ke dalam mulut pasangan masing-masing.

v      Seterusnya, setiap pesera dibekalkan dengan sebiji kurma dan sedikit air zam-zam untuk disuapkan kepada pasangan.

v      Kurma yang dibekalkan perlu dibuang biji terlebih dahulu manakala air zam-zam perlu dibacakan doa untuk sahabat sebelum diminum oleh sahabat/pasangan masing-masing.

v      Kemudian, setiap peserta dibekalkan kain hitam dan selotip untuk menutup mulut dan pin.

v      Pin tersebut perlu disematkan ditempat yang paling mudah di cam atau diingati oleh pasangan masing-masing.

v      Peserta kemudiannya dipisahkan daripada pasangan dan peserta perlu mencari pin pasangan masing-masing  dengan mata yang tertutup dan mulut yang terkunci.

v      Setelah masing-masing mendapatkan pasangan mereka, peserta perlu mencari dan berkumpul mengikut kumpulan yang telah dibentuk ketika sesi luahan dalam ’meniti angin malam’.

v      Sesi muhasabah daripada peserta.

  VIII.      INTEAM

v      Dalam pasangan, seorang peserta akan menghadap slide untuk melihat paparan di skrin, manakala pasangannya akan meneka perkataan atau kata-kata di skrin tersebut dengan bantuan daripada sahabatnya yang dapat melihat.

v      Tanpa menggunakan mulut, peserta perlu meneka dan sesiapa yang berjaya meneka perlu berdiri dan diperdengarkan kepada fasilitator.

v      Setiap peserta diberi peluang sebanyak 2 kali untuk menjadi yang celik dan juga yang buta.

v      Kemudian, dengan pasangan yang lain, setiap peserta perlu menyelami masalah, saling bermaafan, dan mendoakan sahabat

        IX.      Aku dan jamaah

v      Peserta dibekalkan dengan dua keping kertas berkaitan jamaah dan tarbiyyah

v      Dalam kertas pertama, peserta perlu mengisi perkara-perkara yang boleh dipertingkatkan, contohnya perkara yang boleh dilakukan untuk meningkatkan hubungan dengan Allah, Rasulullah dan sebagainya

v      Seterusnya dalam helaian kertas kedua, peserta perlu meyatakan perkara yang perlu diperbaiki sebagai seorang ahli usrah, naqibah dan sebagainya.

           X.      Lafaz Yang Tersimpan

v      Slot ini merupakan slot yang dikhususkan utuk peserta melafazkan apa yang terpendam dan harapan kepada ibu bapa

v      Peserta dibekalkan dengan sekeping kad, sampul surat untuk menulis dan meluahkan perasaan kepada ibu bapa

v      Surat tersebut kemudiannya akan dipos mengikut alamat yang tertulis di sampul surat. 


Nak tau tak apa maklum balas dari beberapa peserta...huhu(sket2 je)

alhamdulillah semua ok

Unik

Padat & berisi

Banyakkan skop & jgn limitkan

Latih speaker baru utk menggantikan Pak Lang 

Kesedaran bersahaja namun terkesan di hati

Suara malaikat camtu eh.....?? He...he..

Penyusunan yg baik & fleksibel

Komuniksi 2 hala

Sound system yg baik

overall….

-> Semua ALHAMDULILLAH… BAIK, BEST, HALAL % JATUH KE HATI…

***************************************************************************************************************************************

  1. Alhamdulillah diberi peluang utk sertai KBM Aktivis nie… awal-awal rase malas je nak dtg sbb bile ingat KBM, dok bayang nanti asyik nangis-nangis jer… tp after this KBM, rasa sgt best. Raser lebih manis ukhuwwah dgn sahabat-sahabat, rase lebih semangat nak buat kerja-kerja dakwah. Rase byk y perlu diperbaiki spy diri x mudah hanyut.
  1. meniti angin malam memang menginsafkan. Baru terfikir bahawa sebenarnya diri ini x bersedia lagi utk mati, x bersedia lagi menghadapi hari akhirat, banyak sangat dosa, rasa kotornya sangat hati ini. Banyak yang kena buat lepas ini. Kena mintak ampun kat mak ayah, kat kawan-kawan dan mereka –mereka di luar sana. Kena banyakkan solat malam untuk kuat.
  1. doakan saya kuat utk terus dlm dakwah ini.


