SESUNGGUHNYA Ukhuwwah Islamiyyah atau persaudaraan Islam merupakan manifestasi daripada aqidah dan keimanan sebenar seseorang Muslim. Al-Syahid Hassan Al-Banna telah menyifatkan, "Ukhuwwah ialah ikatan hati dan jiwa yang diasaskan oleh aqidah. Di mana aqidah merupakan ikatan yang paling kukuh dan bernilai. Ia juga merupakan natijah keimanan, manakala perpecahan adalah sebahagian dari kekufuran."
Setiap Muslim perlulah memahami bahawa perpaduan dan kesatuan merupakan suatu kekuatan. Kesatuan tidak akan lahir tanpa kasih sayang. Darjat kasih sayang yang paling rendah ialah seseorang itu merasa senang dan tenteram terhadap saudaranya. Manakala darjat yang paling tinggi ialah seseorang itu mampu mengutamakan saudaranya melebihi dirinya sendiri. Sifat ini juga disebut "Ithar".
Ukhuwwah merupakan kurniaan Allah yang diberikan kepada hamba-hambanya yang ikhlas, penolong-penolongnya dan orang-orang yang membersihkan jiwa mereka untuk Allah.
Firman Allah yang bermaksud:
"Dialah yang memperkuatkan kamu dengan pertolongan-Nya dan dengan para mukmin dan menyatukan hati-hati mereka. Sekiranya kamu belanjakan semua (kekayaan) yang ada di bumi, nescaya kamu tidak dapat menyatukan hati-hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatukannya. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (Surah Al-Anfal: 62-63).
Ukhuwwah merupakan kekuatan iman seseorang. Ia melahirkan perasaan lemah lembut, kasih sayang, hormat menghormati serta saling percaya mempercayai di kalangan setiap mereka yang bertanggungjawab melaksanakan tuntutan aqidah. Ukhuwwah juga merupakan sifat yang berkait rapat dengan iman dan taqwa.
Tiada ukhuwwah tanpa iman dan tidak sempurna iman seseorang tanpa ukhuwwah. Begitu juga tidak ada persahabatan tanpa taqwa dan tiada taqwa tanpa persahabatan. Adapun tiada ukhuwwah tanpa iman dijelaskan oleh Allah SWT dalam firman-Nya: "Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara." (Surah al-Hujurat: 10).
Dalam ayat yang lain Allah SWT menjelaskan bahawa tiada persahabatan tanpa taqwa. Maksudnya:
"Teman-teman rapat pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertaqwa." (Al-Zukhruf: 67).
DEMI MASA
TAKWIM HIJRIAH
Blog Archive
JARINGAN UTAMA
Teman Seperjuangan
- Karisma D-Hulu Langat
- Karisma D-Petaling
- Karisma D-Segamat
- Karisma IPT: Cenfos Nilai`
- Karisma IPT: IIC
- Karisma IPT: UIA PJ
- Karisma IPT: UIAM
- Karisma IPT: UKM KL
- KArisma IPT: UM
- Karisma IPT: USIM
- Karisma Kedah
- Karisma Kelantan
- Karisma Kuala Lumpur
- Karisma Melaka
- Karisma Perak
- Karisma Sarawak
- Karisma-International
- Karisma-Media
- Karisma-Uitm Johor
LAMAN TARBIYYAH
Tuesday, April 20, 2010
UKHUWWAH ISLAMIYYAH
Posted by
Karisma USM
at
12:20 AM
0
comments
Friday, March 5, 2010
10 muwasofat Tarbiyah


Muslim yang ingin mempersiapkan diri dalam perjuangan Islam perlu memperbaiki dirinya agar sentiasa terkehadapan daripada manusia lain.
Risalah Islam yang syumul ini hendaklah difahami dengan membentuk diri yang syumul juga. Maka hendaklah diteliti di sini tentang aspek-aspek seorang da’ie Muslim dalam rangkanya untuk menjadi seorang Muslim yang sempurna.
Sifat-sifat yang perlu ada pada diri ialah:
1) Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)
Dakwah adalah berat pada tanggungjawab dan tugasnya, maka di sini perlunya seorang da’ie itu tubuh badan yang sihat dan kuat. Rasulullah saw menitikberatkan soal ini, sabdanya:
“Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan.”
Kita juga hendaklah sentiasa memeriksa kesihatan diri, mengamalkan riadah dan tidak memakan atau minum suatu yang boleh dan diketahui merosakkan badan.
2) Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)
Akhlak kita ialah Al-Quran dan ianya terserlah pada diri Nabi saw. Telah dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan seorang da’ie iaitu bersifat sensitif, tawadhu’, benar dalam perkataan dan perbuatannya, tegas, menunaikan janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dan lain-lain.
3) Fikiran yang berpengetahuan (Mutsaqqafal Fikri)
Seorang da’ie perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain perihalnya di samping perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis serta ulama’ yang thiqah.
Pesan Imam Banna:
“Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi.”
Selain itu, seorang da’ie perlu mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, sentiasa mempelajari sirah, kisah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.

4) Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)
Seorang da’ie walaupun kaya, perlu bekerja. Dia juga tidak boleh terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan. Dalam keadaan tertentu, meletakkan jawatan dan meninggalkan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan yang diterima. Selain itu, dia hendaklah sentiasa melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan). Dalam soal kewangan, menjauhi riba dalam semua lapangan, menyimpan untuk waktu kesempitan, menjauhi segala bentuk kemewahan apatah lagi pembaziran dan memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam adalah beberapa perkara penting yang perlu dititikberatkan dalam kehidupan.
5) Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)
Seorang da’ie semestinya redha Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad saw sebagai Nabi dan Rasul yang terakhir. Sentiasalah muraqabah kepada Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir. Di samping itu, jangan dilupakan tugas menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.
6) Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)
Seorang da’ie perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya, perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram dan tidak melampau atau berkurang (pertengahan) atau dengan kata lainnya bersederhana dalam setiap urusan dalam kehidupannya.
7) Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)
Seorang da’ie perlu mempunyai azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam di samping tidak menghiraukan apa orang lain kata dalam mempraktikkan Islam yang sebenarnya. Perlulah diingatkan bahawa dai’e mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.
8 )Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)
Sentiasa beringat bahawa waktu, nilainya lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula. Mengimbau kembali sejarah di zaman dahulu, para sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka.
9) Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu’unihi)
Untuk manfaatkan waktu dengan baik, maka timbulnya keperluan kepada penyusunan dalam segala urusan. Gunakanlah segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.
10) Berguna untuk orang lain. (Nafi’un li ghairihi)
Da’ie umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh jalan orang lain. Da’ie adalah penggerak kepada dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup dan terkuburnya Islam bergantung kepada da’ie. Amal Islam seorang da’ie ialah untuk menyelamatkan orang lain daripada kesesatan. Da’ie akan sentiasa merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.
Posted by
Karisma USM
at
10:43 AM
0
comments
Monday, May 4, 2009
JOM3x!!!
TiTiAN`09
berTemakan:
"KejiTuan Tarbiah
Menjamin KuaLitiDaKwah"
berMula:
9.00mlm, 8 Mei `09(Jumaat)
seHingga
6.00 ptg, 10 Mei '09(Ahad)
berTempat di:
Sekolah Islam ADNI,
Taman Sri Ukay, Ampang,Selangor.
yuRan:
RM30 seorang
Nantikan jempuTan dan heBahan SeteRusnya ^_-
Sebarang permasalahan & bantuan siLa hubungi:
Muhammad Hafiz Kassim 0136207070
Nurnazihah Muhammad Nassir 0133524389
al-Baqaroh:2: 215
Posted by
Karisma USM
at
5:00 PM
0
comments
Labels: Catatan Program
Friday, February 27, 2009
12 Kejahatan Yahudi

“Ahli Kitab (kaum Yahudi) meminta kepadamu (Wahai Muhammad) supaya Engkau menurunkan kepada mereka sebuah Kitab dari langit. (janganlah Engkau merasa pelik), kerana Sesungguhnya mereka telah meminta kepada Nabi Musa lebih besar dari itu. mereka berkata: “(Wahai Musa) Perlihatkanlah Allah kepada Kami dengan nyata (supaya Kami dapat melihatnya dan percaya kepadaNya)”. lalu mereka disambar oleh petir Dengan sebab kezaliman mereka (menderhaka kepada Allah); kemudian mereka pula menyembah (patung) anak lembu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan (mukjizat), lalu Kami maafkan mereka dari perbuatan yang sedemikian itu (ketika mereka bertaubat). dan Kami telah memberi kepada Nabi Musa kekuasaan yang nyata (untuk mengalahkan kaum yang kafir itu).”