P/S: Ada sape2 yg ada gambar program nie x?tlg send dkt email klu dapat, xpun anta pd ameer/ah Minden ^_^, boleh kan???

Tamrin Murobbi 02 2009





Cuba teka gambar apakah ini? Kalau nak tau bacalah sendiri ^_^ Jazakallah hu khairon khoteero pd Akh Bai n zaujah, Kak Soddiqo sbb tlg ambik gambar nie...



 TAMRIN MUROBBI 02 2009 (TAMU 0209)

2-4 JANUARI 2009

Sekolah Tahfiz Al-Islah (STAIL)

Anjuran JIM IPT dengan kerjasama KARISMA PULAU PINANG

 

                    Tamrin Murobbi yang julung kali diadakan pada tahun lalu, diteruskan lagi pada tahun ini bagi meningkatkan usaha yang tidak berbelah bagi kepada pemerkasaan tarbiyyah di kalangan ahli KARISMA Pulau Pinang khususnya pasa murobbi/nuqaba’. Antara objektif TAMU 0209 ini ialah untuk membekalkan para nuqaba’ KARISMA, pengisian dan panduan untuk menggerakkan usrah dengan berkesan dalam melahirkan usrah muntijah di Pulau Pinang. Selain itu, ia bertujuan untuk meningkatkan tarbiyah dzatiyah dalam diri para nuqaba’ di Pulau Pinang serta mengeratkan ukhuwwah sesama nuqaba’ KARISMA di Pulau Pinang. Kehadiran ke program kali ini ialah ikhwah seramai 17 orang manakala akhawat seramai 26 orang. 

Dan ini adalah agenda-agenda dan ilmu yang kami kutip sepanjang TAMU 0209 bagi melahirkan murobbi mumtaz, dan seterusnya menghasilkan usrah muntijah ^_^

             I.      Taklimat awal TAMU 0209

v      Disampaikan oleh Timbalan Pengarah TAMU 0209; Nurul Asmaa’ Ismail usai tamat Muktamar KARISMA Pulau Pinang di Kompleks JIM Pulau Pinang.

          II.      Explorace @ TAMU 0209

v      Setiap peserta akan diberikan taklimat oleh setiap Ameer atau PIC di lokaliti masing-masing sebelum bertolak ke STAIL.

v      Peserta ikhwah berkonvoi secara beramai-ramai menggunakan motosikal manakala akhawat menggunakan pengangkutan awam (bas dan feri)

v      3 amanah yang perlu dilaksanakan:-

- Mengedarkan sekurang-kurangnya 1 risalah dakwah yang dibekalkan sepanjang berada dalam perjalanan menuju ke tempat program

- Peserta perlu mengeluarkan infaq kepada diri sendiri untuk kos pengangkutan ke tempat program

- sepanjang perjalanan, peserta perlu menghafaz surah At-Taubah ayat 71 dan pendaftaran hanya dikira sah serta diizikan cek in apabila lulus tasmi' ayat berkenaan apabila sampai di STAIL

v      Peserta yang selamat sampai ke meja pendaftaran dikehendaki membacakan ayat At-Taubah:71 dengan terjemahan dihadapan JK pendaftaran.

       III.      Majlis Perasmian

v      Dirasmikan oleh Dr. Rizal Bin Mohd Arshad, pensyarah di kampus kejuruteraan Nibong Tebal merangkap JIM IPT Pulau Pinang.

v      Beliau menyentuh tentang 4 keperluan tarbiah; diri sendiri, mas’ul, sistem dan suasana membina.

v      Juga turut menyentuh tentang perjuangan mengubah pemuda, dan hanya pemuda yang mampu utk mengubah pemuda

v      Al-Imran:110

        IV.      Ice-Breaking & Task

v      Ikhwah akhawat diasingkan untuk slot ini.

v      Setiap peserta diberikan sekeping kertas bertulis dan tanpa menggunakan suara, peserta dikehendaki mencari ahli kumpulan berdasarkan kertas yang diberikan. Terdapat 3 kumpulan; ayam, angsa dan burung.

v      Seterusnya, peserta (dalam kumpulan) dikehendaki membuat persembahan yang berkaitan dengan Tarbiyyah.

           V.      Kuliah Subuh- Seerah Mujaheed

v      Oleh Muhammad Nurhadi Hamsar (Ameer K-USM Minden)

v      Bercerita mengenai Muhammad Al-Fateh.

        VI.      Pengisian 1

v      Oleh Ust. Budiyanto Unggun (Mu’allim STAIL)

v      Tajuk: Dakwah; Amal Syurga yang berkisarkan tentang da’ie dan dakwah

v      Ciri-ciri daie yang dimuliakan Allah.

v      Da’ie perlu melakukan DAKWAH (Fursilat:33)

v      Ahmad ar-Rahman bekata, ”Sesebuah gerakan tidak akan menang sekiranya ada anasir-anasir buruk dalam individu dalam gerakan terbabit.”

     VII.      Pengisian 2

v      Oleh Ust. Zainal Ariffin

v      Memberikan perkongsian dan mengupas sedikit sebanyak tentang Tafsir seperti surah At-Toriq berdasarkan Tafsir Al-Wadih.

v      Sejauh mana keberkesanan penyampaian Al-Qur’an dalam hati-hati manusia untuk menjadi insan Rabbaniyyah.

  VIII.      Pengisian 3

v      Oleh Ust. Zainal Ariffin

v      Perbincangan berkisarkan Tauhid dan akidah  berdasarkan buku Tauhid Az-Zindani

 

        IX.      Tazkirah Maghrib

v      Oleh Muhammad Hafiz Kassim (TPSM KNL/mantan ameer K-PP)

v      Penyampaian berkaitan akhlak seorang murrobi

           X.      Bengkel (Risalah Usrah 1)

v      Peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan dan setiap kumpulan dikehendaki membincangkan 2 bab dalam Risalah Usrah 1 memandangkan dalam Risalah Usrah 1 terdapat 8 bab yang perlu di kupas. Perbincangan berlangsung selama 1 jam.

v      Setelah selesai perbincangan kumpulan, setiap kumpulan perlu mempersembahkan hasil perbincangan masing-masing.

        XI.      Kuliah Subuh (Seerah Mujaheedah)

v      Oleh Khairul Bariyah Azman

v      Berkisahkan contoh-contoh mujaheedah yang menjadi sayap kiri perjuangan Islam seperti Aisyah, Sumayyah, Asma’, Khadijah dsb.

     XII.      Pengisian 4

v      Oleh Ust. Muhaimin

v      Pengisian berkaitan model Murobbi, dan rukun-rukun liqo’ at-tarbawiyy

v      Model Murobbi terbahagi kepada 5 bahagian model dan model 1 merupakan model yang tidak sesuai untuk bergelar seorang Murrobi dan model 5 adalah sebaliknya; Murobbi yang sentiasa bersemangat dan mencari idea-idea baru dalam liqo’.

  XIII.      Pengisian 5

v      Oleh Ust. Muhaimin

v      Membicarakan soal kelemahan dan kekuatan ukhuwwah serta rawatan penyakit ukhuwwah tersebut.

    XIV.      Pengisian 6

v      Dr. Abdul Halim

v      Tajuk: Unsur-unsur dalam tanzim dan Adab-adab Syura yang membincangkan soal kepimpinan dan kepentingan syura dalam setiap jamaah

       XV.      Slot Penggulungan dan Resolusi

v      Dikendalikan oleh Timbalan Pengarah TAMU 0209; Nurul Asmaa’ Ismail

v      Terdapat 5 resolusi yang dipersetujui pada penghujung TAMU 0209:-

-    Setiap peserta TAMU 0209 hendaklah membawa usrah sekurang-kurangnya 1 usrah pada akhir semester ini (Jun 09)

-    Hadir usrah dan membawa usrah setiap minggu sekurang-kurangnya 10x setiap semester.

-    Sedaya upaya menghadiri program (dengan undangan) yang dianjurkan terutama program tarbiyyah.