Posted by
Karisma USM
at
9:35 AM
1 comments
TAMU 0209
Posted by
Karisma USM
at
8:52 AM
0
comments
Labels: Catatan Program, santai
Tahniah Akh Bai n Kak Sod
Posted by
Karisma USM
at
8:25 AM
1 comments
Labels: santai
Sunday, February 22, 2009
KBM Aktivis Edisi IPT
LAPORAN KBM EDISI AKTIVIS IPT
14-15 FEBRUARI 2009
Damai Park Resort, Merbok Kedah
Anjuran KARISMA Pulau Pinang dengan kerjasama JIM Pulau Pinang dan KRJ Motivation
Program Motivasi Bersepadu Keindahan Bersamamu (KBM) Belia merupakan salah satu usaha ke arah pembentukan dan pembangunan jatidiri generasi muda ISLAM kini. Program ini mampu menyedarkan generasi muda akan potensi dan peranan mereka yang besar kepada agama, bangsa, negara dan ummat. KBM menjadi titik-mula yang amat kondusif dan bermakna kepada usaha-usaha untuk memperbaiki diri secara berperingkat dan berterusan.
“ Sesungguhnya mereka itu fityah (pemuda-pemuda) yang beriman kepada Tuhan mereka, lalu Kami (Allah) tambahkan kepada mereka petunjuk.”
Surah Al-Kahfi: 13
“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkannya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan .” Surah At-Tahrim 66:6
Pemimpin pelajar merupakan aset utama kepada negara bagi menerajui tunggak kepimpinan negara. Pemimpin yang diharapkan dalam konteks Islam adalah pemimpin yang mampu memikul amanah selari dengan syariat Islam. Oleh sebab itu, para pemimpin pelajar perlu didedahkan dengan peranan dan tanggungjawab serta memerlukan kemahiran dan semangat motivasi untuk cemerlang dari sudut aqidah, ibadah, akhlak dan ilmu pengetahuan.
Penasihat:
Dr. Rizal Arshad
Dr. Abdul Halim
Pn. Latifah Yusoff
Pengarah:
Muhammad Hafiz Kassim
Timb. Pengarah:
Nurul Asmaa’ Ismail
Setiausaha:
Siti Nur Salwani Alwi
Bendahari:
Ummi Nadiah Yusof
Jawatankuasa:
Muhd Zaid Hassan@ Abdul Rahman
Mohd Nur Hadi Hamsar
Nor Adila Hassan
Khairul Bariyah Azman
Mohd Hafiz Hariri
Ahmad Zhafri Mohd Noor
Fazlul Huda Makhtar
Muhd Zaid Hassan@ Abdul Rahman
Mohd Nur Hadi Hamsar
Nurizma Harliana Juhar
Nur ’Aifaa Abdullah
Nak tahu apa yang berlaku....belek2la agenda KBM kat bawah nie(",)
I. Pendaftaran
v Peserta dikehendaki mendaftarkan diri terlebuh dahulu dan setiap peserta diberikan tag nama setiap seorang.
v Prgram yang dirancangkan bermula pukul 3 petang terpaksa dimulakan agak lambat kerana majoriti peserta tiba pada pukul 3.30 petang.
v Peserta dari Penang menghadapi sedikit masalah apabila berlakunya miss communication mengenai solat zohor sama ada boleh di jamak atau tidak memandangkan peserta masih belum menunaikan solat zuhur.
II. Majlis Pembukaan
v Majlis dipengerusikan oleh Akh Fairuz, salah seorang fasilitator KBM Penang sebelum diserahkan kepada Akh Mukhri atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Lang.
v Pesanan daripada Pak Lang supaya setiap peserta mempersiapkan diri, mantel, dan seluruh jiwa raga.
III. Knowing Me, Knowing You
v Dikendalikan sepenuhnya oleh Pak Lang bersama fasilitator KBM.
v Setiap peserta dikehendaki mencari pasangan masing-masing.
v Peserta di berikan sekeping kertas dan kehendaki memberikan maklumat pasangan seperti nama, kad pengenalan, nama ibu dan nama salah seorang adik pasangan.
v Seterusnya, peserta dikehendaki membetulkan kembali mana-mana kesalahan dan peserta yang bertuah dikehendaki menyebut kembali maklumat yang diperoleh kepada semua peserta yang hadir.
v Dalam sesi ke-2, peserta diberi sekeping kertas bertajuk ’Siapa Aku’.
v Setiap peserta di kehendaki mengisi maklumat yang dikehendaki, dan fasilitator akan mengutip kembali kertas tersebut.
v Setelah itu, kertas dikumpulkan dan di campur adukkan.
v Peserta perlu mengambil satu daripada kertas terbabit dan dikehendaki mencari pemilik kertas tersebut.