-    Melaksanakan mutaba’ah amal (solat jamaah, qiyam, siyam, riadhah, rawatib, ma’thurat, tilawah, bacaan buku fikrah, syiar dan lain-lain mengikut kemampuan)

-    Menggiatkan usaha dakwah Fardiyyah kearah 1 daie: 1 mad’u menjelang akhir semester ini.

v      Daripada jumlah peserta yang hadir, nuqaba’ ikhwah seramai 5 orang, co-nuqaba’ seramai 2 orang manakala nuqaba’ akhawat seramai 11 orang dan co-nuqaba’ berjumlah hanya 1 orang. Lain-lain, adalah ahli yang berpotensi menjadi co-nuqaba’.


Tamrin Murobbi 02 2009 ini dianggap berjaya kerana kebanyakan slot berlangsung dengan lancar. Diharapkan tamrin ini dapat memberikan manfaat untuk semua peserta. Diharapkan setiap peserta program dapat memberikan komitmen sepenuhnya terhadap resolusi yang telah diperoleh. Semoga FIDAK 2015 mampu dicapai dengan kelahiran lebih ramai Murobbi Mumtaz yang menghasilkan Usrah Muntijah!


P/S: gambar2 yg lain xdapat di kesan..sape2 yg ada bolehla kongsikan ye('',) maaf, program nie dh lame tp ats kekangan lain yg xdapt di elakkan, terpause la plak..huhu

Al-Quran Sumber Hiburan Daie

Wahyu Al-Quran adalah kalam Allah yang diturunkan kepada Rasulullah saw. Kalam al-Quran adalah kalam yang lembut menyentuh sanubari, keras meragut kesedaran dan mantap memberi panduan dan galakan semangat. Rasulullah mendapat bimbingan terus daripada Allah swt. Sepanjang perjalanan dakwah baginda, hanya satu sumber ketenangan yang sentiasa bertiup ke dalam hati baginda. Itulah bimbingan motivasi dari Pengutus Rasul-rasul ke muka bumi, Allah Azza wa Jalla.

Lupakah kita tadabburi surah yang seringkali kita lafazkan diwaktu solat fardhu? Seakan-akan kita lupa pada lembutnya sapaan Tuhan pada rasulNya ketika turunya wahyu ini.

Demi waktu Dhuha. dan demi malam apabila telah sunyi (gelap),Tuhanmu tiada meninggalkan kamu dan tiada (pula) benci kepadamu. Dan Sesungguhnya hari kemudian itu lebih baik bagimu daripada yang sekarang (permulaan).Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan karunia-Nya kepadamu , lalu (hati) kamu menjadi puas. Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungimu? Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung, lalu Dia memberikan petunjuk. Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberikan kecukupan. Sebab itu, terhadap anak yatim janganlah kamu Berlaku sewenang-wenang. Dan terhadap orang yang minta-minta, janganlah kamu menghardiknya. Dan terhadap nikmat Tuhanmu, Maka hendaklah kamu siarkan. (ad-Dhuha)

 

Maha Tinggi Allah yang sentiasa memberikan ketenangan kepada baginda saw dalam kehidupannya. Akan tetapi bagi kita yang menyahut seruan dakwah dan menggelari diri sendiri dengan gelaran daie, apakah wahyu Allah ini menjadi sumber ketenangan kita. Adakah sumber lain yang menjadi mainan halwa telinga kita untuk menghiburkan jiwa rona dan lampias perasaan?

 

Alangkah ajaib, apabila mereka yang mengakui mengikuti dakwah Islamiah, mengutamakan hiburan duniawi lebih dari kalam Allah yang agung. Bukan sedikit hiburan dan irama nasyid yang berkumandang di corong computer yang mengalunkan lagu yang tidak jelas mesejnya, hanya sahaja ia digelari nasyid. Ungkapan ini adalah nasyid seolah-olah alasan tangkap-muat untuk justifikasi hiburan yang tidak melihat pada mesejnya, tapi sejauh mana munshidin mengalunkan suara pada vocal-vokal tertentu, sehebat mana paduan harmoni latar dan sebagainya.