IV. Meniti Angin Malam
v Di kendalikan oleh Pak Lang
v Dalam sesi kali ini, peserta diberi pendedahan mengenai detik kematian, dan azab yang akan di hadapi di akhirat kelak.
v Peserta diberikan sekeping kertas berbentuk hati, dan seketul arang kayu. Kertas berbentuk hati melambangkan hati manusia itu sendiri, manakala warna hitam daripada arang menggambarkan tompok-tompok hitam yang melekat pada hati. Tompok hitam tersebut adalah dosa yang dilakukan oleh setiap insan yang bergelar hamba Allah.
v Peserta perlu mencorakkan sendiri kertas berbentuk hati menggunakan arang.
v Usai sahaja sesi ini, 2 orang peserta ikhwah dan 2 orang peserta akhawat dikehendaki meluahkan perasaan mereka sama ada untuk diri sendiri atau orang lain. Dan, kata-kata mereka perlu disertai dengan nasihat kepada diri.
v Seterusnya, peserta dibawa untuk merasakan bahang kepanasan api neraka.
v Setiap peserta masing-masing diberikan lilin kecil, dan lilin tersebut perlu diletakkan di atas telapak tangan.
v Lilin tersebut akan dinyalakan, dan dengan penuh debaran, peserta menunggu detik-detik lilin akan mencair dan akhirnya padam.
v Slot ini ditangguhkan untuk minum malam sebelum disambung pada pukul 12 tengah malam.
v Slot di alam barzakh, peserta diberikan sehelai kain hitam untuk menutup mata masing-masing.
v Peserta kemudiannya diperdengarkan tentang azab kubur dan soalan-soalan yang akan di soal oleh malaikat kelak.
v Kemudian, azan diperdengarkan dan peserta perlu bergerak ke arah suara azan tersebut.
v Selepas itu, peserta di pertontonkan dengan situasi di akhirat kelak di mana manusia bersoal jawab dengan Allah, mata, mulut, kaki dan anggota badan lain menjadi saksi kepada setiap perkara yang dilakukan.
v Setelah itu, setiap peserta dalam kumpulan seramai 5 orang perlu meluahkan perasaan, bermula dengan ayat..”aku belum bersedia untuk menghadapi kematian kerana...”
V. Riben Kehidupan
v Usai solat subuh berjemaah, setiap peserta di kehendaki berbaris mengikut umur dari muda sampai yang paling tua.
v Pak lang bersama fasilitator kemudiannya memberikan setiap peserta riben, yang dipotong mengikut umur dan riben selebihnya disimpan ke dalam plastik yang dibekalkan.
v Riben yang dipotong menandakan umur yang telahpun berlalu dan masa tersebut tidak akan dapat dikembalikan lagi.
v Manakala riben yang masih berbaki dalam plastik merupakan jumlah umur atau masa yang masih tinggal (pengukur bagi umur ini ialah umur Rasulullah)
VI. Jawatanku
v Slot ini juga merupakan kendalian sepenuhnya oleh Pak Lang.
v Dalam slot kali ini, pserta diberikan sekeping kertas dan menyenaraikan ke semua jawatan yang dipikul sekurang-kurangnya 15 jawatan.
v Setelah menyenaraikan jawatan, peserta diberikan sekeping kertas yang bertajuk ’Jawatanku’ dan daripada jawatan-jawatan yang telah disenaraikan sebelum itu, peserta perlu memilih 12 jawatan yang terbaik dan boleh dilaksanakan dengan baik.
v Kemudian, kertas tersebut dimasukkan ke dalam plastik dan dikembalikan kepada fasilitator.
VII. Nikmat Oh Nikmat
v Slot ini di mulakan selepas khidmat diri iaitu pada pukul 9.15 pagi
v Dalam sesi ini, peserta di minta untuk sama-sama menyelami kesusahan dan keperitan hidup yang di alami oleh orang kurang upaya (OKU).
v Sekali lagi dalam berpasangan, setiap peserta diberikan sebiji gula-gula. Peserta perlu membuka pembalut gula-gula tersebut dengan hanya menggunakan 4 jari kiri (tangan kanan dan ibu jari kiri di sorokkan)
v Terdapat beberapa individu yang berjaya, dan seterusnya peserta yang tidak berjaya diberi kelonggaran menggunakan kelima-lima jari kiri tanpa bantuan daripada tangan kanan. Setelah misi berjaya, peserta perlu menyuapkan gula-gula tersebut ke dalam mulut pasangan masing-masing.