 

Bukanlah Islam itu datang untuk mengharamkan perkara yang halal, cumanya mereka yang inginkan ketinggian di mata Allah swt pasti menghadkan perkara-perkara harus yang boleh menjerumuskan kepada kelalaian. Tidak terfikirkan kita pada kata-kata;

 

“Sesiapa yang inginkan darjat tertinggi di syurga, dia hendaklah berada di darjat yang tinggi dalam kehidupan dunia” (al-Muntalaq)

 

Lupakah kita pada al-Quran, kalam Allah yang sentiasa dijaga tahun demi tahun? Yang mana pencipta liriknya tidak pernah futur, susunan bahasanya indah mengkagumkan hatta mereka yang tidak memahaminya? Ingatkan kita pada hadith dari al-Mustafa tentang kalamullah ini;

 

“Bacalah Quran dan menangislah. Jika kalian tidak boleh menangis, maka usahakanlah untuk menangis” (dr Saad ibn Waqqash , hadith dalam al-Lulu wal Marjan).


Khusu’ ketika membaca al-Quran adalah cita-cita bagi setiap daie. Memang sukar untuk melaksanakannya, akan tetapi pengalaman berdakwahlah resepi utama kejayaan untuk khusu’ dalam sembahyang dan juga dalam mentadabburi al-Quran. Al-Quran ini jika diturunkan pada makhluk Allah yang lain, pasti akan leburlah ia kerana khusu’ dan takut pada Allah. Wahai daie serata dunia, renungkanlah ayat surah al-Hasyr ini! Jadilah gunung-gunung itu, kuat dan pasak pada bumi, tapi ,lebur tika takut pada PenciptaNya! Alangkah indah menjadi gunung!

 

Lihatlah pada ahli kitab yang beriman ketika mana mereka menghayati al-Quran;

 

83. dan apabila mereka mendengarkan apa yang diturunkan kepada Rasul (Muhammad), kamu Lihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan kebenaran (Al Quran) yang telah mereka ketahui (dari Kitab-Kitab mereka sendiri); seraya berkata: “Ya Tuhan Kami, Kami telah beriman, Maka catatlah Kami bersama orang-orang yang menjadi saksi (atas kebenaran Al Quran dan kenabian Muhammad s.a.w.).

 

84. mengapa Kami tidak akan beriman kepada Allah dan kepada kebenaran yang datang kepada Kami, Padahal Kami sangat ingin agar Tuhan Kami memasukkan Kami ke dalam golongan orang-orang yang saleh ?”.

 

Al-Imam al-Ghazali berkata; Cara memaksakan diri untuk menangis ialah menghadirkan kesedihan ke dalam hati, kerana dari kesedihan inilah akan munculnya tangis. Rasulullah saw bersabda;

 

“Sesungguhnya al-Quran itu turun dengan kesedihan. Jika kalian membacanya, maka paksakanlah untuk bersedih” (dr Abu Nuaim).

 

Adakah lagi sebarang keraguan untuk menjadikan al-Quran sebagai peneman kita di mana sahaja kita berada? Adakah ada hiburan lain yang lebih hebat dari hiburan yang diturunkan untuk menenteramkan manusia dari Allah swt. Apakah ada yang bergelar daie masih berasa bosan mendengar bacaan al-Quran dan menyukai hiburan-hiburan lain sedang mereka berbaiah “al-Quran itu penunjuk kami”.  Apakah masih ada yang mahu beralasan “kami tidak faham bahasa arab lantas ia tidak meresap dalam jiwa kami, dan kami lebih suka hiburan yang lain”. Maka oleh itu usahalah untuk mendengar ayat-ayatNya selalu. Latihlah setiap ketika, untuk selalu mendengar ayat-ayatNya. Bagaimana kita harapkan mampu khusu’ mendengarkan al-Quran apabila yang tercurah di telinga saban ketika hanyalah lagu-lagu lain. Mana mungkin mampu penghayatan jika hati-hati kita dibuai hiburan-hiburan lain?

 

Al-Quran adalah sumber asli untuk para daie. Biasakanlah hidup bersama al-Quran, nescaya jika anda hidup bersamanya, nikmat manisnya tidak terucap biar dengan ribuan kata-kata dan metafora.

 

Wallahu ‘alam.

 

Rujukan : al Quran al Karim, Bagaimana Berinteraksi dengan Al-Quran (Dr Yusuf al-Qaradawi)

Jihad

Syeikhul islam ibnu taimiyyah merupakan antara tokoh ulama yang besar 
dalam sejarah islam.Beliau hidup pada zaman akhir bani abbasiah di 
mana pada waktu itu berlaku perperangan yang dasyat antara kerajaan 
mamluk di mesir dengan orang-orang monggol yang diketuai oleh genghiz 
khan.Oleh sebab inilah mengapa kebanyakan fatwa dan pemikiran beliau 
banyak dipengaruhi oleh konsep jihad dan minhaj Al-quran dan sunnah 
kerana pada waktu tersebut telah berlaku terlampau bayak kemungkaran 
dan kerosakan ke atas umat islam.

Konsep jihad yang dibawa oleh ibnu taimiyyah jika kita selusuri 
adalah amat sesuai digunakan pada zaman ini.Menurut Ibnu Taimiyyah 
definasi jihad ialah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk 
menghasilkan sesuatu yang diredhai oleh Allah dari keimanan,amal 
salih dan menolak sesuatu yang dimurkai oleh Allah dari 
kekufuran,kefasikan dan kederhakaan.

Mari kita berfikir sejenak,adakah konsep jihad ini benar-benar 
difahami oleh kita semua?jika kita memahaminya dengan bersungguh-
sungguh mak kita akan dapati bahawa jihad itu dalah mencari redha 
Allah di muka bumi ini.Hakikatt sebenar kehidupan seorang muslim 
ialah mencari redha Allah.Oleh itu adalah wajib bagi seseorang 
muslaim itu berjihad pada jalan Allah

Para orientalis barat telah memutar belit konsep jihad sehinnga ramai 
umat islam pada zaman ini telah hilang semangat jihad dalam diri 
mereka.Mereka mengatakan bahawa jihad itu adalah berperang dan 
menganjurkan keganasan.Tujuan mereka melakukan perkara demikian 
adalah untuk mengalahkan umat islam kerana mereka sedar bahawa jika 
semangat jihad subur dalam diri umat islam maka memreka tidak akan 
dapat mengalahkan umat islam.Mereka juga menabur fitnah yang dasyat 
kepada Ibnu Taimiyyah kerana jika umat islam berpegang dengan apa 
yang dibawa oleh beliau,nescaya umat islam akan bangkit semula 
sebagai umat yang terhormat.

Ketahuilah bahawa jihad itu adalah sebahagian daripada diri kita umat 
islam.Kita jangan sesekali terpengaruh dengan para orientalis yang 
sentiasa mencari peluang untuk merosakkan umat islam.Umat islam tidak 
sepatutnya terus leka dengan mimpi-mimpi indah yang ditaburkan oleh 
mereka.Suburkanlah semula semangat jihad dalam diri kita.Renungkanlah 
kembali tujuan Allah menjadikan diri kita adalah sebagai hambaNya di 
muka bumi ini.Kita selaku hambaNya mesti sedar bahawa apa yang paling 
kita perlukan dalam dunia ini bukanlah harta yang banyak atau 
kesenangan yang melimpah ruah tetapi apa yang kita perlukan adalah 
keredhaan daripadaNya. Itulah jihad yang sebenar-benarnya. itulah 
matlamat hidup kita

Ahmad Nadhir bin Yob

Wednesday, February 18, 2009

Palestin Tanah airku

Dalam muktamar kelima Ikhwanul Muslimin, As-Syahid Imam Hasan Al-Banna telah mengisytiharkan bahawa tanah air Islam tidak terpisah dan segala usaha pencerobohan terhadap salah satu bahagian darinya bererti pencerobohan terhadap keseluruhannya. Lantaran itu, tidak dapat tidak umat Islam mesti berusaha untuk membebaskan negara yang telah dicerobohi. Menyentuh isu Palestin yang hangat diperkatakan di seluruh dunia, maka marilah kita bersama merasakan tanggungjawab kita terhadap saudara seakidah kita di bumi Palestin sana. Saban hari dibedil dan diancam oleh Zionis. Bukan mereka minta untuk lahir dalam suasana yang sedemikian, namun inilah ujian untuk melihat kesatuan dan ukhwah ummat Islam seluruh dunia. Dengan penuh kerendahan hati, cuba kita tanya pada diri kita, benarkah kita ni muslim dan mukmin sejati? Pernah tak wujud walau secebis rasa dalam hati kita untuk membantu saudara-saudara kita di bumi Anbiya’ ini.