v Seterusnya, setiap pesera dibekalkan dengan sebiji kurma dan sedikit air zam-zam untuk disuapkan kepada pasangan.
v Kurma yang dibekalkan perlu dibuang biji terlebih dahulu manakala air zam-zam perlu dibacakan doa untuk sahabat sebelum diminum oleh sahabat/pasangan masing-masing.
v Kemudian, setiap peserta dibekalkan kain hitam dan selotip untuk menutup mulut dan pin.
v Pin tersebut perlu disematkan ditempat yang paling mudah di cam atau diingati oleh pasangan masing-masing.
v Peserta kemudiannya dipisahkan daripada pasangan dan peserta perlu mencari pin pasangan masing-masing dengan mata yang tertutup dan mulut yang terkunci.
v Setelah masing-masing mendapatkan pasangan mereka, peserta perlu mencari dan berkumpul mengikut kumpulan yang telah dibentuk ketika sesi luahan dalam ’meniti angin malam’.
v Sesi muhasabah daripada peserta.
VIII. INTEAM
v Dalam pasangan, seorang peserta akan menghadap slide untuk melihat paparan di skrin, manakala pasangannya akan meneka perkataan atau kata-kata di skrin tersebut dengan bantuan daripada sahabatnya yang dapat melihat.
v Tanpa menggunakan mulut, peserta perlu meneka dan sesiapa yang berjaya meneka perlu berdiri dan diperdengarkan kepada fasilitator.
v Setiap peserta diberi peluang sebanyak 2 kali untuk menjadi yang celik dan juga yang buta.
v Kemudian, dengan pasangan yang lain, setiap peserta perlu menyelami masalah, saling bermaafan, dan mendoakan sahabat
IX. Aku dan jamaah
v Peserta dibekalkan dengan dua keping kertas berkaitan jamaah dan tarbiyyah
v Dalam kertas pertama, peserta perlu mengisi perkara-perkara yang boleh dipertingkatkan, contohnya perkara yang boleh dilakukan untuk meningkatkan hubungan dengan Allah, Rasulullah dan sebagainya
v Seterusnya dalam helaian kertas kedua, peserta perlu meyatakan perkara yang perlu diperbaiki sebagai seorang ahli usrah, naqibah dan sebagainya.
X. Lafaz Yang Tersimpan
v Slot ini merupakan slot yang dikhususkan utuk peserta melafazkan apa yang terpendam dan harapan kepada ibu bapa
v Peserta dibekalkan dengan sekeping kad, sampul surat untuk menulis dan meluahkan perasaan kepada ibu bapa
v Surat tersebut kemudiannya akan dipos mengikut alamat yang tertulis di sampul surat.
Nak tau tak apa maklum balas dari beberapa peserta...huhu(sket2 je)
alhamdulillah semua ok
Unik
Padat & berisi
Banyakkan skop & jgn limitkan
Latih speaker baru utk menggantikan Pak Lang
Kesedaran bersahaja namun terkesan di hati
Suara malaikat camtu eh.....?? He...he..
Penyusunan yg baik & fleksibel
Komuniksi 2 hala
Sound system yg baik
overall….
-> Semua ALHAMDULILLAH… BAIK, BEST, HALAL % JATUH KE HATI…
***************************************************************************************************************************************
- Alhamdulillah diberi peluang utk sertai KBM Aktivis nie… awal-awal rase malas je nak dtg sbb bile ingat KBM, dok bayang nanti asyik nangis-nangis jer… tp after this KBM, rasa sgt best. Raser lebih manis ukhuwwah dgn sahabat-sahabat, rase lebih semangat nak buat kerja-kerja dakwah. Rase byk y perlu diperbaiki spy diri x mudah hanyut.
- meniti angin malam memang menginsafkan. Baru terfikir bahawa sebenarnya diri ini x bersedia lagi utk mati, x bersedia lagi menghadapi hari akhirat, banyak sangat dosa, rasa kotornya sangat hati ini. Banyak yang kena buat lepas ini. Kena mintak ampun kat mak ayah, kat kawan-kawan dan mereka –mereka di luar sana. Kena banyakkan solat malam untuk kuat.
- doakan saya kuat utk terus dlm dakwah ini.
Posted by
Karisma USM
at
11:09 AM
0
comments
Labels: Catatan Program
KARISMA MINDEN
Rapatkan Ukhwah
ANDA PELAWAT YANG KE
CIRI-CIRI DAIE