Sewajibnya umat Islam seluruh dunia bersatu padu dan berganding bahu dengan segala kekuatan yang dimiliki untuk merampas semula tanah yang diduduki oleh rejim Yahudi itu secara haram. As-Syahid Imam Hasan Al-Banna telah berkata: ”Kita memperingatkan delegasi-delegasi Islam tentang tipu muslihat Inggeris, kewajipan mengembalikan hak-hak orang Arab secara keseluruhannya dan selepas itu kita akan memperhitungkan dengan pihak Inggeris di dalam negara-negara Islam yang telah dijajahnya dengan zalim. Apa yang diwajibkan oleh Islam ke atas para penduduknya serta kita ialah bersama-sama berusaha membebaskannya.”

Al-Banna pernah menyebarkan sebuah buku bertajuk “al-Nar wa al-dimar fi falastin (Api dan Kemusnahan di Palestin)”. Buku ini mempersembahkan gambaran-gambaran dan dokumen-dokumen jenayah yang dilakukan oleh British terhadap rakyat Palestin yang terbuang. Antara gambaran tersebut ialah pencerobohan Inggeris terhadap rumah-rumah dan beliau menggambarkan mereka mengoyak mashaf al-Quran al-Karim serta memijak-mijak dengan kaki mereka. Beliau menggambarkan kepada mereka hampir lima puluh gambaran jenayah dan penyiksaan. Ini ketika zaman al-Banna. Tapi sudah hampir berpuluh tahun sejak zaman itu, Palestin sekarang tetap dijajah, tapi oleh rejim yang lebih ganas, tiada perikemanusiaan, dan penuh tipudaya.

Lihatlah…

Rakyat Palestin yang ditahan sebagai tawanan hari ini diseksa dengan cara yang lebih kejam dan mengaibkan. Bukan setakat lima puluh jenis seksaan, bahkan beribu seksaan yang dilancarkan oleh Zionis yang menduduki tanah Palestin terhadap rakyat Palestin. Yang terbaru ini, Palestin terus dibedil tanpa rasa belas dan kasihan. Inilah peristiwa yang mengundang kemarahan umat Islam dunia. Namun, begitulah… Negara-negara jiran yang dahulunya pernah bersatu di bawah satu khilafah kini setelah berpecah, buat tak tahu je dengan jirannya yang dah lama hidup terseksa dan tertindas. Sekian lama, pemimpin negara-negara Arab terus bersekongkol dengan jahiliyah tanpa disedari akidah mereka sebenarnya telah lama diracun sehingga turut menghilangkan belas terhadap saudara seakidah bahkan negara jiran pula tu.

Kembali kepada kisah Al-Banna menyebarkan buku tentang Palestin. Pihak Inggeris telah menjadi marah terhadap Mesir dan mereka memberi amaran kepada kerajaan Mesir supaya menahan penyebaran buku ini serta menahan mereka yang bertanggungjawab menyebarkannya. Akhirnya ibu pejabat Ikhwanul Muslimin dibanjiri oleh polis Mesir dan mereka menjumpai sebanyak lima puluh buku tersebut. Inilah dia, pentadbiran dan pemerintahan sebuah negara Islam berada di bawah jari telunjuk kaum kuffar. Orang Islam sendiri menerima arahan dari jahiliyah untuk menghancurkan gerakan Islam yang murni.

Pegawai polis telah bertanya siapakah pemilik buku tersebut. Imam Hasan Al-Banna telah tampil dan berkata: “Akulah pemiliknya.”

Pegawai polis tersebut meminta Imam Hasan Al-Banna mengikutnya ke Pejabat Pendakwaan. Seterusnya berlakulah soal jawab bersama Al-Banna seperti berikut:

Wakil Pejabat Pendakwaan: “Adakah kamu pemilik buku ini?”

Al-Banna: “Akulah pemiliknya.”

Wakil Pejabat Pendakwaan: “Adakah kamu tidak mengetahui buku ini telah menyerang pelbagai kuasa dan membangkit perasaan marah rakyat terhadap negara jiran dan sekutu di dalam perjanjian?”

Al-Banna: “Aku mengetahui perkara itu. Aku memang bermaksud menentang kuasa-kuasa tersebut dan negara sekutu ini.”

Wakil Pejabat Pendakwaan: “Adakah kamu tidak tahu bahawa undang-undang akan mengenakan hukuman terhadap jenayah ini?”

Al-Banna : “ Ketahuilah, aku tidak akan menghalang jika aku dihadapkan ke mahkamah kerana aku mengakui jenayah ini dan bertekad melakukannya.”

Wakil Pejabat Pendakwaan pun selesai menjalankan penyiasatan tersebut lalu kes diserahkan kepada Timbalan Pengarah Pejabat Pendakwaan untuk mengadilinya. Al-Banna amat menyukai pengadilan kerana ia akan memberi peluang kepada beliau berhadapan dengan kehakiman dan media massa untuk disebarkan pendirian dan idea beliau. Ini dapat dikesan oleh agen-agen Inggeris berdasarkan nasihat ketua-ketua Inggeris mereka dan pemimpin Inggeris di Kaherah. Duta Inggeris telah berkata kepada Timabalan Pengarah Pejabat Pendakwaan selepas membaca hasil siasatan tersebut: Dengan laporan penyiasatan ini, kamu telah membuka satu peluang besar untuk al-Banna tanpa kamu sedari… Lelaki ini akan mampu mentertawakan kamu. Kitab telah pun disebarkan dan telah berada di tanagan orang ramai pada setiap tempat. Apa yang kamu lakukan tidak akan bernilai apa-apa berbanding apa yang telah diedarkan. Cita-cita lelaki ini ialah tampil ke muka pengadilan untuk dijadikan pentas mempertahan dirinya di dalam isu politik ini sebagai satu jalan untuk menyebarkan idea-ideanya, mencaci kita dan mengaibkan kita. Ia akan menyampaikan isi buku tersebut kepada pendengaran mereka yang tidak sampai maklumat tentangnya melalui akhbar-akhbar yang akan bersaing menyiarkan apa yang dikatakannya tentang isu tersebut sepertimana kebiasaaan akhbar dalam isu-isu politik…Laporan penyiasatan ini hendaklah disimpan dan Hasan Al-Banna hendaklah dibebaskan sekarang.

Lihatlah tekad dan wawasan al-Banna dalam mempertahankan isu tentang Palestin. Bersungguh-sungguhnya beliau kerana beliau memahami dan merasakan ikatan akidah antara dirinya dengan saudara-saudara seakidah di Palestin. Lantaran itu, beliau berusaha memberi kesedaran tentang kepentingan membebaskan Bumi Aqsa itu melalui pelbagai wasilah. Keikhlasan dan ketulusan hati Al-Banna terhadap hal ini sebenarnya dipandu oleh iman yang benar. Imanlah yang melahirkan ukhuwah dan rasa kecintaan terhadap saudara seakidah. Marilah bersama kita memuhasabah diri kita kembali. Selama berada di bumi aman ini, pernahkah kita berfikir untuk nasib saudara kita di sana? Kalau dah berfikir, setakat mana usaha semampu mungkin yang telah kita lakukan untuk menyumbangkan bantuan melalui apa cara sekalipun.? Ingatlah, langit tidak selalunya indah, malam tak selalu cerah…..Kadang-kadang malam suram tak berbintang…

Ayuh saudaraku sekalian, letakkan dihati anda bumi Palestin tercinta!

http://sahabatpalestin.blogspot.com/

Template by - Abdul Munir | Daya Earth Blogger Template